Tuesday, March 24, 2009

kisah seorang "client"

Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah..May Allah shower us with His neverending Tawfiq and Hidayah, insyaallah..

Lunch hour hari ini, tak sempat nak keluar. Ada client yang datang tanpa appointment. Tapi takpe, itu bukan menjadi satu masalah untuk saya. Kes kali ini agak menarik untuk dikongsi bersama. Bukan untuk mengeji atau mengutuk sesiapa. tetapi cukuplah ia sebagai suatu peringatan dan pengajaran kepada kita. Fail ini dibuka pd tahun 2005 dan saya mengambil alih kes ini pada Mei 2007. Persepsi saya kepada fail ini pada awalnya agak mudah. Apabila berlakunya dispute antara anak-anak simati daripada isteri pertama yg telah diceraikan sebelum kematian pewasiat & ibu tiri mereka, saya hanya perlu menunggu keputusan daripada mahkamah syariah then, saya perlu failkan petisyen Probet di Bahagian Sivil, Mahkamah Tinggi di Jalan Duta dan laksanakan apa yg diperintahkan setelah Geran Probet diperolehi.

Lama fail ini saya "tidur"kan disebabkan oleh "lamanya" perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang sehingga kini belum ada kesudahan. Sehinggalah suatu hari waris simati datang berjumpa dengan saya. Dari situ saya mula "menjiwai" fail ini. Actually penting utk menjiwai kes-kes yang pusaka ni. Sebabnya, nature kerja ini adalah melaksanakan amanah simati.
Hmm.. ramai gak yg bertanya, "pernah tak mimpi org mati tu bagi apa2 instruction baru?"...." penah tak mimpi simati tu marah2 sebab lambat settlekan kes pusaka dia?"... "penah tak mimpi simati bagitau ada akaun bank yang dia terlupa mention dalam wasiat dia?".... dan macam2 lagi soalan yang membuatkan saya tersenyum tatkala ditanyakan soalan2 tu. Untuk pengetahuan, so far tak pernah lagi la mimpi...Setiap hari saya pasti akan memikirkan adakah saya akan menyusahkan waris-waris saya setelah kematian saya?? Adakah husband saya tahu bagaimana cara utk menguruskan harta pusaka saya????? hmm... sebab itu pada usia saya 23 tahun, sebaik sahaja bekerja di AmanahRaya, saya telah memiliki wasiat. Nanti saya akan cerita bab ni...( next posting yer..dah kuar tajuk nih...)
Berbalik kpd kes client sy tadi yg sy panggil dgn panggilan makcik tu, saya cuba untuk memahami keadaan family mereka. Saya cuba utk berkomunikasi dengan anak-anak tiri makcik tu sebagai orang tengah dengan memberi cadangan terbaik ke arah penyelesaian harta pusaka bapa mereka. Tetapi sehingga ke saat ini, harapan utk berbincang hanya tinggal harapan...Tiada langsung ruang & peluang utk berbincang. Rasa dah tak sanggup tengok makcik ni menangis setiap kali datang berjumpa saya. Tak perlu lah utk saya ceritakan kisah keluarga mereka dengan lebih lanjut di sini, tetapi apa yang boleh saya simpulkan, hanya kerana harta seorang anak sanggup memanggil ayahnya dengan panggilan B*Bi..Hanya kerana harta, hilang rasa hormat pd ibu bapa walaupun bapa mereka telah meninggal dunia... Bagi mereka, duit adalah segala-galanya..Bertindak tanpa ada asas ilmu. Pegangan agama juga ditolak tepi dan yang paling mengecewakan saya, dalam soal harta pusaka dengan gagah dan berani mengakui bahawa dia adalah LELAKI, tetapi diluar hal ehwal pusaka bermekap mengalahkan artis berlembut mengalahkan perempuan.. Allahuakbar...Astaghfirullah...apa nak jadi dengan umat nabi saw zaman ini???
Saya doakan makcik ini tabah menghadapi dugaan. Insyaallah saya akan cari jalan terbaik utk selesaikan hal ini.

Friday, March 20, 2009

Sirah hidup MUAZ bin JABAL


Kelahiran dan kehidupan beliau: -
Muaz bin Jabal r.a dilahirkan di Madinah. - Muaz r.a mempunyai ciri-ciri keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar, mempunyai penampilan sebagai seorang yang perkasa dan berhemah tinggi. Allah mengurniakan kepada beliau kepetahan bercakap, mempunyai rupa paras dan tutur kata yang indah. - Muaz bin Jabal r.a memeluk Islam sejak beliau masih kecil melalui Mus'ab bin Umair yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar penduduk Madinah.

