Hingga ke hari ini, isu di Perak masih belum reda. Saya sendiri tertanya-tanya siapa yang sebenarnya mengurangkan IMUNITI UNDANG-UNDANG terhadap institusi RAJA2?? Jawapan tersebut ada, tetapi tidak dihebahkan dan tidak diceritakan secara akademik di dada-dada akhbar milik kerajaan. Kenapa perkara ini disembunyikan?? Adakah mereka masih diulit mimpi bahawa generasi masa kini & rakyat hari ini masih terbuai dengan rentak yang dipalu oleh 'mereka" ???? Adakah mereka tidak sedar bahawa akhbar2 arus perdana bukan lagi menjadi tatapan utama generasi masa kini? Atau "mereka" buat2 tak sedar dan syok sendiri.. Apapun... biarkanlah mereka dengan "labu-labu" mereka...
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu kita renung2kan sebelum membuat justifikasi yang tepat terhadap situasi semasa yang sememangnya mencabar kesabaran kita sebagai rakyat Malaysia :
- Pada awal dekad 90-an - Pindaan Perlembagaan telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu. Bukankah Utusan Malaysia, akhbar yang dimiliki Umno telah menerajui kempen menghina Raja-raja Melayu pada waktu itu?
- Pada tahun 1993 - Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa yang sewenang-wenangnya menunjukkan “kuasa” terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan. Tan Sri Mohd Yaakob juga membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.
- Selepas pilihanraya umum ke 12 - Mac 2008, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu. Pak Lah enggan akur dengan kehendak Sultan Terengganu untuk tidak melantik Idris Jusoh sebagai Menteri Besar sehingga ada kain rentang penyokong-penyokong Idris Jusoh yang menyamakan sultan dengan binatang. Mengapa isu ini senyap?? Mengapa tidak timbul isu DERHAKA PAKLAH & Pemimpin2 UMNO terhadap institusi Diraja Terengganu??
- Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang. Tidakkah ini memalukan institusi Diraja ? Miskinkah Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sehingga tidak mampu membayar hutang?
Sama-samalah kita fikir2kan dan renung2kan.. Berfikir dengan akal yang waras dan bukan dengan nafsu yang menguasai diri… Semoga kita lebih rasional dalam menilai isu yang matang dalam setiap tindakan…DERHAKA kepada Allah, TIADA AMANAH DALAM KEMPIMPINAN dan ZALIM terhadap mereka yang lemah pastinya lebih pedih azabnya...
No comments:
Post a Comment