Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, June 2, 2009

Berebut pusaka hingga MEMBUNUH !!!!


Berita yang amat mengejutkan !!! Yang paling menyedihkan ia berlaku pada keluarga Muslim.. Mengapa sampai begitu jadinya ??? Mengapa perlu bergaduh dan membunuh ??? Disaat amarah menguasai diri, syaitan mengambil peluang meniupkan api kemarahan sehinggakan seorang adik sanggup membunuh seorang abang hanya kerana sebuah rumah pusaka tinggalan arwah ibu mereka.

Ini adalah realiti....dan bukannya drama yang dilakonkan !!! Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku kepada sebuah keluarga Muslim yang seharusnya mempunyai IMAN yang akan mencegah seseorang itu bertindak diluar kawalan minda??? Adakah MEMBUNUH akan menyelesaikan masalah ?? Adakah nilai rumah pusaka yang direbutkan itu mampu membayar harga satu nyawa yang terkorban? Adakah isteri/anak-anak simati mampu menerima hakikat bahawa pembunuh suami/ayah mereka adalah ahli keluarga mereka sendiri ?? Adakah penyesalan seorang adik terhadap pembunuhan abangnya itu mampu membuatkan dirinya tenang??

Penyakit masyarakat Islam terhadap perebutan harta pusaka semakin parah. Hak-hak waris terhadap harta pusaka tidak diambil peduli. Tiada tolak ansur dan tidak memahami proses pentadbiran pusaka menjadi penyebab kpd masalah ini terus berlarutan.. Pergaduhan, perebutan dan pertelingkahan antara waris-waris simati terhadap harta yang ditinggalkan sudah pasti akan menyebabkan roh simati tidak tenang lantaran sikap tamak dan dengki dikalangan waris-warisnya.

Perlantikan Wasi/Pentadbir harta pusaka sudah tentu akan membantu mengelakkan masalah perebutan harta pusaka berlaku. Oleh yang demikian, sama-samalah kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini. Laksanakanlah perancangan terhadap harta pusaka yang akan ditinggalkan. Sama-sama kita renung-renungkan dan mengambil iktibar daripada peristiwa ini. Semoga ALLAH memberi keampunan dan memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita, insyaallah..Amin..

No comments: