Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, May 12, 2009

SELAMAT HARI MAMA...


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka pada kami
dan Pahala yang besar Atas kesayangan yang mereka limpahkan pada kami,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami.

Pn. Fadariah Yaacob & En. Abdul Halim Ibrahim


YOUR MOTHER ..( Muaz's Favourite Song )

Who should you give your love to?
Your respect and your honour to?
Who should you pay good mind to -
after Allah, And Rasullullah?

Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night,
Holding you tight?
That’s right no other, your Mother


Who should you take good care of,
Giving all your love?
Who should you think the most of -
after Allah And Rasullullah?

Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?
And when you fell, who’d pick you up?
Clean your cut?
No one but,
your Mother, your Mother

Who should you stay right close to?
Listen most to?
Never say no to – after Allah And Rasullullah?

Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried who wiped your tears?
Knows your fears?
Who really cares?
Your Mother....

Say Alhamdulillah,
Thank you Allah
Thank You Allah for my Mother

Happy Mothers Day to Pn.Fadariah Yaacob & Pn. Hairin Herlina Abdul Halim..:)

Happy family...:)



Semoga RAHMAT & HIDAYAH ALLAH sentiasa menaungi keluarga kami selama-lamanya dunia & akhirat.. Insyaallah...

Thursday, April 30, 2009

Selamat bertunang...


Alhamdulillah 25 April 2009, telah berlangsung majlis pertunangan Hairun Nisa Abdul Halim a.k.a Cik Yun... Muaz adalah insan terrr'happyyy...:)

Sukenye dier...

Mama, Muaz, Mama Amni & Amni ( Cousin Muaz )


Idea Cik Yun..

Cik Yun & Uncle Leftenan Ilyas

Uncle Shah je takde sebab dia keje...

Cik Yun, Muaz & Mama

Terima kasih kepada semua saudara mara yang sudi meluangkan masa menghadiri Majlis Pertunangan Hairun Nisa Abdul Halim dan Majlis Kenduri Kesyukuran sempena Ulangtahun ke 28 Perkahwinan En.Abdul Halim & Puan Fadariah Yaacob...Semoga Allah memberkati perkahwinan mereka hingga ke syurga Allah yang abadi, insyaallah...

Thursday, April 23, 2009

22 April & 23 April .. A Memorable Day


22 April 1981 merupakan tarikh bersejarah & kenangan yang pastinya tidak dapat dilupakan oleh mama & bapa. Setahun selepas itu, Allah telah mengurniakan hadiah istimewa sempena ulangtahun pertama perkahwinan mereka dengan kelahiran seorang puteri hasil sulaman cinta mereka pada hari Jumaat 23 April 1982.



Alhamdulillah..syukur pada Allah atas nikmat usia dan kesihatan yang tidak mampu ditandingi. Syukur atas nikmat kehidupan & kebahagian serta kejayaan demi kejayaan yang diberikan kpd kami. Syukur atas segala nikmat dan rahmatMU kepada kami.. Syukur atas segala-galanya.. Hanya padaMU selayaknya cinta kami, dan hanya padaMU selayaknya sujud kami.. Terimalah kami sebagai hambaMU yang sering berdosa ini.. Izinkan kami terus melazimi sujud & patuh kpd segala perintahMu dan berikanlah kami kekuatan untuk menjadi insan terbaik yang sentiasa disayangiMU..Amin Ya Rabb...



My special dedication to my loving parents..
Happy 28th Wedding Anniversary whose love and devotion are beautiful to behold...

You both are special..
In so many ways..
and on your anniversary,
Here's wishing you both..
Happy moments..
For all the days to come..
May Allah shower both of you with His neverending Tawfiq and Hidayah.
Thanks for everything..
we love u more than words can say..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Besday card from my hubby..

Terima kasih kepada husband tersayang atas doa, hadiah & besdayy card. Semoga kebahagiaan akan menjadi milik kita selamanya.. Love u o much..

Thanks hubby..


Terima kasih kepada semua sahabat2 atas ingatan, doa, hadiah & kiriman SMS. Semoga ukhuwwah ini akan terus lestari selamanya..
"Satukan fikrah, ribatkan ukhuwwah..
Moga mahabbah diiringi mardhotillah.."

Sunday, April 19, 2009

Alhamdulillah..


