Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, October 24, 2008

Alhamdulillah..:)

Bismillahirrahmanirrahim..

ALHAMDULILLAH..syukur pd Allah yang mengurniakan nikmat kesihatan yang terbaik kepada kita semua dan masih memberi peluang untuk kita merasai perjalanan hidup yang sangat indah dan penuh dengan kenikmatan. Hanya puji & syukur layak kepada Allah swt atas segala-gala nikmat ini. Mudah-mudahan nikmat yang dikecapi ini akan membuatkan kita semakin hampir dengan Allah dan sentiasa dinaungi dengan rahmat & kasih sayang Allah yang tidak terhingga.

ALHAMDULILLAH.. berjaya jugak saya create blog ni. Dah lama bermimpi dan merancang nak set up blog, tp tidak berkesempatan dan tidak berpeluang.. Namun dalam kesempitan masa yang mengekang ini, at least ada permulaan yang pastinya akan ada kesinambungan,insyaallah.. Thanks to my fren, Mastura Salleh yang sudi share ilmu utk create blog nih.. Jasamu dikenang...hehehe...Insyaallah lps ni blog2 lain akan menyusul..
ALHAMDULILLAH.. hari ini dah masuk dalam minggu terakhir bulan Syawal 1429H..Tahun ini merupakan tahun kedua saya merayakan Eidul Fitr bersama suami tercinta dan anak tersayang.. Tahun lepas, Ahmad Muaz berusia 9 bulan dalam rahim mama..

Mama & Abi pada 1 Syawal 1428 / 12 Oktober 2007
(Ahmad Muaz berusia 9 Bulan dalam rahim mama)

Tahun lepas, bulan Syawal dilalui dengan penuh debaran. Macam-macam perasaan ada. Yang penting memori ini takkan dapat dilupakan. Tanggal 14 Syawal 1428H bersamaan 26 Oktober 2007, hari Jumaat jam 3.47 petang, di Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi, lahir seorang khalifah Allah, bakal pemimpin ummah. Syukur pada Allah atas kelahiran zuriat ini. Mudah-mudahan Muaz akan menjadi anak yang soleh, cemerlang dunia akhirat, beriman & bertaqwa dan sentiasa dilindungi Allah dengan hidayahNya. "Ya Allah, peliharalah anakku ini. Jadikanlah dia sihat dan sempurna, alim dan sentiasa beramal dengan amalan-amalan yang terpuji. Perelokkan akhlaknya, fasihkan lisannya untuk membaca kitab suciMu yang mulia..Amin Ya Rabb"..Kalau ikutkan plan asal, mama nak sangat letak nama “Ahmad Muaz Muhaymin” tp disebabkan nama Abi dah terlalu panjang dan atok pun tak nak nama panjang-panjang, jadi akhirnya kami semua sepakat utk letak nama “Ahmad Muaz bin Mohamad Khairul Nizam” dengan harapan Muaz akan menjadi anak soleh yang sentiasa menjunjung dan mengamalkan ajaran dan sunnah Rasulullah saw dan dapat mencontohi sahabat Nabi Muhammad saw yg bernama Muaz bin Jabal..

In this column I would like to express my gratitude to all staffs and midwifes in Hospital Pakar An-Nur especially my beloved Dr Khamsiah Muda ....confidence, caring, cool, sweet and very nice to her patient.. May Allah’s blessings be with you forever..Thank you very much.. :)

Mama, Muaz & Dr.Khamsiah

Ahmad Muaz bin Mohamad Khairul Nizam - 26 Oktober 2007

Hari ini 24 Oktober 2008 bersamaan 24 Syawal 1429H, anak soleh kesayangan mama ni dah berusia hampir setahun. Cepat sungguh masa berlalu...Masih terasa baru semalam diijabqabulkan..dan masih terasa saat-saat indah melahirkan Ahmad Muaz ke dunia ini...'Ala kulli hal, ALHAMDULILLAH... Semoga Allah merahmati keluarga kami, melimpahkan nikmat kasih sayang yang berpanjangan dan semoga Allah memandu perjalanan kehidupan kami dengan panduan Iman & Taqwa, insyaallah...


Mama, Muaz & Abi di Kg.Hj.Abas, Baling, Kedah Darul Aman (1 Syawal 1429H)

Muaz at APFT, Pengkalan Chepa Kelantan (kt tempat study uncle Naim - pilot to be..)

Diri ini hanya mengharap yang terbaik dalam kehidupan ini..
seorang suami yang mampu menyayangi dan membimbing keluarga ke arah RedhaMU..
Diri ini inginkan kebahagian yang diredhai..
Ada rasa kasih dan sayang yang bertaut di hati..
Ada zuriat-zuriat soleh & solehah buat bekal doa di akhirat..
Diri ini ingin menjadi yg terbaik utk diriku, keluargaku & agamaku...
Dan diri ini amat memerlukan rahmat & redhaMU sebagai bekalan hidupku Menuju bahagia...s
elamanya dunia & akhirat..

Ya Rabbi...perkenankan doaku..

No comments: