Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, October 22, 2009

NUR FATIMAH dalam KENANGAN...


Dijah disisi Nurfatimah pagi tadi..

Lebih kurang 5.50 pagi tadi, setelah selesai iron baju sementara menunggu hubby selesai mandi & berwudhu’, saya sempat melelapkan mata bersebelahan permata hati saya Ahmad Muaz yang masih lena dalam tidurnya. Dalam mimpi saya ketika terlelap lebih kurang 10 minit, saya melihat Nur Fatimah telah sedar dari koma dan sedang bermain dengan ibunya. Saya juga berada di situ.. Sebelum terjaga saya sempat melihat wajah bersih Nur Fatimah dengan senyuman manisnya.. “Alhamdulillah, maybe Nur Fatimah dah ok. Pagi ni nak call Dijah lah…”..terdetik di hati saya sebaik terjaga dari tidur.

Ketika sedang bersiap untuk ke office, lebih kurang pkl 6.34pagi h/p berbunyi.. SMS dari Dijah..Hmmm…Berat rasanya nak baca, tp jari saya terus menekan key “read SMS”. “Salam..Putri kami, Nur Fatimah tlh kembali ke rahmatullah kira-kira pkl 6.20 pagi tadi. – Ramadhan & Khadijah”. Allahuakbarr !!! Innalillahiwainna ilaihi raaajiuun… Spontan lafaz ini keluar bersama-sama dengan air mata yang tak mampu nak ditahan lagi. Masyaallah..rupa-rupanya mimpi saya tadi adalah salam terakhir Nurfatimah kpd saya..
Nur Fatimah bersama Mama & baba - Syawal 1430H

Masih saya simpan SMS Us. Ramadhan kpd saya pd 4 Julai 2009 lebih kurang jam 12.24 pagi. “ Alhamdulillah, sy & isteri baru dikurnia putri sulong jam 12.03 pagi di An-Nur, Bangi. Terima kasih atas doa”. Masih segar di ingatan saya ketika hadir ke majlis kenduri aqiqah Nurfatimah di rumah mereka, Ramadhan, Dijah, atok & nenek Nurfatimah begitu ceria dan gembira dengan kehadiran puteri / cucu sulong keluarga ini.. Namun, kegembiraan itu berakhir dengan berita yg amat mengejutkan tatkala menerima panggilan daripada nursery yang menjaga Nurfatimah ketika Dijah baru 2 minggu kembali bekerja setelah 2 bulan bersama Nurfatimah on maternity leave. Saya yakin & pasti, Dijah & Ramadhan sedih dengan ujian ini. Ziarah saya ke hospital Putrajaya baru-baru ini benar-benar menyentuh hati dan perasaan saya. Saya melihat ketenangan & ketabahan kedua-dua sahabat saya ini terhadap ujian yang Allah beri kpd mereka. Mereka telah dikurniakan oleh ALLAH kekuatan yang sungguh luar biasa. Sehingga ke hari ini, tatkala menjejakkan kaki ke ICU Hospital Putrajaya lebih kurang pkl 7.45 pagi tadi untuk menziarahi jenazah Nur Fatimah, Dijah & Ramadhan tetap tenang… Benar seperti kata sahabat saya, Najibah melalui SMSnya pagi tadi, “syurga itu terlalu mahal harganya. Bukan mudah untuk bersabar untuk ujian sepahit ini”.


Allah hanya meminjamkan Nur Fatimah kepada kedua-dua sahabat saya dalam tempoh yang amat singkat. Nurfatimah hanya sempat bermanja & mengukir senyuman kepada mama & baba nya selama lebih kurang 3 bulan lebih. Muaz pun baru sekali berjumpa dengan Nurfatimah… Petang Jumaat lepas, kali terakhir saya menziarahi Nurfatimah ketika arwah masih koma saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Nur Fatimah akan kembali sembuh.. Saya yakin dengan kekuatan doa semua sahabat-sahabat yang inginkan permata hati sahabat kami ini akan kembali tersenyum dan mampu bermanja dengan ibubapanya. Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Allah yang maha tahu apa yang terbaik untuk Nur Fatimah. Ternyata Nur Fatimah ditetapkan oleh Allah sejak azali untuk menjadi bidadari syurga yang akan memberi syafaat dan menunggu mama & babanya di syurga.


Hanya Allah yang mampu memberi kekuatan kepada sahabat saya Khadijah & Ramadhan atas dugaan yang hebat ini dan saya juga insyaallah tidak akan melupakan wajah bersih bidadari syurga yang saya temui pagi tadi… Al-fatihah buat Allahyarham Nur Fatimah binti Muhammad Ramadhan Fitri.

Sama-sama kita doakan mudah-mudahan Khadijah & Ramadhan terus diberi kekuatan dan tabah menghadapi dugaan ini.. Dan semoga dengan ujian ini martabat mereka lebih mulia disisi Allah..

NUR FATIMAH DALAM KENANGAN…


Muaz menziarahi sahabatnya yang baru dilahirkan. Nurfatimah dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur, Bangi pada 4 Julai 2009. Sama dengan tempat kelahiran Muaz.

Kali terakhir Muaz berjumpa dengan Nurfatimah ialah ketika Nurfatimah berusia 14 hari di Majlis kenduri aqiqahnya.

Nurfatimah 'pergi' menemui Penciptanya pada 22 Oktober 2009, 5 hari sebelum Ahmad Muaz menyambut ulangtahun kelahiran yang kedua.

ALLAH MENYAYANGI ALLAHYARHAMAH NUR FATIMAH, MAMA & BABAnya..

1 comment:

Shu said...

this is so sad n touched. ya Allah, perancanganMu lebih hebat, kuatkanlah hati mereka yang menempuhinya.. amin...

i cried reading this entry. kak... sedihnye kak...