Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, August 22, 2010

Muaz & Muizz..

Tiada lafaz yang lebih mulia melainkan Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah kepada kami. Perkahwinan kami hampir mencecah usia 4 tahun. Pelbagai kenangan yang telah dilalui. Semuanya mnjadikan kami lebih dewasa dalam memegang amanah sebagai suami, isteri, ibu & bapa. Semoga kami mampu mendidik & membesarkan anak-anak kami dalam panduan hidayah Allah, insyaallah..

Muaz & Muizz sayang..

The day you were born..
you touched my soul..
Those beautiful eyes..
stare at me in awe..
Gazing at me..Who just became your mom...

As days turned to months..
and months turned to years..
I watched you grow..
Facing life's challenges and fighting your fears...

If you get lost along your way..
not sure what to do or what to say...
Know that I'm present in spirit and soul..
with open arms and a hand for you always to hold...

May Allah bless us with HIS love and HIS mercy..
As long as we follow HIS guidance all the way..
He will guide us from the darkness into the light..
and..we’ll be in HIS "jannah".. insyaallah...

Ahmad Muaz : 2 tahun 10 bulan
Ahmad Muizzuddin : 21 hari


Sunday, August 15, 2010

Kelahiran Ahmad Muizzuddin 1 Ogos 2010 / 21 Syaaban 1431h

Assalamualaikum wrt... Alhamdulillah.. syukur pada Allah yang masih memberi keizinan utk merasai denyut nadi normal dan menikmati segala kurniaanNya sehingga ke hari ini. Syukur pada Allah yang masih mengizinkan diri ini berada dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini mampu dimanfaat sebaik mungkin demi redhaNya walaupun masih dlm tempoh confinement, insyaallah.

Alhamdulillah... setinggi-tinggi rasa syukur hanya selayaknya utk Allah Rabbul Jalil krn hanya dengan izinNya Ahmad Muizzuddin bin Mohamad Khairul Nizam selamat dilahirkan dengan mudah & selamat. Syukur pada Allah yang telah memaqbulkan doa hambanya yang byk berdosa ini. Mudah-mudahan nikmat zuriat kurniaan Allah ini bulan Syaaban ini mampu menjadikan kami hambaNya yang sentiasa bersyukur, insyaallah.
31 Julai 2010, jam 11.30 malam, selepas ambik adik di Bukit Jalil & setelah menikmati nasi arab di rumah, saya & hubby ke Hospital Pakar Annur, Bangi utk confirm masa kelahiran belum tiba walaupun dah ada bloody show lepas solat maghrib malam tu. Menanti detik-detik kelahiran zuriat kali kedua ni lebih relax & tenang. Maybe sebab dah ada experience masa 1st delivery 3 tahun lepas. Cumanya apa yg merisaukan ialah terbersalin dlm kereta..hehe..Risau la kaann.. Sebab masa bersalin Muaz dulu, active labor lebih kurang 3 jam jer. So, 2nd baby ni Dr.Khamsiah pun kata kemungkinan besar lebih cepat dari dulu. Alhamdulillah, bila buat CTG heartbeat baby ok & contraction belum konsisten. So, bole balik rumah dulu..

Berikut adalah kronologi kelahiran Ahmad Muizzuddin : 1 Ogos 2010 / 21 Syaaban 1431H (Ahad) di Hospital Pakar Annur, Bangi.

8.30 pagi
  • Ke Hospital Pakar Annur. mcm ade instinct akan bersalin hari ni wpun tak sakit lagi)
  • CTG - heartbeat baby OK.. VE : 2 cm
  • Diberi option utk check in kat hospital atau balik umah dulu then datang balik bila contraction makin kerap. Call Dr.Khamsiah & mintak advise dia. Dia kata bole je kalau nak balik dulu asalkan kalau dah sakit, cepat2 pegi hospital.
9.30 pagi
  • Balik umah dulu. Rest kat rumah, lunch & solat zohor then pkl 3.00 petang gi hospital balik. Bukan sebab sakit atau contraction makin kerap, tp sebab rasa tak sedap hati...:) risau takut terbersalin kat umah pulak..hehe...:)
3.30 ptg
  • Mula-mula plan nak gi ManjaKu utk beli dypers & shopping skit barang2 adik, tp dah nak sampai kat kedai tu hubby patah balik & terus gi hospital sbb hubby tgk saya dah lain mcm..:)
3.40 ptg
  • Kebetulan jumpe Dr.Khamsiah depan lift kat lobby hospital, then dia suruh nurse terus bawak masuk labor room.
  • CTG - heartbeat baby ok, contraction belum kuat lagi.
4.00 ptg
  • Dr.Khamsiah datang tgk report CTG, buat VE (dilated 4cm) & pecahkan waterbag.
  • Dah start rasa sakit contraction & request epidural. Prosedur epidural start dlm pkl 4.45pm & selesai lebih kurang pkl 5.15pm. Alhamdulillah dah tak sakit..:) Legaaaaaaa....
  • Sementara tunggu hubby solat asar, saya mintak tlg nurse bersihkan apa yg patut & tlg amikkan wudhu' utk solat asar. Tp tiba-tiba terasa mcm dah nak bersalin. Midwife check & buat VE rupenyer dah fully dilated. Sementara tunggu Dr.Khamsiah dtg ke labor room tu, nurse & midwife prepare apa yg patut utk kelahiran seorang lagi khalifah Allah. Sekelip mata katil & labor room tu transform drpd bilik biasa mjd bilik yg agak mengerikan utk saya.. Mcm2 alat ade..adooii.. Sempat lagi hubby buat lawak.. "mcm citer transformers pulak labor room nih"..hehe..
6.42ptg
  • Alhamdulillah, bila dengar lafaz " Assalamualaikum" oleh Dr.Khamsiah & midwife diiringi dengan tangisan comel seorg bayi, Ahmad Muizzuddin bin Mohamad Khairul Nizam yang telah berada dalam rahim saya selama 37 minggu selamat lahir ke dunia. Syukur pada Allah yang telah mempermudahkan kelahiran zuriat ini dan mengurniakan kepada kami anak yang sihat sempurna. Syukur alhamdulillah atas segala-galanya... Walaupun hanya sempat merasai sakit contraction lebih kurang 1/2 jam, kesakitan itu sememangnya satu muhasabah terbaik utk saya. Namun, kesakitan itu telah saya lupakan tetapi muhasabah dr kesakitan itu pasti tidak akan saya lupakan, insyaallah.
  • Sememangnya ilmu-ilmu yang dipelajari dalam Antenatal Class sangat2 membantu untuk menghadapi saat kelahiran dlm labor room. Alhamdulillah..
Detik-detik bersejarah kelahiran khalifah Allah, Ahmad Muizzuddin bin Mohamad Khairul Nizam. - 1 Ogos 2010 / 21 Syaaban 1431H

Dr.Khamsiah offer utk hubby sambut kelahiran Muiz, tp hubby tak berani lagi..So, mcm biasa hubby potong tali pusat adik, sambil sebelah tangan lagi busy amik gambar.

Inilah dia adik Muaz yg sekian lama Muaz tunggu. Tak sabar Muaz nak ajak adik main sama-sama.

Terima kasih kpd hubby tersayang yang setia menemani sepanjang proses kelahiran Muiz, terima kasih kpd Dr.Khamsiah Muda yang telah mnjaga saya & Muiz sejak seawal 6 minggu Muiz dalam kandungan. Kali pertama pregnant & bersalin pun Dr.Khamsiah yg handle. Mmg best dokter ni. Dan terima kasih jg utk midwife & nurse yg bertugas. Semoga Allah merahmati kalian semua, insyaallah..

Ya Allah, izinkan kami menjadi ibubapa terbaik untuk anak-anak kami. Izinkan kami mendapat ilham yang benar serta petunjuk dariMu untuk mentarbiyyah anak-anak kami utk beriman kepadaMU & RasulMu. Kurniakan kekuatan kpd kami untuk membina mahligai rumahtangga yang Kau berkati dengan zuriat yang soleh demi mencapai redhaMu dunia & akhirat... Kurniakan kpd kami, zuriat-zuriat kami, ahli keluarga kami dan seluruh umat Islam suntikan CINTA untuk terus melakukan ibadah hanya kpdMu..Semoga kami mampu melaksanakan amanah membesarkan & mendidik zuriat-zuriat kami utk mentaatiMU.. Amin Ya Rabb..



Friday, July 30, 2010

Menanti detik kelahiran seorang khalifah...

When a baby’s born..So helpless and weak..And you’re watching him growing..So why deny..Whats in front of your eyes..The biggest miracle of life..We just have to open our eyes, our hearts, and minds..If we just look quiet we’ll see the signs..We can’t keep hiding from the truth...Let it take us by surprise..Take us in...the best way.. Ya Allah.. Guide us every single day..Keep us close to You..Until the end of time...

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan segala rahmat dan meminjamkan segala nikmat buat sekalian hamba-hambaNya..Semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur, insyaallah... Alhamdulillah.. "adik Muaz" dah berusia 37 minggu dalam rahim ini. Sesungguhnya rahim kurniaan Allah kpd semua insan bergelar Hawa merupakan organ istimewa serta tempat paling kukuh dan selamat untuk pembesaran seorang manusia. Di rahim yang sempit itulah bermulanya kehidupan seorang bayi yang membesar selama 9 bulan 10 hari dalam jagaan Allah swt..Subhanallah..

Sama-sama kita renung-renungkan :
"Bukankah Kami ciptakan kamu drp air mani yang hina? kemudian Kami letakkannya di dalam tempat yang kukuh (rahim). Sampai waktu yang ditentukan, lalu Kami tentukan (bentuknya), maka Kami sebaik-baik yang menentukan." ( Al-Mursalat 20-23 )

Hari ni, saya masih dalam cuti MC. Masih menanti detik-detik utk melahirkan seorang lagi khalifah Allah, amanah utk saya & hubby. Semoga kelahiran ini dipermudahkan Allah dan dikurniakan keringanan dalam kesakitan yangtersembunyi padanya hikmah muhasabah teragung kurniaan Allah buat hamba-hambaNya yg bersabar..insyaallah..

Dedikasi buat hubby tersayang...
I feel so blessed when I think of you..And I ask Allah to bless all we do..You`re my husband, my friend and my strength...And I pray we`re together eternally.. For the rest of my life....I`ll be with you...I`ll stay by your side honest and true....Till the end of my time...I`ll be loving you..insyaallah..

Terima kasih untuk setiap pengorbanan...ketulusan keikhlasan dalam menyayangi sulaman cinta, memahami ritma & melodi sebuah kehidupan rumahtangga...menjadi imam terbaik untuk kami dan sesungguhnya hanya pada Allah, Sayang melafazkan rasa syukur atas kurniaan seorang suami terbaik kepada diri ini. Semoga kasih sayang & cinta ini sentiasa dalam keberkatan Allah selama-lamanya, dunia & akhirat..insyaallah..

Dedikasi utk mama & bapa tersayang...

Tiada apa yang mampu membalas jasa kalian membesarkan dan mendidikku hingga berjaya mjd insan yang cintakan Allah & RasulNya. Hanya doa dariku saban waktu semoga Allah sentiasa memelihara kalian dan mengurniakan keredhaan kepada kalian dalam kehidupan dunia & akhirat..

Juga kepada kedua-dua ibu & bapa kpd suamiku...Semoga kalian juga sentiasa dalam pemeliharaan Allah, dunia & akhirat..

Kepada semua adik-adikku & sahabat-sahabat ... terima kasih atas segalanya..

Mohon doakan semoga kelahiran adik Muaz ini dipermudahkan & kami mampu memikul amanah utk mendidik anak-anak amanah Allah ini dengan penuh tanggungjawab, insyaallah..

Terima kasih & mohon maaf atas segalanya...

Salam dr saya utk kalian semua :
Hairin Herlina Abdul Halim
18 Syaaban 1431H - 30 Julai 2010
Jumaat
Sayyidul Ayyam


Monday, June 14, 2010

KISAS ... Penuh kenangan...

Pejabat sekolah ( Istana lama nih )

ASPURI yg dah jauh berubah..

KIM... KIK... KISAS...

Kolej Islam Sultan Alam Shah...harum namanya semerbak mewangi

Terbangun di atas penderitaan, kesulitan dan pengorbanan

Besar jasanya pd diri kita, anak didik BUMI WAQAFAN...

*Bumi Waqafan bumi ukhuwah, di sini terpancar hidayah...

*Bumi Waqafan bumi tercinta, di sini tertanam mutiara...

Kota ini zahirnya usang, namun sedari di dasarnya

Tertanam mutiara berkurun lamanya, sukar dibongkar menjejaknya

Payah ditemui sukar digali, yg TABAH pasti memiliki...

*Bumi Waqafan bumi tarbiyah, di sini kasih ku tertumpah...

*Bumi Waqafan bumi taqwa, di sini bermula segala...

FASTAQIM KAMA UMIRTA!!!

Akan tegakkah teguh kah ia

Terlaksanakah BIAH SOLEHAH...yg sering dicita-cita


Generasi tunas harapan, oraklah langkah menuju Ilahi

Jatuh bumi ini bangun bumi ini, adalah kita penentunya

Kesempatan itu masih ada, oleh itu pergunakan ia....


originally from K. Biah FB

Monday, June 7, 2010

Almost 30 weeks...

29 weeks pregnant

Your baby's head is getting bigger and his brain is developing billions of neurons (important for later learning) at an amazing rate. His nutritional needs are growing too. To meet his body's demands, you'll need plenty of protein, vitamin C, folic acid and iron. His bones in particular are soaking up lots of calcium right now, so drink your milk (or if you don't like the taste, try calcium-enriched orange juice or soya bean drink and other soy products).

Alhamdulillah.. minggu ni dah nak masuk 30 minggu.. mcm baru semalam je staff Klinik O & G Annur call bgtau result blood test +ve... Hampir 8 bulan "adik Muaz" telah menghuni rahim Mama..Tiada lafaz yang lebih indah melainkan ALHAMDULILLAH atas nikmat yang Allah kurniakan ini. Sememangnya setelah kelahiran Muaz, perasaan rindu untuk pregnant lagi mmg ada. Sebabnya, diri ini benar-benar teruja dengan kekuasaan Allah yang menjadikan rahim seorang wanita untuk dihuni oleh seorang khalifahNYA selama hampir 40 minggu. Maha suci Allah yang mengizinkan seorang bayi berkomunikasi dengan ibunya sejak di alam rahim.. Allahu akbar..Sukar untuk menggambarkan perasaan ketika mampu merasai detik-detik indah pergerakan seorang insan dalam rahim ini.. Subhanallah... hebat sungguh kuasa Allah...

Pasti detik-detik ini akan kurindui selepas kelahirannya nanti, insyaallah..

Ya Allah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, kami melafazkan rasa syukur atas nikmat zuriat kurniaanMu.. Tiada kata yang mampu mengungkapkan kegembiraan ini. Hanya padaMu tempat kami melafazkan rasa cinta & syukur tanpa sempadan.. Wahai Allah, Pencipta Agung sekalian makhluk, peliharalah zuriat yang berada dalam kandunganku ini selama dia berada dalam rahim suci kurnianMu. Rupakanlah dan bentukkanlah dia yang berada Rahimku ini dengan rupa yang baik dan sempurna, tetapkanlah ke dalam hatinya Iman kepadaMu dan rasulMu... Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penyempurna kejadian manusia.

Ya Allah, lahirkan dia daripada Rahimku ini dengan kelahiran yang mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat sempurna, mempunyai akal yang bijak, alim & anak soleh yang sentiasa beramal kepadaMU. Elokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quran & hadis. Kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan kepadaNya berkatilah hidupnya disepanjang usia yang Kau izinkan…

Amin Ya Rabb...

Friday, May 14, 2010

Anugerah yang tidak ternilai...

Assalamualaikum wrt ..Salam buat sahabat-sahabat & pengunjung blog ini...

