Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, December 22, 2009

3rd Wedding Anniversary

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan update blog yang dah agak lama sepi tanpa posting baru. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi, tetapi hambatan tugas dan tanggungjawab yang semakin hari semakin bertambah membuatkan blog ni tidak dapat di'aulakan..

Gambar Raya Haji 2009
Hari ini 22 Disember 2009, saya cuba juga meluangkan masa untuk update blog ni, sebab tarikh hari ini agak istimewa untuk saya & hubby. Tarikh 22 Disember 2006 bersamaan 1 Zulhijjah 1427H adalah hari bahagia saya & hubby yang telah disatukan sebagai suami isteri yang sah setelah saling kenal mengenali antara satu sama lain sejak di Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang. Alhamdulillah, dah 3 tahun masa berlalu...

Siapa sangka pengawas hensem yang pendiam, sentiasa kemas berkemeja pink, berseluar putih, lengkap dengan tye meroon yang juga merupakan classmate saya di kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Setia 1995-1997, akhirnya ditentukan Allah menjadi milik saya yang ketika itu juga merupakan pengawas sekolah..hehehe...Kenangan yang mmg tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Ramai jugak yang bertanya, kenal kat mana? Universiti lain-lain, sekolah menengah atas pun lain. Sorang engineer, sorang lagi lawyer. Nak kata jumpe kat court, hmm bila pulak engineer gi court? Nak kata jumpe kat kilang pun mcm tak logik pulak.. Apa kene mengena lawyer dgn kilang.. Hihihi.. Apapun, inilah jodoh yang telah Allah tetapkan sejak azali. Cikgu-cikgu SMK SAAS antara yang terhappy sebab anak muridnya kawin dengan anak muridnya jugak.. hehehe..

Syukur pada Allah atas ikatan ini. Moga-moga ikatan kasih sayang & cinta yang terbina akan terus diberkati Allah selamanya, dunia & akhirat, insyaallah..

Sesungguhnya hari ulangtahun pernikahan kami yang ketiga ini lebih bermakna dengan kehadiran si kecil "adik Muaz" yang kini diizinkan Allah menghuni alam rahim mama. Alhamdulillah... hanya pada Allah selayaknya segala puji & syukur. Semoga si kecil ini sentiasa berada dalam perlindungan Allah, sebaik-baik pencipta. Amin, ya rabb...
Muaz happy sangat sebab dapat jadi abang..Alhamdulillah..