Sifat terpuji beliau: -
Sebaik sahaja Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Muaz sentiasa berada bersama dengan Rasulullah s.a.w sehingga beliau dapat memahami Al-Quran dan syariat-syariat Islam dengan baik menyebabkan beliau muncul sebagai seorang yang paling alim tentang Al-Quran dari kalangan para sahabat, orang yang paling baik membaca Al-Quran serta paling memahami syariat-syariat Allah. - Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w memuji beliau dengan bersabda: Yang bermaksud: Umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal. Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah. - Muaz r.a terdiri dari kalangan enam orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w. - Setelah Allah s.w.t membuka Kota Mekah kepada Rasulullah s.a.w, penduduk Mekah memerlukan kepada tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama dengan mereka untuk mengajar syariat Allah s.w.t, lalu Rasulullah s.a.w meminta supaya Muaz tinggal bersama dengan penduduk Mekah untuk mengajar Al-Quran dan memberikan kefahaman kepada mereka mengenai agama Allah s.w.t.

Sifat terpuji beliau juga jelas terserlah ketika rombongan raja-raja Yaman datang berjumpa Rasulullah s.a.w mengisytiharkan keislaman mereka dan meminta daripada Rasulullah s.a.w supaya menghantar tenaga pengajar kepada mereka. Lalu baginda memilih Muaz r.a untuk memegang tugas tersebut bersama-sama dengan beberapa orang para sahabat malah beliau merupakan ketua kepada rombongan para sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w keluar untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka lantas baginda mewasiatkan kepada Muaz r.a dengan bersabda: "Wahai Muaz! Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini malah mungkin juga selepas ini kamu akan melalui masjid dan kuburku ..." Lantas Muaz r.a menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa tersebut ternyata Rasulullah s.a.w wafat dan Muaz tidak lagi dapat melihat baginda.

Kematian Muaz bin Jabal : -
Ketika hampir mati beliau berkata: "Selamat datang wahai kematian! Selamat datang kepada tetamu yang tak kunjung tiba dan selamat datang kepada kekasih yang datang setelah sekian lama dirindukan!". Kemudian beliau melihat ke langit dan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan mengairi sungai, tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis-majlis zikir. Oleh yang demikian terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Kamu menerima diri seseorang yang beriman". Kemudian beliau meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada beliau.



Wahai, anak kesayanganku.. Lihatkan kehebatan sahabat2 Rasulullah saw. Jadikanlah ia sebagai panduan dalam melayari bahtera kehidupan. Mama doakan Muaz akan sentiasa dilindungi Allah dalam menempuh fasa kehidupan yang pastinya dihiasi dengan pelbagai dugaan. Belajarlah utk terus mengenal keagungan Allah..Jadilah insan yang mampu memberi manfaat kepada insan lain. Semoga Muaz menjadi anak soleh yang beriman, tinggi mutu syakhsiahnya, alim dalam semua ilmu dan cemerlang dalam dalam kehidupan di dunia & bahagia di akhirat, insyaallah..

Perkenankanlah doaku ini ya Allah....

Thursday, March 19, 2009

Amanah !!!!

Tahun ni dah nak masuk tahun keempat saya berkhidmat di Amanah Raya Berhad. Akhir2 ini, kes yang saya handle agak mencabar. Bukan sahaja mencabar kesabaran, tetapi mencabar emosi saya. Kes yang agak touching bagi saya ialah kes yang baru 2 minggu menjadi "milik" saya. Harta pusaka seorang suami yang telahpun kematian isterinya 4 tahun yang lalu dan meninggalkan 5 zuriat yang masih kecil. (seorang lelaki & 4 perempuan). Tahun ini abang sulong baru sahaja mencecah 18 tahun dan anak bongsu pasangan ini kematian ibu tatkala berusia setahun dan tatkala usia baru menginjak 4 tahun, ayahnya pula kembali pulang ke rahmatullah..Dua bulan selepas kematian ayah, datuk mereka pula dijemput Allah kembali menemui Penciptanya. Itulah dugaan yang telahpun tersurat buat mereka..Al-fatihah, semoga Allah menempatkan roh arwah dikalangan insan2 yang beriman, insyaallah.



Tatkala pertama kali bertemu dengan semua anak-anak arwah simati di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam ketika menanti keputusan perbicaraan bagi mendapatkan sijil faraid minggu lepas, terasa ingin memeluk anak-anak yatim itu. Tapi, saya hanya mampu berdoa semoga mereka dipermudahkan segala urusan yang mendatang. Wajah mereka yang tenang, tersembunyi keperitan yang pastinya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Tangisan anak bongsu yang berusia 4 tahun di hujung perbicaraan itu membuatkan saya bertambah pilu. Allahuakbar... hati ini terdetik, fahamkah dia tentang kesedihan...??? Ya Allah... berikanlah mereka kekuatan...
Kes ini pastinya menjadi priority bagi saya bagi memastikan kebajikan anak-anak simati terpelihara dengan harta peninggalan daripada kedua-dua ibubapanya. Memandangkan arwah bapa kepada anak-anak ini mati dengan meninggalkan wasiat, saya diberi AMANAH utk bertindak sebagai Pentadbir/Executor bagi memastikan segala hutang dijelaskan dan harta pusaka simati ditadbir dengan sewajarnya. Saya berjanji pd diri sendiri, AMANAH ini akan dilaksanakan sebaik mungkin sama seperti kes-kes yang lain. Tetapi, kes ini amat bermakna buat diriku.. Akan kupastikan tiada ruang keculasan dalam pentadbiran harta pusaka ini, insyaallah..Semoga Allah beri kekuatan kepadaku, insyaallah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. bantulah diri ini untuk menjalankan amanah ini dengan panduan ilham terbaik dariMU. Semoga anak-anak yatim ini kau pelihara daripada kesusahan dan berikanlah mereka ketabahan dalam mengharungi kehidupan tanpa insan tersayang dalam hidup mereka...Amin Ya Rabb..

Friday, March 13, 2009

kita umat yang bertuah !!!

Al-Marhum Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Al-Asas Fi al-Tafsir juzuk 2 ketika menafsirkan surah Ali-Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah s.a.w menerusi satu hadisnya pernah bertanya kepada para sahabat dalam satu majlis ilmu : Siapakah agak-agaknya di antara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah?

Para sahabat menjawab : Para Malaikat. Tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya, kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya(nabi-nabi). Tidak juga, kerana para Anbiya dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa), jadi kalu begitu kamilah para sahabatmu wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu.
Sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup tanpa melihat baginda Rasulullah kerana kewafatannya), kerana mereka boleh berpegang dengan al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tiada di sisi mereka.

Dalam satu riwayat hadis yang lain pula, baginda ada menegaskan, bahawa; Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku, (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).
RASULULLAH SAW..
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Moga-moga kita akan mendapat shafaat dari Junjungan Besar Nabi Muhammad saw di akhirat kelak, insyaallah.

Saturday, March 7, 2009

hari sabtu di ofis

Sepatutnya hari ini saya berada di rumah menemani si cilik Muaz dan melayan karenahnya yang sangat membahagiakan.. Tapi hari ini saya terpaksa ke ofis .. tak tau la bila boleh cuti.. Toooooo busy... kesian Muaz...jarang2 dapat bermanja dengan mama & abi. Sebab tu, time mama & abi ada kat rumah manja Muaz meningkat ke tahap paaaaaling maksimum.. Teringat pulak masa berpantang 2 bulan dulu...Besssssttt sangat2 . 24 hours bersama dengan Muaz. Tak leh hilang sekejap pun. Tapi skrg, masa yg terhad ini perlu dimanfaatkn. Inilah lumrah kehidupan ibu yg bekerja. Apapun, hanya doa yg menjadi penguat, semoga Muaz sentiasa sihat dan dipelihara Allah setiap detik & waktu.

Ada mcm naughty boy tak ? hehehe.. tak lah.. Muaz ni baiik sangat2. Anak soleh, insyaallah..

Muaz suka sangat kalau bawak dia jalan2 kat dataran putrajaya..Luaaaasss... Boleh berlari puas2.

Main jongkang-jongkit..:)

Nak gula2 tak?? Tu bukan Muaz punyer...

AHMAD MUAZ PERMATA HATI KESAYANGAN MAMA & ABI.

There was an error in this gadget