Alhamdulillah, hubby dah selamat mendarat di KLIA jam 5.05 petang, 17 April 2009. Semoga pengalaman meeting di sana akan menjadi added value kepada husband tersayang yang juga sedang mendaki tangga kejayaan yang masih memerlukan ILMU & PENGALAMAN sebagai bekalan. All the best to you..:)
Hubby at Norwich

Left : Udo Hellwig 70 years old, Engineer from Germany

Meeting at Lotus, Norwich

Singgah makan on the way from Heathrow to Norwich
p/s : next time, Mama & Muaz akan ikut sama...:) :) :)

ILKAP in memory..:)



Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah perjuangan utk berkursus di ILKAP. Terasa lama sangat nak menunggu hari Jumaat. Tetapi ILMU dan PENGALAMAN berkursus di ILKAP telah menjadi memori yang bagi saya amat menarik terutamanya utk dalam usaha untuk meningkatkan tahap efficiency sebagai pengamal undang-undang khusus dalam bidang pentadbiran harta pusaka di Malaysia.
Ofismate yang besst..Posing before court bersidang..

Lawyer pun nak posing gak..hihihi..:)

Penghargaan kepada Puan Rasyihah Ghazali, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah pun berkongsi ilmu dan pengalaman kepada warga kerja Amanah Raya Berhad walaupun sedang sarat mengandung..Tengah tunggu masa je nak bersalin tuu... Alhamdulillah, dengan bantuannya jugalah, barisan peguam AmanahRaya telah menang kedua-dua kes di hadapan bekas Hakim Mahkamah Rayuan YBhg. Dato' Shaik Daud bin Ismail ketika berlangsungnya Mock Trial di Moot Court ILKAP pada hari terakhir kursus, Jumaat 17 April 2009. Plaintif/pempetisyen dalam kes tersebut di wakili oleh peguam yang sangat berpengalaman, En. Mohaji bin Selamat sementara Defendan iaitu Amanah Raya Berhad di wakili oleh 3 orang peguam termasuklah saya..:) Ia menjadi pengalaman yang sangat berharga dan pastinya pengalaman itu akan saya manfaatkan untuk memastikan ia menjadi panduan untuk terus mendaki tangga kejayaan, insyaallah.


Para lawyer tgh discuss before court bersidang..

Lawyer ARB

Pening nak prepare document2 ni...

Court tgh bersidang


All in all, a very satisfying experience at ILKAP last week.


Tuesday, April 14, 2009

Hubby at London's Heathrow Airport ...

Alhamdulillah, baru dapat SMS jam 11.19pm dari hubby. Dah selamat mendarat di London's Heathrow Airport yg merupakan antara airport yang paling busy di dunia. Berlepas dari KLIA jam 10.05 pagi, 14 April 2009 dan sampai di sana lbh kurang jam 11pm waktu M'sia. Didoakan semoga urusan husband tersayang dipermudahkan di sana, insyaallah...
p/s : sedihnyerr Mama tak dapat ikut... Kesian Muaz, kene tinggal kat umah dengan opah. Mama kursus di ILKAP. Abi pulak pi meeting..Kalau dekat tak pe gak..meeting kat London..huhuhu..:(

5 hari di ILKAP

Hari ini dah masuk hari kedua saya berkursus di ILKAP, Bangi dan malam ini juga merupakan malam pertama saya bermalam di sini. Memandangkan jarak ILKAP dengan rumah saya di Saujana Impian tak berapa jauh, malam pertama & kedua (Ahad & Isnin) saya bermalam di rumah utk tolong hubby mengemas barang apa yg patut sebelum fly ke London jam 10.05 pagi tadi. Saya baru sahaja selesai slot keenam dalam jam 10.30pm tadi. Slot malam ni ditamatkan awal. Kalau semalam, jam 11.30pm baru boleh keluar dari bilik kuliah. Huhuhu..kesian Muaz.. kene tinggal lagi...



Insyaallah Kursus Khas Amanah Raya di ILKAP ini akan berakhir pada hr Jumaat jam 4.30 ptg. Hmm..terasa lama sangat la pulak.. Apapun, kursus kat sini mmg best sebab pencemahnya adalah orang yg benar pakar dalam undang-undang dan tempat penginapan sangat memuaskan hati..

Memandangkan kerinduan pd Muaz tidak dapat dielakkan, saya akan keluar dari ILKAP tepat jam 4.30ptg. Walaupun hanya sempat meluangkan masa bersama Muaz sehingga jam 8.00mlm, sebelum saya kembali utk slot di ILKAP jam 8.30mlm, saya tetap menghargai ruang yang terhad itu bagi memastikan Muaz "OK".. Muaz...miss uuu...

Semoga kursus ini akan meningkatkan mutu kerja di Amanah Raya dan mudah-mudahan pelaksanaan kerja-kerja yang melibatkan court procedures ini akan lebih efisyen, insyaallah..