Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, December 26, 2008

Happy 2nd Wedding Anniversary


22nd December 2008 ialah hari yang amat bermakna untuk Mama & Abi..Yes, two full years since our wedding day. Last year, Muaz baru berusia sebulan setengah & mama pun still in the maternity leave. This year, Muaz dah berusia 1 tahun 2 bulan yang mempunyai 5 batang gigi dan sangat manja & bijak...Actually, mama mmg plan nak pegi somewhere utk celebrate 2nd wedding anniversary ni, but terpaksa pospone becoz mama pun still tak brp sihat lg.. Teringat pulak masa having a candle light dinner dengan abi dulu..hehehe...
Mengenang kembali saat2 diijabqabulkan, pasti menyingkap memori indah yang tak mungkin dapat dilupakan. Tanggal 22 Disember 2006, hari Jumaat bersamaan 1 Zulhijjah 1427h, Mohamad Khairul Nizam bin Mohamed Muaidi dan Hairin Herlina Abdul Halim selamat disatukan sebagai suami isteri yang sah. Syukur pada Allah atas anugerah jodoh pertemuan ini dan telah mengatur kehidupan kami dengan sebaik-baik perancangan. Mudah-mudahan ikatan pernikahan kami ini sentiasa diberkati Allah dan akan terus berkekalan abadi selamanya dunia & akhirat,insyaallah.



Terima kasih Ya Allah, kerana telah meminjamkan kasih sayang dan cinta kepada kami.
Buat hubby tersayang, terima kasih atas sebuah pengertian, selautan kasih sayang & pengorbanan dan terima kasih untuk segala-gala.. For yesterday's memories, today's love, and tomorrow's dreams, I love you so much. I love you more than any word can say. Semoga Allah terus merahmati perjalanan hidup kita hingga ke syurga yg abadi, insyaallah..

Viral Fever..

Tiada perkataan yang lebih sesuai utk dilafazkan melainkan "alhamdulillah" atas nikmat kesihatan yang telah Allah pinjamkan kepada kita..Allah yang maha berkuasa. Dia yang menguji hamba2Nya dengan penyakit dan kesakitan dan Dia juga adalah sebaik2 penyembuh..Maha suci Allah yang Maha pengasih lagi maha penyayang..
Hari ni, dah masuk hari yang keenam selepas demam start hari Ahad last week. Muaz pulak start demam last Friday..Alhamdulillah, muaz dah ok...Plan nak celebrate 2nd wedding anniversary 22 Dec 08 dengan hubby pun tak berjaya.hihihi..:) tak pelah, ada hikmahnya tu...Monday, jumpe dokter n amik ubat @ Kajang Plaza. Dokter bagi MC sehari jer..Hari Selasa pun masih tak ok, pegi Annur pulak. Dokter buat blood test to make sure takde denggi. Alhamdulillah, platelet ok..Dokter kata viral fever..
What is viral fever ?
In medical terms, any fever caused as a result of viral infection is a viral fever. However, colloquially, the term 'viral fever' has come to mean a special type of fever that develops and then gets treated without the offending virus being specifically identified. The course and duration of the fever too does not seem to follow any set pattern and is frequently accompanied by, though not always by all of them, generalised bodyache, running nose, cough, shivering, feeling miserable, irritable and depressed.
How long do they last ?
Normally between 3 to 7 days with the former being termed as the 'three day fever' and the latter as the 'seven day fever'..
The patient may not be in a mood to take food, and suffers from lack of taste. While food is necessary, there is not much case for force-feeding unless the patient is quite weak even to walk a few steps or get up from the bed after the first 48 hours have passed. Drinking plenty of fluids must however be insisted upon and making it tasty by adding sugar and squash or syrups helps a lot in making the drink palatable to the patient.
Anyway, alhamdulillah.. dah beransur ok wpun belum recover sepenuhnya. Dokter pun kata, kalau kene viral fever ni, lambat skit nak recover. kdg2 sampai 5-6 hari.. Thanks to my beloved hubby yang sangat memahami, caring & rajin basahkan towel utk kurangkan tempreture dan terpaksa gak EL wpun tgh busy.. LOVE u so much..