Alhamdulillah.. syukur pada Allah yang masih mengurniakan nikmat Iman & Islam, kesihatan, kebahagiaan, kesenangan, kemudahan, kekuatan segala-galanya yg membuatkan kita masih mampu merasai denyut nadi sebagai hambaNYA...Seringkali "masa" menjadi mangsa alasan kepada persoalan sahabat-sahabat yang bertanya "knp lama tak update blog??" Sememangnya itulah sahaja alasan yang mampu diberikan disebalik tugas dan tanggungjawab lain yang perlu di'aula"kan. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan, namun...saya akur dengan hakikatnya sepertimana yang pernah disebutkan oleh As-Syahid Hassan Albanna bahawa sememangnya "alwajibat aksar minal auqat" yang bermaksud tanggungjawab & kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada. Hmm.. sebenarnya disebabkan terlalu banyak cerita yang nak dikongsi, saya jadi blur sekejap..Apa yang nak dikongsi dulu ye?

Muaz @ KLIA..

Hmm.. Okaylah... kita cerita tentang anak kesayangan Mama & Abi dulu.. Sekarang ni dah ade 2 orang.. Alhamdulillah...:) Abang Muaz berusia dah hampir 2 tahun setengah.. Sorang lagi dah menginjak 6 bulan setengah di alam rahim Mama.. Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang sangat bernilai harganya. Tiada yang mampu menandingi kuasa Allah yang mengurniakan rasa kasih dan sayang seorang Mama kepada anak-anaknya. Walaupun "adik Muaz" ni belum lagi menjengah dunia, tetapi perasaan kasih dan sayang ini telah wujud sejak "dia" diketahui wujud dalam rahim ini.. Alhamdulillah...syukur pada Allah atas anugerah ini.. Semoga kami terus menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur, insyaallah..

Muaz dah semakin bijak..Alhamdulillah... Sangat rajin membaca buku dan rajin hafal surah al-fatihah, doa makan, doa tidur, hafal zikir, hafal surah2 pendek, hafal nama-nama kereta, nama-nama aircraft dan lain-lain.. Buku2 kartun tak main... Mmg tak minat... Muaz sangat suka tgk documentary especially ttg aircraft & helicopter... Hmmm.. Sama la mcm Abi dier.. Koleksi magazine Abi Muaz sejak tahun 2000 hinggalah sekarang ni telah menjadi milik Muaz.. hehehe...Waktu siang, Muaz study ABC & ngaji dengan opah, tp waktu malam after Abi balik surau, Muaz akan ajak Abi "main bace buku"...:) So, Abi dengan istiqomahnya akan teman Muaz study setiap malam sampailah Muaz ngantuk... Tp selalunya Abi yang mengantuk dulu sebelum Muaz..Kesian Muaz..huhuhu..Muaz selalu merajuk sebab Abi pejam mata time Muaz baca buku..
Tp itulah pengorbanan seorang ayah.. walaupun penat bekerja.. balik rumah pkl 8 malam, tp rutin harian melayan Muaz mmg tak pernah tinggal.

"Adik Muaz" pun dah semakin aktif, kalau Mama yang teman abang Muaz study, mmg terasa mcm "adik Muaz" pun tgh berenang-renang dengan seronoknya dalam perut Mama..Kalau Mama berehat kat sebelah Abi yg tengah study dengan Muaz tu, mmg tak jadi rehat lah jawabnya.. Mcm "adik Muaz" tengah bersilat kat "dalam ni"..hehehe.. "Adik" suka sangat dengar suara abang Muaz.. Muaz pulak mmg rajin sembang dengan "adik" dia..Hari-hari ajar adik bace alfatihah, selawat & zikir..Alhamdulillah.. bessssttttt sangat...

Hanya doa dipohon kepada Allah Rabbul Jalil, semoga anak-anak kami akan menjadi anak yang soleh & solehah, cemerlang dunia & akhirat dan mampu menjadi asset terbaik utk Islam, Insyallah... Mohon dijauhkan kami dari fitnah..mohon dijauhkan kami dari tipudaya dunia, mohon dijauhkan kami dari azab neraka.. dan semoga kami sentiasa hidup dalam keberkatan NYA dan kehidupan ini sentiasa dipandu dengan hidayahNYA, insyaallah..


Dan..terima kasih Ya Allah.. atas kurniaan seorang suami yang terbaik untukku.. Syukur Alhamdulillah atas anugerah ini.. Sesungguhnya kasih sayang & pengorbanan hubby amat Sayang hargai... Thanks for everything....Wallahi..I love u sooo much.. :)