Di kuantan ahad lepas, saya & husband menginap di De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan.. Sampai lebih kurang jam 4 petang di hotel dan menghabiskan masa & menenangkan fikiran di tepi Pantai Balok. Jauh dari ke"busy"an Kuala Lumpur... :)
Seronok sangat krn dapat menikmati keindahan pantai yang sangat damai & menenangkan.Bergambar di Pantai Balok tanpa angin..hihihi..:)
Cumanya, saya & husband agak pelik kerana sepanjang berada di pantai pada petang itu, tiada langsung angin pantai yang kebiasaannya kencang bertiup di kawasan-kawasan pantai..Subhanallah... hebat sungguh kekuasaan Allah.. Inilah pertama kali dalam hidup saya berada di tepi pantai tanpa merasai kehadiran angin pantai...De Rhu Beach Resort ni mmg sesuai kalau nak bawak anak-anak sebabnya ada playground, ada kolam yang banyak & besar... Kalau Muaz ada, mesti dia seronok sangat2.. Oh ya.. lupa nak cerita, kali ni Muaz tak ikut...Kesian Muaz, kene tinggal..hihihi..Mama & Abi honeymoon berdua..Insyaallah next time Mama bawak Muaz yer..
Happynyer..:)
Malam ahad tu, saya plan untuk berjumpa dengan teman lama yang mmg dah lama tak jumpa. Alhamdulillah, hasrat nak jumpe Najibah before dia bersalin bulan depan tercapai.. Semakin ceria pengantin baru yang bakal meninang cahayamata tak lama lagi ni. Semoga sihat ceria sentiasa... Insyaallah next time kalau datang Kuantan, pastinya Tanjung Lumpur menjadi destinasi yang wajib utk menikmati dinner yang bessttt..
Tengah lapaq ni..
Pengantin baru & pengantin senior dah kenyang..alhamdulillah...:)
No comments:
Post a Comment