Friday, October 31, 2008

FORUM...

Moderator anda kembali lagi..hehehe..
Dah lama tak jadi moderator forum.. dah 3 tahun lebih meninggalkan alam kampus. Sejak itu, moderator ini menyepikan diri.. Terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan ketika masih bergelar mahasisiwa. Slogan student power masih terngiang-ngiang..Berjuang utk kebajikan mahasiswa yang diabaikan.. Suara ini pernah bergema di Dewan Tunku Canselor (DTC). Pernah juga menjadi moderator forum di Dewan Kuliah Utama (DKU) Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, begitu juga di dewan2 kolej kediaman. Ada saja jemputan untuk menjadi moderator forum..Namun, semua itu telah menjadi memori..Semua itu adalah suatu pengalaman yang sentiasa mengajar diri untuk terus belajar untuk menjadi hebat sebagai persediaan menghadapi cabaran kehidupan yang lebih mencabar.


Hari ini, diri ini kembali beraksi.. tp sekadar menjadi moderator forum di AmanahRaya. Forum ini adakan untuk berdiskusi mengenai kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat & Wakaf yang telah berlangsung di Dewan Konvensyen Pulau Wan Man pada 18 & 19 Oktober yang lalu..Alhamdulillah... saya hadir sebagai peserta dan banyak ilmu yang diperolehi..


Di hadapan Msjid Kristal Pulau Wan Man, Kuala Terengganu..

MUAZ THE LITTLE CALIPH...

Comelnyer baby nih...Muaz ketika berusia sehari...:)


Muaz in 2 months old.. comel ekk... tidoo jer dier..:)
Muaz masa umur 3 bulan.. dalam stroller nak gi jalan2 dgn mama..
Baik je dia dalam stroller..skrg ni dah setahun, jgn harap ler nak dok mcm ni dalam stroller..:)

Muaz baru belajar makan solid food..nyumm..nyumm..sedapnye...4 months old..

Muaz tengah belajar azan..hihihi..5 months old.

Muaz baru balik umrah..huhuhu...Abi botakkan kepala muaz masa Mama gi kursus,sabo je lah..
Muaz in 6 months old..:)


Muaz at secret recipe, Jusco...:) Muaz sebelum dibotakkan oleh abi..hehehe...6 months old..


Muaz in the big pool....happy nyerr...Muaz in 7 months old..

Spiderman's fren..hehehe..9 months old..

Muaz & Mama in the car..Muaz 11 months old..


Muaz & his cousin at Kg.Sabak Bernam.Muaz 11 months old



Wednesday, October 29, 2008

Selamat Pengantin Baru..Semoga Bahagia

Tiada kata yg dapat mengungkap kegembiraan ini apabila seorang demi seorang sahabat telah menyempurnakan sunnah nabi saw. Ala kulli hal, selamat bertukar status dan selamat berjaya dalam melayari bahtera kehidupan agar bersemi ketenangan dan kedamaian hati yang sentiasa berpanjangan.

Alhamdulillah saya sempat hadir ke Muar, Johor & Marang, Terengganu untuk menyaksikan sahabat seperjuangan Ramadhan & Khadijah dan juga best fren saya Najibah & Hisyam menjadi Raja & Permaisuri..Dah lama menunggu depe nih pakai baju pengantin..Akhirnya bulan Oktober 2008 menjadi pilihan kalian untuk diijabqabulkan..
Alhamdulillah..Ketetapan Allah adalah pasti, kalau dah jodoh, takkan ke mana..:)


Kpd pasangan cinta dunia & akhirat Dijah & Ramadhan dan Najibah & Hisyam, semoga kalian bahagia selamanya.. dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat soleh & solehah yang cemerlang dunia & akhirat..







KASIHMU AMANAHKU…
Pernikahan menyingkap tabir rahsia

Suami isteri impikan keluarga yg bahagia
Mengharapkan sebuah bahtera yang indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha
Biar masa senang syukuri nikmat tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri.. janji telah dipatri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga ilahi..

Suami..jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya.. Yang terhinggap dilubuk hatimu
Isteri adalah amanah buat mu..

"Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri.."

Isteri hamparan dunia suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman suami lah pemagarnya
Isteri bagai kejora suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun,
isteri carilah penawar
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya ....

Salam ukhuwwah dari kami: Hairin, Nizam & Muaz the little caliph.. :)


Tuesday, October 28, 2008

Happy Birthday My Hero...:)



Selamat Hari Lahir Muaz... anak soleh kesayangan mama & abi... :)
26 Oktober 2008 adalah hari ulangtahun pertama kelahiran Ahmad Muaz. Alhamdulillah.. Muaz juga meraikan ulangtahun kelahiran bersama-sama dengan atok. Birthday atok 27 Oktober, sehari selepas birthday Muaz. Alhamdulillah atok terbang dari Miri utk sama-sama meraikan birthday cucu kesayangan atok ni..:)










Setinggi-tinggi rasa syukur kupanjatkan kepadaMU Ya Allah atas nikmat zuriat yang Kau kurniakan kepada kami. Syukur padaMu Ya Allah atas nikmat kesihatan yang Kau anugerahkan kepada anak kecil ini..Tiada kata yang dapat kami gambarkan kebahagiaan yang Kau kurniakan kpd kami...Semoga kami sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur dan semoga Muaz akan menjadi insan yang benar2 menjadi generasi al-Quran yang akan memimpin ummah suatu hari nanti, insyallah.. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir meraikan majlis kenduri kesyukuran sempena ulangtahun pertama kelahiran Muaz dan jamuan hari raya tempoh hari.. Semoga ukhuwah kita akan terus bersemi selamanya..



