Wednesday, June 24, 2009

Family Gathering at Miri Sarawak

Airport Miri
Khamis - 18 Jun 2009

Alhamdulillah, percutian kami sekeluarga di Miri berjaya direalisasikan..Kami selamat mendarat di airport Miri lebih kurang jam 9.40 pagi. Destinasi pertama - lunch ..:) Selepas lunch dan membeli barang2 dapur utk dinner, kami berehat di rumah sehingga jam 3.30 petang dan selepas asar, kami menuju ke Luak Bay Explanade yang dah lama menunggu kami... Cantik sangat pemandangan kat sini.. Muaz happy sangat.. Inilah kali pertama Muaz memijak pasir pantai.. Sebelum ni kene dukung jerr.. Tahun lepas, masa datang sini, Muaz belum pandai berjalan..Kali ni, Muaz berjalan dan berlari sesuka hati sampai taknak balik..huhuhu..:)

Muaz baru bangun tido..Nampak je pantai, terus berlari...

Mama, Muaz & Abi..:)

Cantik sangat pemandangan waktu matahari tenggelam..

Jumaat - 19 Jun 2009 :

Seawal jam 5.00 pagi kami dah ready utk memulakan hari yang sangat indah disamping family tercinta yang jarang-jarang dapat berkumpul. Pukul 6 pagi, suasana luar rumah dah cerah.. Berbeza sangat dengan semenanjung.. Nenek Muaz pun dah siap masak nasi lemak kegemaran atok. Atok siap pesan pada nenek utk masak banyak2 sebab nak hantar ke ofis atok. Staff2 atok memang suka makan nasik lemak nenek..Jarang2 dapat makan nasik lemak dengan sambal ikan bilis yang mmg pedaasss dan sedap..:)

Lepas breakfast, semua peserta rombongan bersiap sedia menghabiskan duit bershopping sakan di Boulevard Mall Miri.. :) Muaz la yang paling seronok sebab dapat banyak baju baru...hihihi.. Tapi Abi & Atok Muaz tak join sebabnya depe gi solat Jumaat. After solat Jumaat baru atok & abi Muaz join shopping kat sini. Sepanjang stay kat Miri ni, antara menu yang mmg akan di "order" ialah mee kolok & laksa sarawak...Fuhh..mmg sedap. Air pun ade gak yg mmg tak penah jumpe kat semenanjung, tp dah tak ingat apa nama air tu..huhuhu..Dari Boulevard Mall, kami meneruskan operasi "jalan-jalan" mencari kek lapis sarawak & terubuk masin..


Shopping...:)

Selepas maghrib saya, hubby & Muaz ke Piasau untuk merealisasikan pertemuan ukhuwwah dengan sahabat lama yang lebih kurang 4 tahun tidak berjumpa. Alhamdulillah dapat berjumpa k.anim & family. K.anim masih mcm dulu..Makin ceria dengan kehadiran Ahwaz Al-Fatih.. tapi tak dapat stay lama2 kat umah k.anim sebab Muaz & Ahwaz masing2 dah meragam nak tido..:)

Muaz DOB : 26.10.2007 & Ahwaz DOB : 23.10.2008

Sabtu - 20 Jun 2009 :

Awal pagi, kami sekeluarga bertolak ke Taman Awam Miri, destinasi yang tak sempat Muaz pegi tahun lepas.. Alhamdulillah,cuaca pagi yang sangat indah membuat kami seronok berjalan di atas titi gantung sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik.

Family ceria ..:)

Mama, Muaz, Cik Yun & Cik Anis..posing sakan..

Setelah selesai jogging & menikmati pemandangan indah dari titi gantung di taman awam Miri, kami meneruskan aktiviti bershopping di Bintang Mall, Miri sementara menunggu jam 12 tghhari utk check in di Parkcity Everly Hotel Miri.. Hmm..mesti pelik kan? Knp tiba2 pulak kene check in kat hotel pulak?? Sebenarnya, ini adalah hadiah atok utk Muaz, Mama & Abi sempena melawat atok di Miri.. Thanks yerr atok..:) Parkcity Everly Hotel Miri adalah hotel yang sangat beeessstttt... Service mmg tip top, food sedap, swimming pool bersih & besar, seaview yg mmg tersangatlah cantik..Dari balconi bilik hotel ni, boleh tgk pemandangan matahari tenggelam..Subhanallah...cantik sangat..:)

Atok & Muaz sedang menikmati pemandangan cantik dr bilik hotel..

Muaz happy sangat..:)


Sebelah malamnya pulak, Muaz & family join main bowling dengan staff2 opis atok. Ada 4 group semuanya.. Mama & Abi Muaz mmg dah lama tak main bowling, tp tetap bersemangat menghabiskan 3 game bowling malam tu.. Kalah pun takpe, yang penting we're really enjoy the game..Lepas habis main bowling, Muaz terus tertido kepenatan. Penat memberi sokongan kpd team Mama & Abi..:)

Main bowling..:)


Hmm..panjang lagi nak citer ni...tp dipendekkan cerita family gathering kali ni mmg best.. Mcm2 aktiviti yg telah disusun oleh atok untuk Muaz & family. Last year pun best gak, sempat ke Brunei. Kali ni, atok tak plan utk ke Brunei sebab tahun lepas dah pegi..:) Akhir sekali, dedikasi khas istimewa utk atok Muaz tersayang, terima kasih yerr..Insyaallah bulan 8 Muaz datang lagi..:)

Semoga keluarga kami akan setiasa berada dalam kasih sayang & perlindungan Allah..Insyaallah..

Friday, June 12, 2009

KUANTAN : Bercuti sambil bekerja..:)


Di kuantan ahad lepas, saya & husband menginap di De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan.. Sampai lebih kurang jam 4 petang di hotel dan menghabiskan masa & menenangkan fikiran di tepi Pantai Balok. Jauh dari ke"busy"an Kuala Lumpur... :) Seronok sangat krn dapat menikmati keindahan pantai yang sangat damai & menenangkan.


Bergambar di Pantai Balok tanpa angin..hihihi..:)

Cumanya, saya & husband agak pelik kerana sepanjang berada di pantai pada petang itu, tiada langsung angin pantai yang kebiasaannya kencang bertiup di kawasan-kawasan pantai..Subhanallah... hebat sungguh kekuasaan Allah.. Inilah pertama kali dalam hidup saya berada di tepi pantai tanpa merasai kehadiran angin pantai...De Rhu Beach Resort ni mmg sesuai kalau nak bawak anak-anak sebabnya ada playground, ada kolam yang banyak & besar... Kalau Muaz ada, mesti dia seronok sangat2.. Oh ya.. lupa nak cerita, kali ni Muaz tak ikut...Kesian Muaz, kene tinggal..hihihi..Mama & Abi honeymoon berdua..Insyaallah next time Mama bawak Muaz yer..

Happynyer..:)
Malam ahad tu, saya plan untuk berjumpa dengan teman lama yang mmg dah lama tak jumpa. Alhamdulillah, hasrat nak jumpe Najibah before dia bersalin bulan depan tercapai.. Semakin ceria pengantin baru yang bakal meninang cahayamata tak lama lagi ni. Semoga sihat ceria sentiasa... Insyaallah next time kalau datang Kuantan, pastinya Tanjung Lumpur menjadi destinasi yang wajib utk menikmati dinner yang bessttt..
Tengah lapaq ni..

Pengantin baru & pengantin senior dah kenyang..alhamdulillah...:)

Thursday, June 11, 2009

KUANTAN : "Bekerja sambil bercuti"

Alhamdulillah, hari ini diberi kelapangan masa untuk update blog ni. Terasa payah untuk mencari ruang waktu bagi memastikan blog ini sentiasa mempunyai posting terkini. Walaubagaimana pun, syukur pada Allah yang telah mengurniakan 24 jam sehari yang sepatutnya cukup untuk melaksanakan pelbagai amanah yang perlu dilaksanakan setiap hari. Selagi nadi masih berdenyut dan selagi jantung berfungsi dengan baik, selama itu jugalah amanah sebagai khalifah Allah perlu dilaksanakan..

Ahad - 7 Jun 2009, me & hubby bertolak ke kuantan. Bukan untuk bercuti sambil melancong yer.. tapi "bekerja sambil bercuti ". Kali ini saya mempunyai 2 fail kes pusaka yang perlu melalui prosedur pembacaan wasiat dan 1 kes pusaka yang telah pun selesai dijalankan dan hanya perlu membuat penyerahan geran tanah & cek kepada benefisiari simati.

Saya mengatur 3 sesi pertemuan dengan waris-waris simati pada hari Isnin, 8 Jun 2009. Alhamdulillah, proses pembacaan wasiat bagi kes pertama berlangsung dengan penuh harmoni dan kesemua 9 orang waris-waris simati yang terdiri daripada seorang isteri, 2 orang anak perempuan dan 7 orang anak lelaki bersetuju dengan wasiat simati dan bersetuju untuk melaksanakan kehendak & hasrat ayah mereka untuk membuat pembahagian harta pusaka mengikut wasiatnya telahpun ditandatangani 6 bulan sebelum kematiannya. Antara ayat dalam wasiat simati yang agak menarik untuk dikongsi bersama ialah "wahai anak-anakku, duit tabung haji yang ayah tinggalkan untuk kalian, hendaklah kalian simpan untuk tujuan menunaikan haji dan jika ada lebihan, bolelah digunakan untuk keperluan-keperluan lain" ..( lebih kurang mcm tulah..Panjang jugak wasiat simati ni, lebih kurang 13 mukasurat ) .. Beruntung family ini mempunyai ayah yang baik dan meninggalkan harta untuk anak-anak menggunakannya untuk tujuan ibadah.. Semoga arwah tenang di alam baqa' krn meninggalkan anak-anak yang baik dan tidak tamakkan harta.. Alhamdulillah..mudah kerja saya...:) Saya hanya perlu menumpukan perhatian kepada 15 keping tanah & sejumlah cash yang ditinggalkan oleh simati untuk ditadbir oleh saya untuk dibahagikan kepada waris-warisnya..

Bagi sesi kedua, saya berhadapan dengan situasi sukar dimana simati meninggalkan seorang anak angkat, seorang anak perempuan dari isteri pertama dan seorang isteri kedua yang mempunyai 3 orang anak lelaki. Isteri pertama simati telahpun meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Simati mewasiatkan keseluruhan hartanya hanya diserahkan kepada isteri, anak angkat dan anak-anak lelakinya sahaja. Tiada harta yang ingin diberikan kepada anak perempuannya..!!!

Hmm.. mengapa yer??? Setelah diselidiki, barulah saya faham mengapa simati tidak langsung mahu anak perempuannya mewarisi hartanya. Mungkin perlu saya kongsikan disini untuk dijadikan panduan dan peringatan. Antara sebab-sebab simati berwasiat sedemikian ialah anak perempuan tersebut langsung tidak menjaga ibu kandungnya ketika ibunya sakit sehinggalah ibunya meninggal dunia. Begitu juga ketika simati masih hidup, anak perempuannya tidak menziarahinya ketika sakit dan lebih teruk lagi bilamana suami kepada anak perempuan simati itu pernah cuba membunuh bapa mertuanya itu hanya kerana harta... Itulah realiti masyarakat kita hari ini.... Ketika bapa masih hidup, langsung tidak bertegur sapa malah tidak pernah mengambil tahu tentang bapa kandungnya. Tetapi, bila bapa telah meninggal dunia, harta pusakanya pula nak direbutkan.. Pening kepala saya bila berhadapan dengan kes-kes seperti ini. Sudah pasti anak perempuan simati tidak bersetuju dengan wasiat simati. Justeru, pembahagian harta simati akan dibahagikan mengikut hukum faraid..

Ini lah keindahan hukum faraid, walaupun seseorang anak itu derhaka kepada kedua ibu bapanya, ia tidak menjadi sebab untuk menghalang seorang anak dari mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh ibu bapanya. Pastinya ada hikmah disebalik hukum Allah ini.. Mudah-mudahan anak itu akan insaf yang kembali bertaubat.

