Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, June 11, 2009

KUANTAN : "Bekerja sambil bercuti"

Alhamdulillah, hari ini diberi kelapangan masa untuk update blog ni. Terasa payah untuk mencari ruang waktu bagi memastikan blog ini sentiasa mempunyai posting terkini. Walaubagaimana pun, syukur pada Allah yang telah mengurniakan 24 jam sehari yang sepatutnya cukup untuk melaksanakan pelbagai amanah yang perlu dilaksanakan setiap hari. Selagi nadi masih berdenyut dan selagi jantung berfungsi dengan baik, selama itu jugalah amanah sebagai khalifah Allah perlu dilaksanakan..

Ahad - 7 Jun 2009, me & hubby bertolak ke kuantan. Bukan untuk bercuti sambil melancong yer.. tapi "bekerja sambil bercuti ". Kali ini saya mempunyai 2 fail kes pusaka yang perlu melalui prosedur pembacaan wasiat dan 1 kes pusaka yang telah pun selesai dijalankan dan hanya perlu membuat penyerahan geran tanah & cek kepada benefisiari simati.

Saya mengatur 3 sesi pertemuan dengan waris-waris simati pada hari Isnin, 8 Jun 2009. Alhamdulillah, proses pembacaan wasiat bagi kes pertama berlangsung dengan penuh harmoni dan kesemua 9 orang waris-waris simati yang terdiri daripada seorang isteri, 2 orang anak perempuan dan 7 orang anak lelaki bersetuju dengan wasiat simati dan bersetuju untuk melaksanakan kehendak & hasrat ayah mereka untuk membuat pembahagian harta pusaka mengikut wasiatnya telahpun ditandatangani 6 bulan sebelum kematiannya. Antara ayat dalam wasiat simati yang agak menarik untuk dikongsi bersama ialah "wahai anak-anakku, duit tabung haji yang ayah tinggalkan untuk kalian, hendaklah kalian simpan untuk tujuan menunaikan haji dan jika ada lebihan, bolelah digunakan untuk keperluan-keperluan lain" ..( lebih kurang mcm tulah..Panjang jugak wasiat simati ni, lebih kurang 13 mukasurat ) .. Beruntung family ini mempunyai ayah yang baik dan meninggalkan harta untuk anak-anak menggunakannya untuk tujuan ibadah.. Semoga arwah tenang di alam baqa' krn meninggalkan anak-anak yang baik dan tidak tamakkan harta.. Alhamdulillah..mudah kerja saya...:) Saya hanya perlu menumpukan perhatian kepada 15 keping tanah & sejumlah cash yang ditinggalkan oleh simati untuk ditadbir oleh saya untuk dibahagikan kepada waris-warisnya..

Bagi sesi kedua, saya berhadapan dengan situasi sukar dimana simati meninggalkan seorang anak angkat, seorang anak perempuan dari isteri pertama dan seorang isteri kedua yang mempunyai 3 orang anak lelaki. Isteri pertama simati telahpun meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Simati mewasiatkan keseluruhan hartanya hanya diserahkan kepada isteri, anak angkat dan anak-anak lelakinya sahaja. Tiada harta yang ingin diberikan kepada anak perempuannya..!!!

Hmm.. mengapa yer??? Setelah diselidiki, barulah saya faham mengapa simati tidak langsung mahu anak perempuannya mewarisi hartanya. Mungkin perlu saya kongsikan disini untuk dijadikan panduan dan peringatan. Antara sebab-sebab simati berwasiat sedemikian ialah anak perempuan tersebut langsung tidak menjaga ibu kandungnya ketika ibunya sakit sehinggalah ibunya meninggal dunia. Begitu juga ketika simati masih hidup, anak perempuannya tidak menziarahinya ketika sakit dan lebih teruk lagi bilamana suami kepada anak perempuan simati itu pernah cuba membunuh bapa mertuanya itu hanya kerana harta... Itulah realiti masyarakat kita hari ini.... Ketika bapa masih hidup, langsung tidak bertegur sapa malah tidak pernah mengambil tahu tentang bapa kandungnya. Tetapi, bila bapa telah meninggal dunia, harta pusakanya pula nak direbutkan.. Pening kepala saya bila berhadapan dengan kes-kes seperti ini. Sudah pasti anak perempuan simati tidak bersetuju dengan wasiat simati. Justeru, pembahagian harta simati akan dibahagikan mengikut hukum faraid..

Ini lah keindahan hukum faraid, walaupun seseorang anak itu derhaka kepada kedua ibu bapanya, ia tidak menjadi sebab untuk menghalang seorang anak dari mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh ibu bapanya. Pastinya ada hikmah disebalik hukum Allah ini.. Mudah-mudahan anak itu akan insaf yang kembali bertaubat.

Kes ketiga ialah kes sebuah keluarga Punjabi yang mana simati mempunyai 8 orang anak lelaki. Saya mula handle kes ini pada 15 Februari 2007 dan setelah melalui pelbagai masalah yang memeningkan kepala, akhirnya 8 Jun 2009 dengan rasminya saya selesai menjalankan tanggungjawab saya sebagai Pentadbir harta pusaka simati. Keluarga Punjabi ini juga tidak dapat lari dari pergaduhan & pertelingkahan keluarga. Mujur simati meninggalkan wasiat dan melantik AmanahRaya Berhad sebagai Pentadbir.. Kalau tidak, tidak mustahil isu perlantikan pentadbir dikalangan ahli keluarga akan terus berlarutan di mahkamah !!!

Secara kesimpulannya, saya menyeru kpd para pengunjung setia blog ini, menambah ilmu pengetahuan berkaitan pentadbiran harta pusaka dan bersegeralah menguruskan hal ehwal pentadbiran pusaka bagi memastikan hak waris-waris akan terpelihara. Ia juga penting untuk mengelakkan kematian berlapis yang tentunya akan menyebabkan pentadbiran pusaka ini menjadi rumit & berlarutan. Penting juga utk saya mengingatkan kpd anda semua spy mempunyai dokumen wasiat dan melantik Pentadbir yang berkelayakan utk menguruskan harta yang akan ditinggalkan... Wasiat tidak hanya penting bagi org kaya, tetapi penting untuk semua golongan tidak kira sama ada golongan berpendapatan rendah, pertengahan atau pun kaya. Pentadbiran bagi harta pusaka berwasiat dan tidak berwasiat adalah berbeza dan sudah tentu pentadbiran pusaka berwasiat adalah lebih memudahkan kerja-kerja pentadbiran pusaka dan waris-waris akan dapat mewarisi harta yang ditinggalkan tanpa perlu menunggu bertahun2 lamanya..

No comments: