Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, October 26, 2009

Happy Birthday My Hero...:)

Alhamdulillah..syukur pd Allah yang mengurniakan nikmat kesihatan yang terbaik kepada kita semua dan masih memberi peluang untuk kita merasai perjalanan hidup yang sangat indah dan penuh dengan kenikmatan. Hanya puji & syukur layak kepada Allah swt atas segala-gala nikmat ini. Mudah-mudahan nikmat yang dikecapi ini akan membuatkan kita semakin hampir dengan Allah dan sentiasa dinaungi dengan rahmat & kasih sayang Allah yang tidak terhingga.
Tepat jam 3.47 petang hari Jumaat, 14 Syawal 1428H, 26 Oktober 2007 lahir seorang khalifah Allah, bakal pemimpin ummah. Alhamdulillah... hari ni 26 Oktober 2009, genap usia Muaz 2 tahun.. Syukur pada Allah atas kelahiran zuriat ini dan syukur pada Allah atas nikmat kesihatan yang diberikan kepada permata hati kami...Semoga Muaz dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan menjadi anak soleh yang cemerlang dunia akhirat, beriman & bertaqwa dan sentiasa dilindungi Allah dengan hidayahNya.

Masih teringat detik-detik bersejarah melahirkan Ahmad Muaz di Hospital Pakar An-Nur, Bangi. Dan masih segar diingatan saat-saat indah melihat wajah Muaz buat kali pertama.. Hanya Allah yang mengetahui betapa bahagianya hati tatkala melihat zuriat kurniaan Allah kepada kami. Subhanallah, maha suci Allah yang menciptakan makhluknya.
Detik-detik kelahiran... Muaz ketika berusia 2 bulanMuaz hari ini...

Muaz dengan hadiah besday dr Mama & Abi

Hadiah besdayy dr Opah..

Ya Allah, peliharalah anakku ini. Jadikanlah dia sihat dan sempurna, alim dan sentiasa beramal dengan amalan-amalan yang terpuji. Perelokkan akhlaknya, fasihkan lisannya untuk membaca kitab suciMu yang mulia.

Semoga kami semua sentiada berada dalam perlindunganMU Ya Rabbi...Insyaallah..

No comments: