Monday, October 26, 2009

Happy Birthday My Hero...:)

Alhamdulillah..syukur pd Allah yang mengurniakan nikmat kesihatan yang terbaik kepada kita semua dan masih memberi peluang untuk kita merasai perjalanan hidup yang sangat indah dan penuh dengan kenikmatan. Hanya puji & syukur layak kepada Allah swt atas segala-gala nikmat ini. Mudah-mudahan nikmat yang dikecapi ini akan membuatkan kita semakin hampir dengan Allah dan sentiasa dinaungi dengan rahmat & kasih sayang Allah yang tidak terhingga.
Tepat jam 3.47 petang hari Jumaat, 14 Syawal 1428H, 26 Oktober 2007 lahir seorang khalifah Allah, bakal pemimpin ummah. Alhamdulillah... hari ni 26 Oktober 2009, genap usia Muaz 2 tahun.. Syukur pada Allah atas kelahiran zuriat ini dan syukur pada Allah atas nikmat kesihatan yang diberikan kepada permata hati kami...Semoga Muaz dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan menjadi anak soleh yang cemerlang dunia akhirat, beriman & bertaqwa dan sentiasa dilindungi Allah dengan hidayahNya.

Masih teringat detik-detik bersejarah melahirkan Ahmad Muaz di Hospital Pakar An-Nur, Bangi. Dan masih segar diingatan saat-saat indah melihat wajah Muaz buat kali pertama.. Hanya Allah yang mengetahui betapa bahagianya hati tatkala melihat zuriat kurniaan Allah kepada kami. Subhanallah, maha suci Allah yang menciptakan makhluknya.
Detik-detik kelahiran... Muaz ketika berusia 2 bulanMuaz hari ini...

Muaz dengan hadiah besday dr Mama & Abi

Hadiah besdayy dr Opah..

Ya Allah, peliharalah anakku ini. Jadikanlah dia sihat dan sempurna, alim dan sentiasa beramal dengan amalan-amalan yang terpuji. Perelokkan akhlaknya, fasihkan lisannya untuk membaca kitab suciMu yang mulia.

Semoga kami semua sentiada berada dalam perlindunganMU Ya Rabbi...Insyaallah..

Thursday, October 22, 2009

NUR FATIMAH dalam KENANGAN...


Dijah disisi Nurfatimah pagi tadi..

Lebih kurang 5.50 pagi tadi, setelah selesai iron baju sementara menunggu hubby selesai mandi & berwudhu’, saya sempat melelapkan mata bersebelahan permata hati saya Ahmad Muaz yang masih lena dalam tidurnya. Dalam mimpi saya ketika terlelap lebih kurang 10 minit, saya melihat Nur Fatimah telah sedar dari koma dan sedang bermain dengan ibunya. Saya juga berada di situ.. Sebelum terjaga saya sempat melihat wajah bersih Nur Fatimah dengan senyuman manisnya.. “Alhamdulillah, maybe Nur Fatimah dah ok. Pagi ni nak call Dijah lah…”..terdetik di hati saya sebaik terjaga dari tidur.

Ketika sedang bersiap untuk ke office, lebih kurang pkl 6.34pagi h/p berbunyi.. SMS dari Dijah..Hmmm…Berat rasanya nak baca, tp jari saya terus menekan key “read SMS”. “Salam..Putri kami, Nur Fatimah tlh kembali ke rahmatullah kira-kira pkl 6.20 pagi tadi. – Ramadhan & Khadijah”. Allahuakbarr !!! Innalillahiwainna ilaihi raaajiuun… Spontan lafaz ini keluar bersama-sama dengan air mata yang tak mampu nak ditahan lagi. Masyaallah..rupa-rupanya mimpi saya tadi adalah salam terakhir Nurfatimah kpd saya..
Nur Fatimah bersama Mama & baba - Syawal 1430H

Masih saya simpan SMS Us. Ramadhan kpd saya pd 4 Julai 2009 lebih kurang jam 12.24 pagi. “ Alhamdulillah, sy & isteri baru dikurnia putri sulong jam 12.03 pagi di An-Nur, Bangi. Terima kasih atas doa”. Masih segar di ingatan saya ketika hadir ke majlis kenduri aqiqah Nurfatimah di rumah mereka, Ramadhan, Dijah, atok & nenek Nurfatimah begitu ceria dan gembira dengan kehadiran puteri / cucu sulong keluarga ini.. Namun, kegembiraan itu berakhir dengan berita yg amat mengejutkan tatkala menerima panggilan daripada nursery yang menjaga Nurfatimah ketika Dijah baru 2 minggu kembali bekerja setelah 2 bulan bersama Nurfatimah on maternity leave. Saya yakin & pasti, Dijah & Ramadhan sedih dengan ujian ini. Ziarah saya ke hospital Putrajaya baru-baru ini benar-benar menyentuh hati dan perasaan saya. Saya melihat ketenangan & ketabahan kedua-dua sahabat saya ini terhadap ujian yang Allah beri kpd mereka. Mereka telah dikurniakan oleh ALLAH kekuatan yang sungguh luar biasa. Sehingga ke hari ini, tatkala menjejakkan kaki ke ICU Hospital Putrajaya lebih kurang pkl 7.45 pagi tadi untuk menziarahi jenazah Nur Fatimah, Dijah & Ramadhan tetap tenang… Benar seperti kata sahabat saya, Najibah melalui SMSnya pagi tadi, “syurga itu terlalu mahal harganya. Bukan mudah untuk bersabar untuk ujian sepahit ini”.


Allah hanya meminjamkan Nur Fatimah kepada kedua-dua sahabat saya dalam tempoh yang amat singkat. Nurfatimah hanya sempat bermanja & mengukir senyuman kepada mama & baba nya selama lebih kurang 3 bulan lebih. Muaz pun baru sekali berjumpa dengan Nurfatimah… Petang Jumaat lepas, kali terakhir saya menziarahi Nurfatimah ketika arwah masih koma saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Nur Fatimah akan kembali sembuh.. Saya yakin dengan kekuatan doa semua sahabat-sahabat yang inginkan permata hati sahabat kami ini akan kembali tersenyum dan mampu bermanja dengan ibubapanya. Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Allah yang maha tahu apa yang terbaik untuk Nur Fatimah. Ternyata Nur Fatimah ditetapkan oleh Allah sejak azali untuk menjadi bidadari syurga yang akan memberi syafaat dan menunggu mama & babanya di syurga.


Hanya Allah yang mampu memberi kekuatan kepada sahabat saya Khadijah & Ramadhan atas dugaan yang hebat ini dan saya juga insyaallah tidak akan melupakan wajah bersih bidadari syurga yang saya temui pagi tadi… Al-fatihah buat Allahyarham Nur Fatimah binti Muhammad Ramadhan Fitri.

Sama-sama kita doakan mudah-mudahan Khadijah & Ramadhan terus diberi kekuatan dan tabah menghadapi dugaan ini.. Dan semoga dengan ujian ini martabat mereka lebih mulia disisi Allah..

NUR FATIMAH DALAM KENANGAN…


Muaz menziarahi sahabatnya yang baru dilahirkan. Nurfatimah dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur, Bangi pada 4 Julai 2009. Sama dengan tempat kelahiran Muaz.

Kali terakhir Muaz berjumpa dengan Nurfatimah ialah ketika Nurfatimah berusia 14 hari di Majlis kenduri aqiqahnya.

Nurfatimah 'pergi' menemui Penciptanya pada 22 Oktober 2009, 5 hari sebelum Ahmad Muaz menyambut ulangtahun kelahiran yang kedua.

ALLAH MENYAYANGI ALLAHYARHAMAH NUR FATIMAH, MAMA & BABAnya..

Monday, October 12, 2009

Reunion : After 10 years..

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang atau lebih dikenali dengan KISAS/KIK telah 10 tahun kami tinggalkan. Alhamdulillah, setelah 10 tahun meninggalkan pelbagai kenangan, kami bertemu kembali.. Kebanyakannya sudah berkeluarga. Class Ibn Kathir (5/12) SPM 99 kalau tak silap saya class ni terdiri drpd 9 putera dan 9 puteri. Kalau dahulu mungkin ada antara kami tidak pernah bersembang rancak di dalam class, tetapi kini semuanya telah berubah. Masa & waktu telah mendewasakan kita. Dulu, ada yang pendiam, ada yang suka tidur dalam class, ada yang aktif bertanya, ada yang asyik MC dan macam-macam ragam yang kalau di ingat-ingat kembali mampu membuatkan kami tersenyum.
Setelah 10 tahun, masing-masing mampunyai karektor tersendiri yang sesuai dengan kerjaya masing-masing. Ada juga yang masih tidak berubah. Sama mcm dulu..Kalau tak silap, ada 5 orang berjaya mnjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), 2 orang Peguam ( termasuk la saya ), Pegawai Syariah, Eksekutif Petronas, Guru & ada juga yang bekerja sebagai Reporter. Alhamdulillah..walaupun kehadiran reunion kali ni tidak lengkap, tetapi pertemuan kami pada 10 Oktober 2009 di rumah Ustazah Norhayati & Cikgu Norisah sangat bermakna buat kami. Pandangan hadapan, Pejabat KISAS

Satu-satunya bangunan Istana yang masih kekal..Tp dah colorful..Tak mcm dulu..

Masjid Sultan Sulaiman... Rindu pada azan & tarhim dari masjid ni..

Tempat qiammullail & solat hajat perdana..

Pintu masuk..

ASPURA.. mcm2 color ada.. Dah hilang
imej lama yg zuhud..hehehehe...

Rindunya pada ASPURI ku...


ASPURI yang dah jauuuhhh berubah...

Siap ada padang baru..




Dewan makan ASPURI..Masih spt dulu.. Cumanya mural yang kami buat dah takde..:)


Lanskap baru..tepi dewan makan..

Rumah bendahara Raja... Dah jadi stor rasanya..
Inilah kami setelah 10 tahun tidak bertemu..
Di rumah warden.. Bersama Cikgu Norisah yg mmg happening. Dari dulu sampau skrg mmg tak berubah...


Muaz dapat duit raya dr uncle Anas.

Bersama pasangan masing-masing..

Helmy, Muzairi, Cikgu Norisah & Faza

Belakang ni lah class saya dulu..


Selamat tinggal bumi waqafan.. Insyaallah, nanti kita bertemu lagi..


NurFatimah di ICU Hosp.Putrajaya.

Hari ini telah masuk hari ke-5 Nurfatimah, puteri sulong Dijah & Ramadhan berada di ICU, Hospital Putrajaya akibat kekurangan oksigen pd otaknya. Punca utama masih belum jelas dan hari ini, Nurfatimah masih bergantung sepenuhnya pada bantuan pernafasan. Sejak hari pertama, ramai sahabat-sahabat yang turut serta ziarah si kecil ini. Namun, amai yang tak sanggup nak tgk sendiri keadaan si kecil yg agak kritikal ketika ini.

Mohon doa dari sahabat-sahabat, smg Dijah & Ramadhan diberi kekuatan menghadapi dugaan ini dan sama-sama kita doakan Nurfatimah kembali sihat dan mampu memberikan senyuman manis kepada baba & mama...

Thursday, October 8, 2009

PROMOSI WASIAT UTK JEMAAH HAJI

Assalamualaikum wrt…
Bersempena dengan Kursus Haji Perdana yang diadakan di seluruh negara yang telahpun bermula pada 3 Oktober 2009, Amanah Raya Berhad berbesar hati ingin memaklumkan bahawa memandangkan permintaan penulisan wasiat adalah tinggi setiap kali tibanya musim menunaikan haji, pihak Amanahraya mengambil peluang untuk menjalankan tanggungjawab sosial dengan menawarkan penulisan wasiat hanya dengan bayaran RM 30 beserta dengan plan takaful bagi pentadbiran harta pusaka selama setahun.

Tawaran ini terbuka hanya kepada Jemaah Haji dan Petugas-Petugas Haji bagi tahun 1430H / 2009.

Wakil-wakil AmanahRaya akan berada lokasi Kursus Haji Perdana di Dewan Wawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan, Daerah Kubang Pasu, Jitra, Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man Losong, Terengganu dan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada 9 & 10 Oktober. Manakala pada 10 & 11 Oktober 2009 di Dewan Millenium Kepala Batas, Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh, Stadium tertutup Nilai, Masjid Sultan Ismail UTM Skudai.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi AmanahRaya Legacy Services di talian 03-20557595 atau di mana-mana cawangan Amanah Raya Berhad yang berhampiran.

Terima kasih..

Wednesday, October 7, 2009

Renungan : Kealpaan kematian

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Merasai Mati

 

Assalamualaikum wrt,

 

ALLAH SWT telah berfirman mengingatkan kita dalam Surah Ali ‘Imran ayat 185, yang bermaksud Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan di masukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”


Normalnya manusia akan bersedih dan menangisi kematian insan yang disayangi namun setiap perkara itu ada batasannya. Disamping berusaha melupakan kesedihan dan kerinduan pada simati yang telah dijemput oleh Allah SWT terlebih dahulu, kita yang masih hidup ini juga mestilah mengambil iktibar tentang apa yang telah dilalui oleh simati itu sebagaimana Rasulullah SAW bersabda dengan maksud,  
“Cukup mati itu menjadi penasihat (tazkirah/menginsafkan)”. Dikesempatan itu suka saya yang serba kekurangan ini berkongsi pandangan tentang  apa yang harus kita renungkan kerana sesungguhnya simati itu telah selesai melalui 3 perkara tetapi belum dan akan kita lalui iaitu, melihat wajah malaikat maut, merasai kesakitan kematian dan cara/keadaan kematian.

 

Oleh itu persoalan yang harus ditimbulkan adalah bagaimanakah kita ini yang belum bersedia untuk mati  berdepan dengan situasi ketakutan tiga perkara tersebut. Adakah ia menjadi sedasyat-dasyatnya atau sebaliknya. Maka itu hindarlah kita dari kealpaan untuk kematian dan bersegeralah kita bersiap sedia dengan bekalan untuk menghadapinya kerana entah esok lusa atau bila-bila sahaja dari sekarang tiba giliran kita pula.

 

Sabda baginda RasululLah SAW lagi,”Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingat mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Mereka telah pergi dengan membawa penghornatan dunia dan kemuliaan akhirat.”. Moga-moga dengan sedikit peringatan ini menginsafkan kita dari melakukan sebarang dosa dan bertaubat kepada Allah SWT.InsyaAllah.

 

Source : Tazkirah melalui emel Amanah Raya Berhad.

 

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ku Saiful Bakri bin Ku Ismail, Executive Amanah Raya Berhad Caw. Bangi yang baru 3 bulan mendirikan rumahtangga dan terlibat dalam kemalangan di Highway Sg.Besi pada hr Jumaat, 2 Oktober 2009. Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

 

 

Monday, October 5, 2009

1 Malaysia vs China




Thursday, October 1, 2009

EID MUBARAK 2009

Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah.. kembali menulis setelah 11 hari bercuti dari ke'busy'an ofis. Hari pertama masuk ofis mmg pening nak handle mcm2 perkara urgent. Mmg tak sempat nak posting apa2 dlm blog ni. Hari ni baru boleh curi-curi masa after ofis hour utk share kenangan raya tahun ini. Raya tahun lepas, Muaz masih belum pandai berjalan, tapi raya tahun ni, bukan setakat berjalan, memanjat mcm spiderman pun dah pandai. Pengalaman beraya tahun ni mmg best. Dan paling happy bila tgk Muaz bergaya dengan baju melayu lengkap bersampin & songkok.. Raya tahun ni, giliran beraya hari pertama di Sabak Bernam. ( rumah nenek my hubby / moyang Muaz ). Mmg seronok tgk Muaz posing sakan dengan baju Melayu..

Petang raya, after zohor kami bertolak ke Baling, Kedah ( umah tok / Tok Nek Muaz ). Sampai di Baling lebih kurang 8 malam. Stay kat Baling tak lama sangat sebab atok, nenek & aunties Muaz dah nak balik Kajang. So, after Zohor hari raya kedua, kami bertolak sama-sama konvoi dari Baling untuk balik Kajang. Before balik Kajang, kitaorg singgah di Kuala Kangsar. Bermalam di Kuala Kangsar sebelum bertolak balik Kajang pada hari raya ke tiga.

Senior pilot & co-pilot

Lunch di R&R Tasik Raban

On the way balik ke Kajang, sempat gak singgah beraya di umah kawan-kawan sekitar Ipoh. Plan nak gi umah Ezie & nak jumpa Shu tapi tak jadi . Tergerak hati nak call Halim, ex-team member dalam PMIUM dulu. Tak sia2 SMS Halim, sebab dia mmg ada di rumah. Itulah kali pertama jumpa Halim selepas grade tahun 2005. Dan yang paling tak sangka, bila Halim sembang panjang dengan my hubby, rupa-rupanya Halim & hubby satu kelas masa di tadika & darjah satu di Parit, Perak. Satu kampong rupa-rupanya. ( Atok my husband sebelah ayah ). Ayah Halim ni pun kenal dengan arwah Atok my hubby. Hmmm.. mcm jejak kasih la pulak..

Singgah di rumah Halim sebelum dia menamatkan zaman bujangnya..:)

Tetamu pertama yang datang ke rumah ialah Tipah & family… Kelam kabut dibuatnya.. faham-faham je lah baru balik dari kampong.. Rumah pun tak kemas lagi..Tp kira oklah laa.. Tipah jalan-jalan kat Tesko dulu sebelum datang.. Sempat la masak apa yang patut..:) Lepas Tipah datang, mmg tetamu datang non stop..Huhuhu… Mmg jadi org dapur je laaa… Next day pun sama sampailah hari Ahad. Mmg mencabar gak laa sebabnya MamaMuaz ni bukan nya terror sangat bab masak-memasak nih. Tp mmg puas hati sebab hubby kata “sedaappp”…hihihihi..:) Mastura & family pun sempat gak singgah umah.. Makan meehoon sup utara lagi.. Baby Hana pun siap posing atas sofa abang Muaz yg cute tu.. Muaz mmg suka sangat kalau ada orang datang bawak baby…:)

Tipah, suhaimi & hubby

Oklah.. cukuplah dulu cerita raya kali ni. Insyaallah nanti sambung lagi.. Raya kan sebulan..Aktiviti beraya pun baru nak mula.. So, kpd sahabat2 semua, kalau nak datang jgn lupa call dulu.. Kalau main terjah jer, makan kuih raya je laaa…. :)

There was an error in this gadget