Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang atau lebih dikenali dengan KISAS/KIK telah 10 tahun kami tinggalkan. Alhamdulillah, setelah 10 tahun meninggalkan pelbagai kenangan, kami bertemu kembali.. Kebanyakannya sudah berkeluarga. Class Ibn Kathir (5/12) SPM 99 kalau tak silap saya class ni terdiri drpd 9 putera dan 9 puteri. Kalau dahulu mungkin ada antara kami tidak pernah bersembang rancak di dalam class, tetapi kini semuanya telah berubah. Masa & waktu telah mendewasakan kita. Dulu, ada yang pendiam, ada yang suka tidur dalam class, ada yang aktif bertanya, ada yang asyik MC dan macam-macam ragam yang kalau di ingat-ingat kembali mampu membuatkan kami tersenyum.
Setelah 10 tahun, masing-masing mampunyai karektor tersendiri yang sesuai dengan kerjaya masing-masing. Ada juga yang masih tidak berubah. Sama mcm dulu..Kalau tak silap, ada 5 orang berjaya mnjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), 2 orang Peguam ( termasuk la saya ), Pegawai Syariah, Eksekutif Petronas, Guru & ada juga yang bekerja sebagai Reporter. Alhamdulillah..walaupun kehadiran reunion kali ni tidak lengkap, tetapi pertemuan kami pada 10 Oktober 2009 di rumah Ustazah Norhayati & Cikgu Norisah sangat bermakna buat kami. Pandangan hadapan, Pejabat KISAS
Masjid Sultan Sulaiman... Rindu pada azan & tarhim dari masjid ni..
Satu-satunya bangunan Istana yang masih kekal..Tp dah colorful..Tak mcm dulu..
Pintu masuk..
ASPURA.. mcm2 color ada.. Dah hilang
imej lama yg zuhud..hehehehe...
Rindunya pada ASPURI ku...
ASPURI yang dah jauuuhhh berubah...
Siap ada padang baru..
Dewan makan ASPURI..Masih spt dulu.. Cumanya mural yang kami buat dah takde..:)
ASPURI yang dah jauuuhhh berubah...
Siap ada padang baru..
Dewan makan ASPURI..Masih spt dulu.. Cumanya mural yang kami buat dah takde..:)
Lanskap baru..tepi dewan makan..
6 comments:
wah hairin...teringatnya lahai.....
Mmg sgt lain.. Skrg nmpk ceria.. Klu diberi peluang utk pilih nk g KISAS 10 thn dulu @ lani, sure nk pilih yg dulu gak huhu.. Sbb yg dulu ade nilai artistik..
Dewan makan da kaler pink amboi.. Siap ade lanskap. Klas kite tu pun da jd kaler hijau.. Mase sy g 5thn lps istana main tu kaler putih mcm 'white house'. Skrg mmg b'beza..
Sy pun rasa yg dulu lagi bessssttt..penuh dengan sejarah.. Suasana pun lain..
pastikan tiap2 tahun ader gathering ni. semakin bermakna sebenarnya bila dapat bawak keluarga dtg. tambah2 dpt tgk kawan2 semua dah berjaya, rasa bahagia je.
ada pembetulan sikit. 10 lelaki 9 perempuan:-
helmy
fakri
muzairee
soffie
aizat
alan
hasbi
anas
gibul
hasib
amrina
hairin
faza
najwa
rusni
norli
waziha
baity
aida
betul tuh... mmg best kalau dapat buat gathering ni setiap tahun.. Cikgu Norisah & ustzah hayati happy sangat...
Terima kasih la atas pembetulan tu. Maklumlah dah 10 tahun berlalu. Tak ingat sangat dah brp org class kita tu..
Post a Comment