Thursday, December 11, 2008

Tragedi Bukit Mewah & Bukit Antarabangsa

Assalamualaikum wrt...
Terkejut & tersentuh hati melihat bencana alam yang berlaku di Bukit Mewah & Bukit Antarabangsa baru2 ini. Takziah kpd kak Syilla & my boss, En. Syed Farid yang juga terlibat dalam kejadian ini.. Pastinya ada hikmah yang tersembunyi atas segala yg berlaku..




Dipetik dari saifulislam.com

Renungilah hakikat ini, yang hanya mampu difahami andai manusia merenung dengan mata hati:

“… Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” [al-Baqarah 2: 74]


Batu yang keras itu, ada yang mengalir air di celah-celahnya.
Batu yang keras itu, ada yang terbelah dan memancar air keluar daripadanya.
Batu yang keras itu, ada yang pecah berderai dan jatuh bergolek ke bawah.
Semuanya kerana takut dan gerun alam kepada Allah, Penciptanya.
Runtuh kerana gerunkan Allah.

Sama-sama kita renung2kan..Wassalam..


Sunday, December 7, 2008

Pictures speak a thousand words

Gambar-Gambar Kenangan ...:)


Bersama-sahabat ketika latihan perbicaraan di Moot Court, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Olympic Archer..:) Jejaka yang telah berjaya memanah hati ini..kihkihkih..:)

Deligasi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya @ Bangkok Universiy 2004
Bangkok University..

With my best fren..

Me, huda & jibah

Exco2 PMIUM 2003/04

Merenung masa depan..Baru lepas muktamar PMI..2004
Puisi Buat Teman..
Di saat diriku..ketandusan kata-kata
Kau datang menjelma
Membawa cahaya
Engkau memberi sinar
Untukku teruskan
Kehidupan yang penuh..
Dugaan cabaran..

Kasihmu mekar di hati
Tarbiyah di bumi ini
Dengan keindahan pekerti
Seindah pelangi..

Indahnya ukhuwwah tanpa terpalit rasa
Sifat mazmumah antara kita

Kerdipan cahaya akan kukenang jasa
Kenangan bersama antara kita
(",)

Muaz shopping @ KLCC..

Muaz jalan-jalan..:)

happynyer anak mama ni..:)

Semalam 6/12/2008, opah Muaz teringin nak jalan2 gi KL...wpun hajat Mama & Abi nak berehat minggu ni setelah penat bekerja, demi utk membahagiakan ibu mertuaku dan diriku yang mmg suka shopping so kami pun berangkat ke KLCC..Muaz pun apa lagi..happppppyyy sangat22..dapat jalan2 dengan bahagianya..Mentang2 dah dapat kaki, habis satu KLCC dia tawaff...Kat Mekah, jemaah haji dgn khusyuk bertawaf di kaabah, tp Mama Muaz ni penat mengejar Muaz yg bertawaf di KLCC..huhuhu.. tak patut betulll...Anyway, tak pelah..ada rezeki insyaallah smg Allah izinkan Mama menjadi tetamu Allah di tanah suci..Abi dah pun selamat menunaikan umrah dan haji tahun 1999. Seronok ekk.. Alhamdulillah.. rezeki Abi pergi awal menunaikan rukun Islam kelima..

oklah..berbalik kpd kisah Muaz di KLCC, habihh sume org dia tegur..peramah jugak anak mama nih..Muaz ni mmg senang nak bawak jalan2..sebabnya, kalau dia lapaq or mengantuk dia takkan nangis or mengamuk..tp dia akan duduk diam jer dalam stroller sambil makan tangan sendiri..hehehehe..kdg2 dia akan makan kaki Spongebob yg dok teman dia dalam stroller dia tuh..pastu kalau dia ngantuk, dengan sendirinya dia tidur dengan nyenyaknya...Tp kalau tiba waktu makan, kdg2 ok..Muaz akak duduk dgn tertibnya di babyseat tu sambil pegang something..tp selalunya dia akan buat stunt atas meja makan kat restoran tuh..Fuhh.. bab ni mmg menguji kesabaran..pastu dia sibuk nak kacau org lain makan dan sembang dgn sape yg suka tgk dia.. perasan hensem le tuh..huhuhu..

Muaz tgh kejar mama..hihihi..

Opah, Muaz & Abi

Mama, Muaz & Abi..


Sukenyer..takmo lepas tuu..:)


Actually shopping with Muaz ni, can be a real challenge. But, with a lot of patience, it can be an enjoyable and entertaining experience..








Thursday, December 4, 2008

Kerja ku..

Semalam 3.12.2008 adalah due date utk menyerahkan PERM / KPI ( Borang Penilaian Prestasi ) kepada bos bagi tahun 2008. Tepat jam 4.41pm, setelah berhempas pulas meng'edit apa yang patut, sampailah PERM saya tu dalam inbox my boss..Hmm...tak tau lah ok atau tak.. Tawakkal je lah..Petang semalam jugak, pkl 5.18pm boss reply emel. Cepat gak boss bagi markah ekk...Alhamdulillah..kira ok la kot..:) Tp ada sorang lagi bos yang juga bertindak sebagai appraisor..Anyway, semoga Allah murahkan rezeki, insyaallah..:) Yang penting, mesti JUJUR & AMANAH dalam bekerja. Hanya Allah yang maha tahu sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalankan amanah dalam kehidupan ini..Hanya doa yang menjadi penguat semoga Allah sentiasa memandu kehidupan ini mengikut compas tauhid & iman agar mampu menuju destinasi yang abadi di syurga nanti, insyaallah..


Sebelum ni bila jumpe kawan2 lama, soalan yang tak pernah tidak ditanya ialah "keje kat mane skrg??", "masih kat ARB?", "buat ape kat ARB tu?" dan macam2 lagi soalan2 yg sewaktu dengannya.. Sebenarnya saya mula bekerja di Amanah Raya pada 6 September 2005. Mula2 saya attach di Product Development Unit, Market Development Department. Dalam department ni, saya diberi amanah utk buat enhancement untuk product Amanah Hibah dan jugak handle byk marketing program termasuklah menyampaikan ceramah di seluruh pelusok tanah air..hhihihi.. (mcm ler byk sangat...) Tp sebenarnya seluruh Malaysia dah dgr suara saya ni...(perasan je lebihhh...) Sebabnya ARB mempunyai segmen tajaan di Radio IKIM.fm pada tahun 2006. Ada la beberapa kali saya & rakan setugas, on air bersama-sama dengan Ustaz Zamri Zainal Abidin di radio IKIM..kalau tak silap pkl 7.15 pagi, 2 kali seminggu..Yang bestnyer kat department ni, selalu je kene outstastion.. Sarawak je tak sempat..hehehe..Syok gak la, bekerja sambil berjalan-jalan. Sepanjang setahun lebih di dept ni, saya sempat ke Labuan, Tawau, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuala Terengganu, Johor Bahru dll.. Nasib baik ler masih lagi bujang..kalau tak, jgn harap lerr...

Di Singapore Marriott Hotel 23 & 24 January 2006

Di Seafest Hotel, Semporna, Sabah

Pemandangan dari bilik hotel Seafest, Semporna Sabah.

Ada gaya lecturer tak? hihihi..Tgh bagi ceramah di Labuan. Tajuk " Penulisan Wasiat & Pembahagian Harta Pusaka daripada perspetif Islam."

Sesi bergambar dengan VIP. Dari kiri En.Rafie Omar(CEO ARLS), saya, Datin Hjh Aminah (Board of Director ARB), wakil HAWA Labuan, En.Shamsudin Tahir ( Board of Director ARB)
Tgh posing kat booth ARB di Minggu Amanah Saham Nasional @ Pantai Batu Baruk, Kuala Terengganu 2006.
15 Februari 2007, saya dipinjamkan dan di'offer' utk join subsiduary kpd Amanah Raya Berhad iaitu AmanahRaya Legacy Services Sdn Bhd.( Seconded staff ). Sampailah sekarang ni..So, posting kali ni saje nak share tanggungjawab saya kat ARB ni.. Kalau ada apa2 masalah, jgn le segan2 tanya yer..

Senior Executive/Lawyer Syarie Execution Unit, AmanahRaya Legacy

Berikut adalah keje2 saya di Unit Pentadbiran Pusaka Berwasiat, AmanahRaya Legacy :

  • Performing the role and functions as an executor / administrator & provide proper estate administration file management ranging from opening the file, confirm the status of the beneficiaries as well as the assets and liabilities of the deceased, receive payments from banks, resolve all the deceased’s debts to the debtors & distribution of the assets to the rightful beneficiaries according to the Will, Islamic Faraid Laws for the Muslim or Distribution Act 1958 for the non-Muslim.
  • Attending High Court and Small Estate Settlement Office to obtain Grant of Probate or Letter Of Administration / Distribution Order for testate estate.
  • Representing AmanahRaya in the Syariah Court Cases incorporating Syariah issues and conflict between heirs in the Muslim estate administration.
  • Liaise & communicate with Pejabat Tanah & Galian Negeri-Negeri, Pejabat Tanah Daerah, Jabatan Penilaian & P’khidmatan Harta(JPPH), LHDN, Jabatan Pengangkutan Jalan in terms of transmission and transfer of assets to the beneficiaries.
  • Provide efficient customer relationship and answering queries from beneficiaries.
  • Prepare a monthly report including account statement and keep the status of the file updated to ensure the highest professionalism and credibility delivered to customers.

Sebarang masalah, sila hubungi saya ditalian 03-20557612 (Office Hour only) / hairin.herlina@arb.com.my


Wednesday, December 3, 2008

Wasiat Sebagai Alternatif Perancangan Harta

Disediakan oleh :
Hairin Herlina Abdul Halim - B.Shariah Law (Hons) (UM)
Eksekutif Kanan/Peguam Syarie
Unit Pentadbiran Pusaka Berwasiat
Amanah Raya Berhad

Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Visi IKIM Mei 2006.

Dokumen wasiat semakin diterima oleh masyarakat Islam di negara kita sebagai salah satu alternatif perancangan harta yang mampu menzahirkan hasrat Pewasiat tentang agihan hartanya yang akan dilaksanakan selepas kematiannya. Dokumen wasiat merupakan dokumen penyelesai pusaka berbentuk pengamanahan kepada Wasi atau Pemegang Amanah untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan harta untuk tujuan kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan dan tidak bercanggah dengan hukum Islam.


Perkataan wasiat berasal daripada perkataan "wassa" yang bermaksud menjanjikan, memerintahkan atau memberi hak milik selepas kematian[1]. Dari segi istilah pula, fuqaha' telah mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain samada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat setelah kematian pewasiat[2].

Mengikut Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 wasiat bermaksud : iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

Saad bin Abi Waqqas telah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. :
“Diriwayatkan dari Saad bin Abi Waqqas bahawa dia pernah berkata dalam sakitnya, `Ya Rasulullah sesungguhnya hartaku banyak dan tidak ada yang diwarisi harta ini selain dari anakku yang perempuan, bolehkah aku wasiatkan hartaku itu semuanya? Rasulullah menjawab, `tidak’. Dia bertanya lagi, kalau 2/3 bagaimana? Baginda menjawab, `tidak’. Aku bertanya lagi, bagaimana kalau 1/2 ? Baginda menjawab `tidak’. Aku bertanya lagi, bagaimana kalau 1/3. Baginda menjawab, ` ya boleh, 1/3 itu pun banyak. Sesungguhnya meninggalkan waris dalam keadaan kaya lebih baik dari meninggalkannya dalam kemiskinan meminta-minta kepada manusia.”

Islam telah meletakkan had dalam proses penyediaan wasiat. Dalam konteks ini, hanya satu pertiga (1/3) daripada harta Pewasiat boleh diwasiatkan untuk tujuan kebajikan dan kepada ahli-ahli waris yang terhalang daripada mewarisi harta pusaka melalui faraid. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah s.w.t. telah memberikan setiap waris bahagian daripada harta pusaka maka tiada wasiat bagi mereka,”. Walaubagaimana pun, wasiat kepada ahli waris boleh dilaksanakan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang berhak selepas kematian pewasiat.

Merancang harta melalui penulisan wasiat dengan mewasiatkan sebahagian harta pusaka sangat digalakkan. Imam Ibnu Hazm berpendapat bahawa adalah menjadi tanggungjawab seseorang itu mewasiatkan sebahagian harta pusaka apabila warisnya tidak dapat mewarisi hartanya samada kerana perbezaan agama atau kerana terhalang oleh waris yang lebih dekat atau kerana mereka memang tidak berhak mewarisinya. Dokumen wasiat dilihat sebagai suatu ibadah dan juga tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan kerana ia secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan sosio ekonomi umat Islam iaitu sedekah jariah. Amalan ini merupakan amalan yang kekal ganjaran pahala sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara ; sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya”.