Pada usia Muaz setahun ni, Muaz dah nak berjalan.. tp sebenarnya Muaz tak berjalan..dia lebih suka berlari dari berjalan. Happy sangat bila dapat tengok perkembangan anak kesayangan mama & abi nih.. Muaz jugak dah semakin banyak vocab. Mengalahkan khatib baca khutbah.. penat mama & abi nak gelak bila Muaz start bagi tazkirah.. hehehe...:) :) :) Tp banyak yg mama tak berapa paham..tak pelah.. yang penting Muaz happy & sihat..


Happy birthday Muaz..Love u so much from Mama & Abi...:) :) :)

Friday, October 24, 2008

Alhamdulillah..:)

Bismillahirrahmanirrahim..

ALHAMDULILLAH..syukur pd Allah yang mengurniakan nikmat kesihatan yang terbaik kepada kita semua dan masih memberi peluang untuk kita merasai perjalanan hidup yang sangat indah dan penuh dengan kenikmatan. Hanya puji & syukur layak kepada Allah swt atas segala-gala nikmat ini. Mudah-mudahan nikmat yang dikecapi ini akan membuatkan kita semakin hampir dengan Allah dan sentiasa dinaungi dengan rahmat & kasih sayang Allah yang tidak terhingga.

ALHAMDULILLAH.. berjaya jugak saya create blog ni. Dah lama bermimpi dan merancang nak set up blog, tp tidak berkesempatan dan tidak berpeluang.. Namun dalam kesempitan masa yang mengekang ini, at least ada permulaan yang pastinya akan ada kesinambungan,insyaallah.. Thanks to my fren, Mastura Salleh yang sudi share ilmu utk create blog nih.. Jasamu dikenang...hehehe...Insyaallah lps ni blog2 lain akan menyusul..
ALHAMDULILLAH.. hari ini dah masuk dalam minggu terakhir bulan Syawal 1429H..Tahun ini merupakan tahun kedua saya merayakan Eidul Fitr bersama suami tercinta dan anak tersayang.. Tahun lepas, Ahmad Muaz berusia 9 bulan dalam rahim mama..

Mama & Abi pada 1 Syawal 1428 / 12 Oktober 2007
(Ahmad Muaz berusia 9 Bulan dalam rahim mama)

Tahun lepas, bulan Syawal dilalui dengan penuh debaran. Macam-macam perasaan ada. Yang penting memori ini takkan dapat dilupakan. Tanggal 14 Syawal 1428H bersamaan 26 Oktober 2007, hari Jumaat jam 3.47 petang, di Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi, lahir seorang khalifah Allah, bakal pemimpin ummah. Syukur pada Allah atas kelahiran zuriat ini. Mudah-mudahan Muaz akan menjadi anak yang soleh, cemerlang dunia akhirat, beriman & bertaqwa dan sentiasa dilindungi Allah dengan hidayahNya. "Ya Allah, peliharalah anakku ini. Jadikanlah dia sihat dan sempurna, alim dan sentiasa beramal dengan amalan-amalan yang terpuji. Perelokkan akhlaknya, fasihkan lisannya untuk membaca kitab suciMu yang mulia..Amin Ya Rabb"..Kalau ikutkan plan asal, mama nak sangat letak nama “Ahmad Muaz Muhaymin” tp disebabkan nama Abi dah terlalu panjang dan atok pun tak nak nama panjang-panjang, jadi akhirnya kami semua sepakat utk letak nama “Ahmad Muaz bin Mohamad Khairul Nizam” dengan harapan Muaz akan menjadi anak soleh yang sentiasa menjunjung dan mengamalkan ajaran dan sunnah Rasulullah saw dan dapat mencontohi sahabat Nabi Muhammad saw yg bernama Muaz bin Jabal..

In this column I would like to express my gratitude to all staffs and midwifes in Hospital Pakar An-Nur especially my beloved Dr Khamsiah Muda ....confidence, caring, cool, sweet and very nice to her patient.. May Allah’s blessings be with you forever..Thank you very much.. :)

Mama, Muaz & Dr.Khamsiah

Ahmad Muaz bin Mohamad Khairul Nizam - 26 Oktober 2007

Hari ini 24 Oktober 2008 bersamaan 24 Syawal 1429H, anak soleh kesayangan mama ni dah berusia hampir setahun. Cepat sungguh masa berlalu...Masih terasa baru semalam diijabqabulkan..dan masih terasa saat-saat indah melahirkan Ahmad Muaz ke dunia ini...'Ala kulli hal, ALHAMDULILLAH... Semoga Allah merahmati keluarga kami, melimpahkan nikmat kasih sayang yang berpanjangan dan semoga Allah memandu perjalanan kehidupan kami dengan panduan Iman & Taqwa, insyaallah...


Mama, Muaz & Abi di Kg.Hj.Abas, Baling, Kedah Darul Aman (1 Syawal 1429H)

Muaz at APFT, Pengkalan Chepa Kelantan (kt tempat study uncle Naim - pilot to be..)

Diri ini hanya mengharap yang terbaik dalam kehidupan ini..
seorang suami yang mampu menyayangi dan membimbing keluarga ke arah RedhaMU..
Diri ini inginkan kebahagian yang diredhai..
Ada rasa kasih dan sayang yang bertaut di hati..
Ada zuriat-zuriat soleh & solehah buat bekal doa di akhirat..
Diri ini ingin menjadi yg terbaik utk diriku, keluargaku & agamaku...
Dan diri ini amat memerlukan rahmat & redhaMU sebagai bekalan hidupku Menuju bahagia...s
elamanya dunia & akhirat..

Ya Rabbi...perkenankan doaku..

There was an error in this gadget