Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, March 5, 2010

BENARKAH INI ???

Pengarah Radio IKIM didesak 'Letak Jawatan' kerana panggil Presiden PAS Muzakarah

Seorang teman meyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.

Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan  tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.

Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar.

Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM.

Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lain la kalau beliau mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya. Kini Ahmad Jais dilaporkan menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selepas 'perletakan jawatan' beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS akan disusun semula dan dimansuhkan perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama agar mereka meletakan jawatan.

Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman!

Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan sampai bila-bila.

 

 

Saya ialah peminat setia USRAH RASA HATI yang diasaskan oleh IR. AHMAD JAIS, Pengarah Radio IKIM.FM…

 

Wednesday, March 3, 2010

PATH TO PARADISE..

Must read till end...
Every Friday afternoon, after the Jumma prayers, the Imam and his eleven year old son would go out into their town and hand out "PATH TO PARADISE" and other Islamic literature.

This particular and fortunate Friday afternoon, as the time came for the Imam and his son to go to the streets with their booklets, it was very cold outside, as well as pouring rain.

The boy bundled up in his warmest and driest clothes and said, 'OK, dad, I'm ready!'

His dad asked, 'Ready for what' 'Dad, it's time we go out and distribute these Islamic books.'

Dad responds, 'Son, it's very cold outside and it's pouring rain.'

The boy gives his dad a surprised look, asking, 'But Dad, aren't people still going to hell, even though it's raining?'

Dad answers, 'Son, I am not going out in this weather..'

Despondently, the boy asks, 'Dad, can I go Please'

His father hesitated for a moment then said, 'Son, you can go. Here are the booklets. Be careful son.'

'Thanks, Dad!'

And with that, he was off and out into the rain. This eleven year old boy walked the streets of the town going door to door and handing everybody he met in the street a pamphlet or a booklet.

After two hours of walking in the rain, he was soaking, bone-chilled wet and down to his VERY LAST BOOKLET. He stopped on a corner and looked for someone to hand a booklet to, but the streets were totally deserted.

Then he turned toward the first home he saw and started up the sidewalk to the front door and rang the door bell. He rang the bell, but nobody answered..

He rang it again and again, but still no one answered. He waited but still no answer.

Finally, he turned to leave, but something stopped him.
Again, he turned to the door and rang the bell and knocked loudly on the door with his fist. He waited, something holding him there on the front porch!

He rang again and this time the door slowly opened.

Standing in the doorway was a very sad-looking elderly lady. She softly asked, 'What can I do for you, son?' With radiant eyes and a smile that lit up her world, this little boy said, 'Ma'am, I'm sorry if I disturbed you, but I just want to tell you that ALLAH REALLY LOVES AND CARES FOR YOU and I came to give you my very last booklet which will tell you all about God, the real purpose of creation, and how to achieve His pleasure.'

With that, he handed her his last booklet and turned to leave.

She called to him as he departed. 'Thank you, son! And God Bless You!'

Next week on Friday afternoon after Jumma prayers, the Imam was giving some lectures. As he concludes the lectures, he asked, 'Does anybody have questions or want to say anything?'

Slowly, in the back row among the ladies, an elderly lady's voice was heard over the speaker.
'No one in this gathering knows me. I've never been here before. You see, before last Friday I was not a Muslim, and thought I could be. My husband died few years ago, leaving me totally alone in this world.. Last Friday, being a particularly cold and rainy day, i was contemplating suicide as i had no hope left.

So I took a rope and a chair and ascended the stairway into the attic of my home.. I fastened the rope securely to a rafter in the roof then stood on the chair and fastened the other end of the rope around my neck. Standing on that chair, so lonely and broken-hearted I was about to leap off, when suddenly the loud ringing of my doorbell downstairs startled me. I thought, I'll wait a minute, and whoever it is will go away.

I waited and waited, but the ringing doorbell seemed to get louder and more insistent, and then the person ringing also started knocking loudly....

I thought to myself again, 'Who on earth could this be? Nobody ever rings my bell or comes to see me.' I loosened the rope from my neck and started for the front door, all the while the bell rang louder and louder.

When I opened the door and looked I could hardly believe my eyes, for there on my front porch was the most radiant and angelic little boy I had ever seen in my life. His SMILE, oh, I could never describe it to you! The words that came from his mouth caused my heart that had long been dead TO LEAP TO LIFE as he exclaimed with a cherub-like voice, 'Ma'am, I just came to tell you that ALLAH REALLY LOVES AND CARES FOR YOU!'

Then he gave me this booklet, Path To Paradise that I now hold in my hand.

As the little angel disappeared back out into the cold and rain, I closed my door and read slowly every word of this book. Then I went up to my attic to get my rope and chair. I wouldn't be needing them any more.

You see? I am now a Happy Vicegerent of the One True God. Since the address of your congregation was stamped on the back of this booklet, I have come here to personally say THANK YOU to God's little angel who came just in the nick of time and by so doing, spared my soul from an eternity in hell.'

There was not a dry eye in the mosque. The shouts of TAKBIR...ALLAH AKBAR.. rented the air.

Imam-Dad descended from the pulpit to the front row where the little angel was seated....

He took his son in his arms and sobbed uncontrollably.

Probably no jama'at has had a more glorious moment, and probably this universe has never seen a father that was more filled with love and honor for his son... Except for One. This very one...

Blessed are your eyes for reading this message.

Don't let this message die, read it again and pass it to others. Heaven is for His people!
Remember, God's message CAN make the difference in the life of someone close to you.

Please share this wonderful message
Spread His Word, help Him and you'll see His hand in everything you do...

Q 5:3: This day I've perfected your religion for you, and completed my favor on you, and chose Islam for you as religion.... .

Friday, January 29, 2010

Salam buat semua...

Muaz yg semakin bijak..:)
Assalamualaikum wrt...

Salam ukhuwah buat semua sahabat2 pembaca setia blog ni.. Hmm.. Dah sebulan lebih tak update blog nih. Dah bersawang... Bukan tak nak update, macam2 perkara nak cerita. Tapi masa amat tidak mengizinkan..
Alhamdulillah hari ni, lunch hour tak keluar mana2. Actually, ni baru je balik dari LGM Corp ( Lembaga Getah Malaysia). Kene ganti boss bagi talk kat situ. Lepas talk pkl 12 tadi, depe dah provide lunch. Alhamdulillah dah kenyang. Office LGM Corp ni betul2 depan KLCC. Kalau ikutkan hati, mmg nak singgah KLCC je tadi. Tapi memikirkan keadaan sekarang ni yg mmg tak berapa larat nak berjalan & round KLCC yang luas mata memandang tu, so terpaksa la batalkan hasrat.. Next time lah.. Last week pun kene ganti boss bagi talk on Estate Planning kat Petronas Dagang, Tingkat 40, KLCC. Seriuss mmg cantik sangat view dari tingkat 40 tu. Kan bessttt kalau ofis AmanahRaya ni di KLCC. Hmm.. tp gaji banyak mane pun, mesti tak cukup..Dugaan banyak... hehehe..
Masuk hari ni dah 7 hari hubby kat Korea. Hmmm.. memang mencabar bila hubby tak de kat sini. Yang paling tak best, kene start kete & bukak/tutup gate sendiri waktu pagi.. Huhuhu.. Lagi satu, mmg kesian sangat pd Muaz.. Sebab skrg ni, since pregnant dah 3 bulan ni, mmg balik keje terus collapse.. Mmg tak larat dah nak layan Muaz sembang & main.. Selalunya Hubby akan layan Muaz sampai dia tido.. Tp bila hubby takde, Mama la terpaksa mengerah tenaga melayan Muaz.. Tp selalunya Muaz yg akan start boring dulu sebab sambil2 dia baca buku, Mama dah pejam mata.. So, Muaz akan mula tolong Mama bukak mata dengan ganasnyer.. huhuhuhu...Sabar je laa... Kadang2, tu dia terus turun bawah gi kat Opah dier... Mama pun tak sedar bila masa Muaz keluar dari bilik Mama turun tangga sorang2. Insyaallah, hr Ahad Muaz dah boleh jumpe Abi.. Dan seminggu Muaz dengar suara Abi jer.. Ahad ni, biar Abi layan Muaz pulak..
Muaz tolong Abi packing barang..
Muaz bergambar dgn Abi sebelum kene tinggal..
Nasib baik Muaz tak nangis nak ikut.. Driver limo tu pun sporting jer.. Muaz babai Abi dgn happynyer.. Bila tanya Abi pegi mane? Muaz dgn steady akan menjwb " Abi gi Kogheeaa, naik emmmmplane"
Kali ni, merupakan kali ketiga Mama & Muaz kene tinggal. 1st time dulu, masa Muaz dalam perut mama 4 bulan.. Hubby outstation kat Korea jugak hampir 2 bulan.. Masa tu mmg stress laa... Dah le baru kawin..huhuhu.. Sampai Dr. Khamsiah suruh masuk ward.. Mmg takleh lupe la peristiwa nak pengsan dalam STAR LRT tu.. huhuhu.. Kali kedua, tahun lepas hubby kene meeting kat Norwich, London. Kalau ikutkan hati mmg nak ikut jer. Tp masa ni, dalam masa yang sama saya kene attend course seminggu kat ILKAP, Bangi.. So, takde la terasa sangat sebab saya pun takde kat umah.. Tapi, kesian kat Muaz laaa... Seminggu, mama & abi takde..
Jauh dimata, tp dekat dihati.. Hubby yg sentiasa dirindui..
Yang putih kat kaki tu, hubby kata tu salji yang tgh mencair..
Anyway, sekarang ni rasa macam mula memahami erti pengorbanan dalam mencari rezeki. Bak kata seorang kakak kat ofis ni, kita kene faham nature keje husband kita. Jangan sekat atau pun membuatkan husband rasa bersalah pulak untuk outstation disebabkan kita. Biarkan dia menjalankan amanah yang company dia bagi pada dia. Kalau kita boleh faham & redha, insyaallah ada ganjaran & makna yang besar yang Allah sediakan untuk kita.
Oklah, habis bab tu... Cerita ttg Muaz pulak..Muaz sekarang ni dah semakin seronok explore the new things. Everyday, Muaz akan bukak laptop sendiri, pasang CD utk belajar ABC, 123 & alif ba ta.. Alhamdulillah, Muaz dah boleh hafal words utk setiap alphabets.. Seronok tgh dia belajar.. Mama dulu pun, kenal PC & laptop bila dah sekolah.. Tp Muaz, umur 2 tahun dah pandai gune laptop.. Dasyat betul generasi cyber ni..hehehe... Selain dari belajar, Muaz pun dah pandai merajuk & buat Mama & Abi marah... Biasa la tu.. Budak-budak.. Kita yang kene control marah kita sebab usia Muaz yang baru 2 tahun 3 bulan memerlukan kita sentiasa mengingatkan diri kita sendiri bahawa Muaz belum mumaiyiz lagi..
So, kene banyakkan bersabar.. Tp yang paling Mama & Abi takleh terima, Muaz citer kat nenek dia, "Abi marah Muaz..Abi kurung Muaz dalam bilik air sebab Muaz main kipas.." huhuhu.... Bila Mama saya tanya betul ke Nizam kurung Muaz dalam bilik air??? saya gelak jerr.... Pastu terus berpikir, bila masa la pulak Abi kurung Muaz dalam bilik air.. Yang pastinya, mmg Abi pernah marah Muaz sebab Muaz main kipas. Lps tu dalam kes yang berbeza, Muaz main something dalam bilik, pastu Abi warning, kalau nakal nanti Abi kurung dalam toilet.. TAPI, tak penah la kurung dia dalam toilet lagi...Hmm... Pandai betul Muaz buat drama.. lawak sangat.. :)
Oklah.. dah nak abis lunch hour.. stop kat sini dulu. Insyaallah, ade kesempatan blog ni akan diupdate lagi...
SALAM BUAT SEMUA...

Tuesday, December 22, 2009

3rd Wedding Anniversary

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan update blog yang dah agak lama sepi tanpa posting baru. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi, tetapi hambatan tugas dan tanggungjawab yang semakin hari semakin bertambah membuatkan blog ni tidak dapat di'aulakan..

Gambar Raya Haji 2009
Hari ini 22 Disember 2009, saya cuba juga meluangkan masa untuk update blog ni, sebab tarikh hari ini agak istimewa untuk saya & hubby. Tarikh 22 Disember 2006 bersamaan 1 Zulhijjah 1427H adalah hari bahagia saya & hubby yang telah disatukan sebagai suami isteri yang sah setelah saling kenal mengenali antara satu sama lain sejak di Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang. Alhamdulillah, dah 3 tahun masa berlalu...

Siapa sangka pengawas hensem yang pendiam, sentiasa kemas berkemeja pink, berseluar putih, lengkap dengan tye meroon yang juga merupakan classmate saya di kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Setia 1995-1997, akhirnya ditentukan Allah menjadi milik saya yang ketika itu juga merupakan pengawas sekolah..hehehe...Kenangan yang mmg tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Ramai jugak yang bertanya, kenal kat mana? Universiti lain-lain, sekolah menengah atas pun lain. Sorang engineer, sorang lagi lawyer. Nak kata jumpe kat court, hmm bila pulak engineer gi court? Nak kata jumpe kat kilang pun mcm tak logik pulak.. Apa kene mengena lawyer dgn kilang.. Hihihi.. Apapun, inilah jodoh yang telah Allah tetapkan sejak azali. Cikgu-cikgu SMK SAAS antara yang terhappy sebab anak muridnya kawin dengan anak muridnya jugak.. hehehe..

Syukur pada Allah atas ikatan ini. Moga-moga ikatan kasih sayang & cinta yang terbina akan terus diberkati Allah selamanya, dunia & akhirat, insyaallah..

Sesungguhnya hari ulangtahun pernikahan kami yang ketiga ini lebih bermakna dengan kehadiran si kecil "adik Muaz" yang kini diizinkan Allah menghuni alam rahim mama. Alhamdulillah... hanya pada Allah selayaknya segala puji & syukur. Semoga si kecil ini sentiasa berada dalam perlindungan Allah, sebaik-baik pencipta. Amin, ya rabb...
Muaz happy sangat sebab dapat jadi abang..Alhamdulillah..

Thursday, November 26, 2009

Salam eidul adha...

Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah, hr ni berkesempatan menghulurkan salam buat semua sahabat-sahabat yang setia membaca blog ini. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi. Tetapi saya terpaksa akur tanggungjawab & amanah lain yang lebih "aula".


Sempena dengan hari wuquf pd hari ini 9 Zulhijjah 1430h, saya berdoa kepada Allah agar kita dapat sama-sama memanfaatkan kelebihan yang Allah telah anugerahkan kepada kita ini dengan harapan pada hari pertemuan denganNya nanti, kita mampu mengadapNya tanpa segan silu dengan bebanan dosa-dosa yang pernah kita lakukan tatkala diberi peluang peluang untuk hidup di muka bumi milik Allah ini.
Sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra: Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim). Walaubagaimana pun, Imam Syafie rahimahullah berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.”

Eidul Adha tahun ini dirasakan agak berbeza. Saya sendiri tertanya-tanya mengapa, dan jawapan yang mampu untuk diluahkan ialah pada tahun ini, hati ini terasa begitu ingin menjadi tetamu Allah di rumahNYA. Alangkah seronoknya jika dapat menerima kad jemputan dari Allah swt untuk sujud bersama-sama insan-insan lain yang hadir di seluruh pelosok dunia demi mengharapkan keampunan dan keredhaanNya di hadapan kaabah. Alangkah tenang jiwa ini jika dapat melabuhkan sujud di Masjid Nabawi yang mulia, dapat beribadah Raudhah dan berdoa di Multazam dan alangkah indahnya jika ketika ini dapatku berwuquf di Arafah tatkala jutaan manusia mendambakan diri memohon keampunan dari Rabbul Jalil..Alangkah bahagianya jika semua ibadah kita diterima Allah..insyaallah..

“Ya Allah, bukalah bagi kami pintu-pintu rezeki, pintu-pintu rahmat, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu ‘afiat, pintu-pintu kesejahteraan, Ya Karim dengan rahmat Engkau Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani...Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkau yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu, Amin Ya Allah....”

3 Tahun mengukir cinta & menyemai kasih sayang kerana-NYA

1 Zulhijjah 1430h yang lalu merupakan hari ulangtahun pernikahan saya yang ketiga..Sudah 3 tahun kami mengukir cinta dan menyemai kasih sayang.. Alhamdulillah, syukur selayaknya hanya untuk ALLAH swt yang masih mengurniakan nikmat kasih sayang & cinta yang tersemat kemas dalam jiwa. Syukur juga hanya kpd Allah yang atas kurniakan zuriat Ahmad Muaz hasil sulaman cinta kami yang kini sihat dan menjadi penawar bagi segala kekusutan di jiwa.. Semoga Allah terus memberi keizinan dan ruang untuk kami terus menyemai cinta dan kasih sayang demi mengharapkan keredhaanNya di dunia & akhirat...insyaallah..


Ya Allah, Sesungguhnya pertemuan kami adalah dengan izinMu, kami hanya ingin menjadi suami isteri yang dirahmati & diredhai.. Bimbinglah kami untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki..Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat dan keampunanMu kepada kami. Berkatilah ikatan perkahwinan kami selamanya.. kurniakanlah kpd kami ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup kami ini berkekalan abadi selamanya. Sesungguhnya, hanya dengan taufik dan hidayahMu, kami akan beroleh kebahagiaan dalam kehidupan di dunia ini dan juga di akhirat..amin ya rabb..


Wednesday, November 11, 2009

SIAPA DEKAT SIAPA JAUH ??

Sama-sama kita renung-renungkan...
Kenapa mereka tetap berbuat maksiat sedangkan mereka itu tahu maksiat itu salah. Tidakkah mereka merasa takut akan azab Allah yang akan menimpa mereka atau sememangnya mereka itu tidak tahu pengertian amar makruf nahi mungkar.

Jelasnya mereka itu sebenarnya merasakan Allah SWT jauh. Jauh untuk melihat segala urusan kehidupannya, jauh juga untuk diletakkan harapan bagi mendapatkan sesuatu dari keinginan. Maka ‘yang jauh itu’ mereka kemudiankan dan didahulukan apa yang dirasakan dekat. Lalu berlengah bertangguhlah mereka untuk beramal ibadah kerana mengutamakan keinginan duniawi dengan cara kapitalisnya. Terus ketawa dan berdukalah dengan bergelumang dalam segala macam maksiat tanpa sempadan, tanpa mengingati pada ‘yang jauh itu’, sehinggalah ‘yang jauh itu’ semakin jauh.

Namun firman Allah SWT bermaksud,
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16)

Justeru, dengan penuh keimanan hendaklah kita merasakan adanya Allah SWT itu dekat malah lebih dekat dari apa yang kita sangkakan. Dan kebesaran Allah SWT yang Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Perkasa itu selayaknya meletakkan kita sebagai hamba yang berkeyakinan bahawa Allah SWT itu dekat. Maka bersegera kembali kepada-Nya, segera meminta keampunan daripada-Nya kerana banyaknya dosa-dosa yang kita lakukan.
Source : Tazkirah melalui emel AmanahRaya...

Monday, November 2, 2009

Happy Birthday to My Wonderful Husband..:)

Alhamdulillah, segala puji hanya utk Allah swt yang masih mengizinkan nadi ini terus berdenyut dan masih mengizinkan kami terus bahagia melayari bahtera kehidupan di dunia yang penuh dengan dugaan. Syukur pd Allah atas nikmat usia yang diberikan kepada kita, mudah-mudahan kita sentiasa tergolong dalam golongan insan-insan yang sentiasa bersyukur..


2nd day of November 2009

Today is my husband's birthday! Alhamdulillah..syukur atas nikmat kesihatan yang tiada tara nilainya..Semoga Allah sentiasa melindungi dan memandu perjalanan hidupnya dunia & akhirat, insyaallah..I thank him for his undying love and support to us. I am thankful to ALLAH that He continued to bless us and for giving me a wonderful partner for life.


Sapura Industrial - 2008-present

Hubby at London - 2009

Proton 2006-2007
Hubby at Jebu Island, Korea - 2007

Dia suamiku dunia akhirat, insyaallah..
Abi & Muaz...layannn...:)
Hubby sayang,
everything about you makes me so thankful..
that you're the one who is the lovely of my life...
Thank you hubby
For being such a wonderful man
Everything has been great
Since our marriage began
You're a wonderful husband
That I truly adore..

Happy Birthday Hubby..
with All My Love Always
I love u more than words can say...:)