Antara kepentingan melakukan perancangan harta melalui wasiat ialah :
- Perlantikan Wasi / Pentadbir bagi harta pusaka untuk menjalankan pentadbiran pusaka selepas kematian pewasiat.
- Memastikan liabiliti diri (hutang) diselesaikan dengan sewajarnya oleh Wasi/Pentadbir harta.
- Mengagihkan kekayaan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga tersayang (waris yang terhalang menerima faraid).
- Mempercepatkan proses agihan harta pusaka melalui perlantikan Wasi.
- Memastikan harta pusaka dapat diurus tadbir dengan efektif dan profesional.
- Perlantikan Penjaga bagi kanak-kanak di bawah umur bagi memastikan kebajikan mereka terbela walaupun setelah kematian Pewasiat.
- Pengisytiharan harta sepencarian dalam wasiat akan memudahkan tuntutan isteri sebelum pembahagian harta pusaka dibuat kepada waris-waris lain.

Penyediaan dokumen wasiat tidak akan lengkap tanpa perlantikan Wasi / Pentadbir Harta. Wasi / Pentadbir harta ialah pihak yang dinamakan di dalam dokumen wasiat yang dilantik untuk melaksanakan dan menyempurnakan wasiat selepas kematian pewasiat. Tugas Wasi adalah seperti berikut :
i. Menentukan dan memastikan semua aset dan liabiliti si mati.
ii. Mengenalpasti dan melunaskan semua hutang si mati.
iii. Memastikan segala cukai, zakat, badal haji dan lain-lain perkara yang dinyatakan dalam
wasiat dilaksanakankan.
iv. Mengeluarkan wang dan menutup semua akaun simati di bank-bank yang berkaitan.
v. Menjual saham-saham dan asset-aset simati yang lain( sekiranya perlu ).
vi. Membahagikan harta si mati kepada benefisiari mengikut arahan yang telah diberikan
oleh si mati di dalam dokumen wasiat.
vii. Membahagikan harta mengikut hukum faraid kepada waris-waris yang berhak.

Peranan dan tanggungjawab Wasi/Pentadbir harta pusaka bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi ia sebenarnya memerlukan seseorang yang berkredebiliti dan arif dalam hal ehwal undang-undang, ilmu Syariah dan mampu memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Proses pentadbiran harta pusaka juga merupakan suatu proses yang rumit dan memerlukan masa yang panjang. Kadang-kala Wasi/Pentadbir terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah ahli waris yang tidak memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh pentadbiran harta dijalankan. Oleh sebab itu, perlantikan Wasi/Pentadbir harta pusaka perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan tanggungjawab yang diamanahkan mampu dijalankan dengan baik.

Anjuran berwasiat oleh Rasulullah s.a.w. tidak seharusnya dipandang sepi oleh masyarakat Islam. Sikap suka meremehkan soal pengurusan dan perancangan harta pusaka perlu dihindari bagi mengelakkan kesulitan yang terpaksa dilalui oleh waris yang akan ditinggalkan. Oleh yang demikian, adalah disarankan supaya mendapatkan khidmat nasihat daripada Amanah Raya Berhad dalam penulisan dokumen wasiat yang sempurna. Amanah Raya menyediakan perkhidmatan penyediaan wasiat, penyimpanan wasiat dan mempunyai bidangkuasa untuk melaksanakan wasiat setelah kematian pewasiat. Amanah Raya menjalankan tanggungjawab membantu masyarakat dalam perancangan dan pengurusan harta pusaka bagi memastikan kepentingan waris-waris sentiasa terpelihara dan dilindungi. Dengan pengalaman selama lebih 86 tahun dalam menawarkan perkhidmatan peramanahan, pengurusan perwarisan dan harta pusaka, Amanah Raya sedia membantu menyuraikan kesulitan anda.

[1] Al-Munjid, Beirut 1992 hlm 904
[2] As-Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, j.3, Dar-al-fikr, Beirut,1973, hlm 414