Kes ketiga ialah kes sebuah keluarga Punjabi yang mana simati mempunyai 8 orang anak lelaki. Saya mula handle kes ini pada 15 Februari 2007 dan setelah melalui pelbagai masalah yang memeningkan kepala, akhirnya 8 Jun 2009 dengan rasminya saya selesai menjalankan tanggungjawab saya sebagai Pentadbir harta pusaka simati. Keluarga Punjabi ini juga tidak dapat lari dari pergaduhan & pertelingkahan keluarga. Mujur simati meninggalkan wasiat dan melantik AmanahRaya Berhad sebagai Pentadbir.. Kalau tidak, tidak mustahil isu perlantikan pentadbir dikalangan ahli keluarga akan terus berlarutan di mahkamah !!!

Secara kesimpulannya, saya menyeru kpd para pengunjung setia blog ini, menambah ilmu pengetahuan berkaitan pentadbiran harta pusaka dan bersegeralah menguruskan hal ehwal pentadbiran pusaka bagi memastikan hak waris-waris akan terpelihara. Ia juga penting untuk mengelakkan kematian berlapis yang tentunya akan menyebabkan pentadbiran pusaka ini menjadi rumit & berlarutan. Penting juga utk saya mengingatkan kpd anda semua spy mempunyai dokumen wasiat dan melantik Pentadbir yang berkelayakan utk menguruskan harta yang akan ditinggalkan... Wasiat tidak hanya penting bagi org kaya, tetapi penting untuk semua golongan tidak kira sama ada golongan berpendapatan rendah, pertengahan atau pun kaya. Pentadbiran bagi harta pusaka berwasiat dan tidak berwasiat adalah berbeza dan sudah tentu pentadbiran pusaka berwasiat adalah lebih memudahkan kerja-kerja pentadbiran pusaka dan waris-waris akan dapat mewarisi harta yang ditinggalkan tanpa perlu menunggu bertahun2 lamanya..

Wednesday, June 10, 2009

Tuesday, June 2, 2009

Berebut pusaka hingga MEMBUNUH !!!!


Berita yang amat mengejutkan !!! Yang paling menyedihkan ia berlaku pada keluarga Muslim.. Mengapa sampai begitu jadinya ??? Mengapa perlu bergaduh dan membunuh ??? Disaat amarah menguasai diri, syaitan mengambil peluang meniupkan api kemarahan sehinggakan seorang adik sanggup membunuh seorang abang hanya kerana sebuah rumah pusaka tinggalan arwah ibu mereka.

Ini adalah realiti....dan bukannya drama yang dilakonkan !!! Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku kepada sebuah keluarga Muslim yang seharusnya mempunyai IMAN yang akan mencegah seseorang itu bertindak diluar kawalan minda??? Adakah MEMBUNUH akan menyelesaikan masalah ?? Adakah nilai rumah pusaka yang direbutkan itu mampu membayar harga satu nyawa yang terkorban? Adakah isteri/anak-anak simati mampu menerima hakikat bahawa pembunuh suami/ayah mereka adalah ahli keluarga mereka sendiri ?? Adakah penyesalan seorang adik terhadap pembunuhan abangnya itu mampu membuatkan dirinya tenang??

Penyakit masyarakat Islam terhadap perebutan harta pusaka semakin parah. Hak-hak waris terhadap harta pusaka tidak diambil peduli. Tiada tolak ansur dan tidak memahami proses pentadbiran pusaka menjadi penyebab kpd masalah ini terus berlarutan.. Pergaduhan, perebutan dan pertelingkahan antara waris-waris simati terhadap harta yang ditinggalkan sudah pasti akan menyebabkan roh simati tidak tenang lantaran sikap tamak dan dengki dikalangan waris-warisnya.

Perlantikan Wasi/Pentadbir harta pusaka sudah tentu akan membantu mengelakkan masalah perebutan harta pusaka berlaku. Oleh yang demikian, sama-samalah kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini. Laksanakanlah perancangan terhadap harta pusaka yang akan ditinggalkan. Sama-sama kita renung-renungkan dan mengambil iktibar daripada peristiwa ini. Semoga ALLAH memberi keampunan dan memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita, insyaallah..Amin..
There was an error in this gadget