Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

Muaz & Muizz..

Tiada lafaz yang lebih mulia melainkan Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah kepada kami. Perkahwinan kami hampir mencecah usia 4 tahun. Pelbagai kenangan yang telah dilalui. Semuanya mnjadikan kami lebih dewasa dalam memegang amanah sebagai suami, isteri, ibu & bapa. Semoga kami mampu mendidik & membesarkan anak-anak kami dalam panduan hidayah Allah, insyaallah..

Muaz & Muizz sayang..

The day you were born..
you touched my soul..
Those beautiful eyes..
stare at me in awe..
Gazing at me..Who just became your mom...

As days turned to months..
and months turned to years..
I watched you grow..
Facing life's challenges and fighting your fears...

If you get lost along your way..
not sure what to do or what to say...
Know that I'm present in spirit and soul..
with open arms and a hand for you always to hold...

May Allah bless us with HIS love and HIS mercy..
As long as we follow HIS guidance all the way..
He will guide us from the darkness into the light..
and..we’ll be in HIS "jannah".. insyaallah...

Ahmad Muaz : 2 tahun 10 bulan
Ahmad Muizzuddin : 21 hari


Sunday, August 15, 2010

Kelahiran Ahmad Muizzuddin 1 Ogos 2010 / 21 Syaaban 1431h

Assalamualaikum wrt... Alhamdulillah.. syukur pada Allah yang masih memberi keizinan utk merasai denyut nadi normal dan menikmati segala kurniaanNya sehingga ke hari ini. Syukur pada Allah yang masih mengizinkan diri ini berada dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini mampu dimanfaat sebaik mungkin demi redhaNya walaupun masih dlm tempoh confinement, insyaallah.

Alhamdulillah... setinggi-tinggi rasa syukur hanya selayaknya utk Allah Rabbul Jalil krn hanya dengan izinNya Ahmad Muizzuddin bin Mohamad Khairul Nizam selamat dilahirkan dengan mudah & selamat. Syukur pada Allah yang telah memaqbulkan doa hambanya yang byk berdosa ini. Mudah-mudahan nikmat zuriat kurniaan Allah ini bulan Syaaban ini mampu menjadikan kami hambaNya yang sentiasa bersyukur, insyaallah.
31 Julai 2010, jam 11.30 malam, selepas ambik adik di Bukit Jalil & setelah menikmati nasi arab di rumah, saya & hubby ke Hospital Pakar Annur, Bangi utk confirm masa kelahiran belum tiba walaupun dah ada bloody show lepas solat maghrib malam tu. Menanti detik-detik kelahiran zuriat kali kedua ni lebih relax & tenang. Maybe sebab dah ada experience masa 1st delivery 3 tahun lepas. Cumanya apa yg merisaukan ialah terbersalin dlm kereta..hehe..Risau la kaann.. Sebab masa bersalin Muaz dulu, active labor lebih kurang 3 jam jer. So, 2nd baby ni Dr.Khamsiah pun kata kemungkinan besar lebih cepat dari dulu. Alhamdulillah, bila buat CTG heartbeat baby ok & contraction belum konsisten. So, bole balik rumah dulu..

Berikut adalah kronologi kelahiran Ahmad Muizzuddin : 1 Ogos 2010 / 21 Syaaban 1431H (Ahad) di Hospital Pakar Annur, Bangi.

8.30 pagi
  • Ke Hospital Pakar Annur. mcm ade instinct akan bersalin hari ni wpun tak sakit lagi)
  • CTG - heartbeat baby OK.. VE : 2 cm
  • Diberi option utk check in kat hospital atau balik umah dulu then datang balik bila contraction makin kerap. Call Dr.Khamsiah & mintak advise dia. Dia kata bole je kalau nak balik dulu asalkan kalau dah sakit, cepat2 pegi hospital.
9.30 pagi
  • Balik umah dulu. Rest kat rumah, lunch & solat zohor then pkl 3.00 petang gi hospital balik. Bukan sebab sakit atau contraction makin kerap, tp sebab rasa tak sedap hati...:) risau takut terbersalin kat umah pulak..hehe...:)
3.30 ptg
  • Mula-mula plan nak gi ManjaKu utk beli dypers & shopping skit barang2 adik, tp dah nak sampai kat kedai tu hubby patah balik & terus gi hospital sbb hubby tgk saya dah lain mcm..:)
3.40 ptg
  • Kebetulan jumpe Dr.Khamsiah depan lift kat lobby hospital, then dia suruh nurse terus bawak masuk labor room.
  • CTG - heartbeat baby ok, contraction belum kuat lagi.
4.00 ptg
  • Dr.Khamsiah datang tgk report CTG, buat VE (dilated 4cm) & pecahkan waterbag.
  • Dah start rasa sakit contraction & request epidural. Prosedur epidural start dlm pkl 4.45pm & selesai lebih kurang pkl 5.15pm. Alhamdulillah dah tak sakit..:) Legaaaaaaa....
  • Sementara tunggu hubby solat asar, saya mintak tlg nurse bersihkan apa yg patut & tlg amikkan wudhu' utk solat asar. Tp tiba-tiba terasa mcm dah nak bersalin. Midwife check & buat VE rupenyer dah fully dilated. Sementara tunggu Dr.Khamsiah dtg ke labor room tu, nurse & midwife prepare apa yg patut utk kelahiran seorang lagi khalifah Allah. Sekelip mata katil & labor room tu transform drpd bilik biasa mjd bilik yg agak mengerikan utk saya.. Mcm2 alat ade..adooii.. Sempat lagi hubby buat lawak.. "mcm citer transformers pulak labor room nih"..hehe..
6.42ptg
  • Alhamdulillah, bila dengar lafaz " Assalamualaikum" oleh Dr.Khamsiah & midwife diiringi dengan tangisan comel seorg bayi, Ahmad Muizzuddin bin Mohamad Khairul Nizam yang telah berada dalam rahim saya selama 37 minggu selamat lahir ke dunia. Syukur pada Allah yang telah mempermudahkan kelahiran zuriat ini dan mengurniakan kepada kami anak yang sihat sempurna. Syukur alhamdulillah atas segala-galanya... Walaupun hanya sempat merasai sakit contraction lebih kurang 1/2 jam, kesakitan itu sememangnya satu muhasabah terbaik utk saya. Namun, kesakitan itu telah saya lupakan tetapi muhasabah dr kesakitan itu pasti tidak akan saya lupakan, insyaallah.
  • Sememangnya ilmu-ilmu yang dipelajari dalam Antenatal Class sangat2 membantu untuk menghadapi saat kelahiran dlm labor room. Alhamdulillah..
Detik-detik bersejarah kelahiran khalifah Allah, Ahmad Muizzuddin bin Mohamad Khairul Nizam. - 1 Ogos 2010 / 21 Syaaban 1431H

Dr.Khamsiah offer utk hubby sambut kelahiran Muiz, tp hubby tak berani lagi..So, mcm biasa hubby potong tali pusat adik, sambil sebelah tangan lagi busy amik gambar.

Inilah dia adik Muaz yg sekian lama Muaz tunggu. Tak sabar Muaz nak ajak adik main sama-sama.

Terima kasih kpd hubby tersayang yang setia menemani sepanjang proses kelahiran Muiz, terima kasih kpd Dr.Khamsiah Muda yang telah mnjaga saya & Muiz sejak seawal 6 minggu Muiz dalam kandungan. Kali pertama pregnant & bersalin pun Dr.Khamsiah yg handle. Mmg best dokter ni. Dan terima kasih jg utk midwife & nurse yg bertugas. Semoga Allah merahmati kalian semua, insyaallah..

Ya Allah, izinkan kami menjadi ibubapa terbaik untuk anak-anak kami. Izinkan kami mendapat ilham yang benar serta petunjuk dariMu untuk mentarbiyyah anak-anak kami utk beriman kepadaMU & RasulMu. Kurniakan kekuatan kpd kami untuk membina mahligai rumahtangga yang Kau berkati dengan zuriat yang soleh demi mencapai redhaMu dunia & akhirat... Kurniakan kpd kami, zuriat-zuriat kami, ahli keluarga kami dan seluruh umat Islam suntikan CINTA untuk terus melakukan ibadah hanya kpdMu..Semoga kami mampu melaksanakan amanah membesarkan & mendidik zuriat-zuriat kami utk mentaatiMU.. Amin Ya Rabb..



Friday, May 14, 2010

Anugerah yang tidak ternilai...

Assalamualaikum wrt ..Salam buat sahabat-sahabat & pengunjung blog ini...

Alhamdulillah.. syukur pada Allah yang masih mengurniakan nikmat Iman & Islam, kesihatan, kebahagiaan, kesenangan, kemudahan, kekuatan segala-galanya yg membuatkan kita masih mampu merasai denyut nadi sebagai hambaNYA...Seringkali "masa" menjadi mangsa alasan kepada persoalan sahabat-sahabat yang bertanya "knp lama tak update blog??" Sememangnya itulah sahaja alasan yang mampu diberikan disebalik tugas dan tanggungjawab lain yang perlu di'aula"kan. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan, namun...saya akur dengan hakikatnya sepertimana yang pernah disebutkan oleh As-Syahid Hassan Albanna bahawa sememangnya "alwajibat aksar minal auqat" yang bermaksud tanggungjawab & kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada. Hmm.. sebenarnya disebabkan terlalu banyak cerita yang nak dikongsi, saya jadi blur sekejap..Apa yang nak dikongsi dulu ye?

Muaz @ KLIA..

Hmm.. Okaylah... kita cerita tentang anak kesayangan Mama & Abi dulu.. Sekarang ni dah ade 2 orang.. Alhamdulillah...:) Abang Muaz berusia dah hampir 2 tahun setengah.. Sorang lagi dah menginjak 6 bulan setengah di alam rahim Mama.. Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang sangat bernilai harganya. Tiada yang mampu menandingi kuasa Allah yang mengurniakan rasa kasih dan sayang seorang Mama kepada anak-anaknya. Walaupun "adik Muaz" ni belum lagi menjengah dunia, tetapi perasaan kasih dan sayang ini telah wujud sejak "dia" diketahui wujud dalam rahim ini.. Alhamdulillah...syukur pada Allah atas anugerah ini.. Semoga kami terus menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur, insyaallah..

Muaz dah semakin bijak..Alhamdulillah... Sangat rajin membaca buku dan rajin hafal surah al-fatihah, doa makan, doa tidur, hafal zikir, hafal surah2 pendek, hafal nama-nama kereta, nama-nama aircraft dan lain-lain.. Buku2 kartun tak main... Mmg tak minat... Muaz sangat suka tgk documentary especially ttg aircraft & helicopter... Hmmm.. Sama la mcm Abi dier.. Koleksi magazine Abi Muaz sejak tahun 2000 hinggalah sekarang ni telah menjadi milik Muaz.. hehehe...Waktu siang, Muaz study ABC & ngaji dengan opah, tp waktu malam after Abi balik surau, Muaz akan ajak Abi "main bace buku"...:) So, Abi dengan istiqomahnya akan teman Muaz study setiap malam sampailah Muaz ngantuk... Tp selalunya Abi yang mengantuk dulu sebelum Muaz..Kesian Muaz..huhuhu..Muaz selalu merajuk sebab Abi pejam mata time Muaz baca buku..
Tp itulah pengorbanan seorang ayah.. walaupun penat bekerja.. balik rumah pkl 8 malam, tp rutin harian melayan Muaz mmg tak pernah tinggal.

"Adik Muaz" pun dah semakin aktif, kalau Mama yang teman abang Muaz study, mmg terasa mcm "adik Muaz" pun tgh berenang-renang dengan seronoknya dalam perut Mama..Kalau Mama berehat kat sebelah Abi yg tengah study dengan Muaz tu, mmg tak jadi rehat lah jawabnya.. Mcm "adik Muaz" tengah bersilat kat "dalam ni"..hehehe.. "Adik" suka sangat dengar suara abang Muaz.. Muaz pulak mmg rajin sembang dengan "adik" dia..Hari-hari ajar adik bace alfatihah, selawat & zikir..Alhamdulillah.. bessssttttt sangat...

Hanya doa dipohon kepada Allah Rabbul Jalil, semoga anak-anak kami akan menjadi anak yang soleh & solehah, cemerlang dunia & akhirat dan mampu menjadi asset terbaik utk Islam, Insyallah... Mohon dijauhkan kami dari fitnah..mohon dijauhkan kami dari tipudaya dunia, mohon dijauhkan kami dari azab neraka.. dan semoga kami sentiasa hidup dalam keberkatan NYA dan kehidupan ini sentiasa dipandu dengan hidayahNYA, insyaallah..


Dan..terima kasih Ya Allah.. atas kurniaan seorang suami yang terbaik untukku.. Syukur Alhamdulillah atas anugerah ini.. Sesungguhnya kasih sayang & pengorbanan hubby amat Sayang hargai... Thanks for everything....Wallahi..I love u sooo much.. :)

Monday, October 26, 2009

Happy Birthday My Hero...:)

Alhamdulillah..syukur pd Allah yang mengurniakan nikmat kesihatan yang terbaik kepada kita semua dan masih memberi peluang untuk kita merasai perjalanan hidup yang sangat indah dan penuh dengan kenikmatan. Hanya puji & syukur layak kepada Allah swt atas segala-gala nikmat ini. Mudah-mudahan nikmat yang dikecapi ini akan membuatkan kita semakin hampir dengan Allah dan sentiasa dinaungi dengan rahmat & kasih sayang Allah yang tidak terhingga.
Tepat jam 3.47 petang hari Jumaat, 14 Syawal 1428H, 26 Oktober 2007 lahir seorang khalifah Allah, bakal pemimpin ummah. Alhamdulillah... hari ni 26 Oktober 2009, genap usia Muaz 2 tahun.. Syukur pada Allah atas kelahiran zuriat ini dan syukur pada Allah atas nikmat kesihatan yang diberikan kepada permata hati kami...Semoga Muaz dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan menjadi anak soleh yang cemerlang dunia akhirat, beriman & bertaqwa dan sentiasa dilindungi Allah dengan hidayahNya.

Masih teringat detik-detik bersejarah melahirkan Ahmad Muaz di Hospital Pakar An-Nur, Bangi. Dan masih segar diingatan saat-saat indah melihat wajah Muaz buat kali pertama.. Hanya Allah yang mengetahui betapa bahagianya hati tatkala melihat zuriat kurniaan Allah kepada kami. Subhanallah, maha suci Allah yang menciptakan makhluknya.
Detik-detik kelahiran... Muaz ketika berusia 2 bulanMuaz hari ini...

Muaz dengan hadiah besday dr Mama & Abi

Hadiah besdayy dr Opah..

Ya Allah, peliharalah anakku ini. Jadikanlah dia sihat dan sempurna, alim dan sentiasa beramal dengan amalan-amalan yang terpuji. Perelokkan akhlaknya, fasihkan lisannya untuk membaca kitab suciMu yang mulia.

Semoga kami semua sentiada berada dalam perlindunganMU Ya Rabbi...Insyaallah..

Monday, July 27, 2009

Muaz : 1 tahun 9 bulan

Alhamdulillah, semalam 26 Julai 2009 genap usia Muaz 1 tahun 9 bulan. Syukur atas kurniaan Allah yang telah memberi nikmat kesihatan dan kesempurnaan pada permata hati kesayangan mama & abi ini.. Semoga Allah terus memelihara Muaz dengan rahmat dan kasih sayang serta memberi keteguhan Iman dalam mengharungi cabaran kehidupan pada masa akan datang. Pada usia Muaz setahun 9 bulan ni, Muaz rasanya mcm dah bersedia utk jadi abang. Hmm..Mcm mana ek?? hihihi...:) Muaz terlalu suka & dan teramat sayang pada baby..Kalau ada baby datang umah, mesti dia tak bagi org tu bawak balik baby tu..huhuhu... Obvious sangat !!! Insyaallah, mudah-mudahan Allah bagi Muaz adik yer..:)


Baru balik umrah nih...Baju tu je la..

Ada gaya Mufti tak ?

Muaz mengemas kotak tisu..huhuhu...habis sekotak..!!

Sebenarnya bukan sekotak, dah berkotak2...

Aktiviti menconteng & meng' kaler..

Gaya Muaz pegang pensil color...

Untuk keselamatan, dalam umah pun nak pakai helmet..huhuhu...


Sempena besday Muaz kali ke 21 ni ( 21 bulan ), Atok terbang dari Miri balik ke Kajang utk sama-sama meraikan cucu kesayangannya. Mcm biasa la, Atok akan bawak Muaz swimming. Kali ni atok bawak Muaz stay kat Royale Bintang Resort & Spa, Seremban. Hmm.. kenapa seremban ek?? Sebabnya nenek Muaz dah seminggu meeting kat situ. So, just amik extra 1 day untuk Muaz...:)

Sibuk cari crab agaknyer..hihihi..

Smileeee...:) ( sorry ye Muaz, Mama terlupe bawak swimmning suit )

Seronoknyer Muaz posing dengan Abi..

Lepas penat swimming, masa utk minum pulak.. Kali ni, nenek punya giliran..Manjaaaaa sangaatttt.. Taknak pegang botol sendiri....huhuhuhu...


Lagi 3 bulan je Muaz akan berusia 2 tahun.. Hmm.. cepat sungguh masa berlalu.. Ala kulli hal, alhamdulillah atas perjalanan hidup yang dinikmati ini. Moga2 Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga dan memandu perjalanan hidup kami dengan hidayahNya, insyaallah.. Amin..


Monday, July 13, 2009

Gambar-gambar di Miri

Assalamualaikum wrt...

Bersama ini disertakan gambar-gambar kenangan ketika bercuti di Miri bulan lepas untuk tatapan atok Muaz di Miri, saudara mara dan sahabat-sahabat. Sape2 yang nak join percutian di Miri tahun depan, boleh bgtau awal-awal yer..Kita masuk gua pulak...:)

Abi, Mama & Muaz @ Miri, Sarawak

Muaz main kejar2 dengan happynyer depan umah atok di InterHill Park, Miri.

Setelah penat berlari...Zzzzzz... Relax skit mama & abi.. Penat oooooo main kejar2 dgn Muaz nih !

Cik Yun, Nenek, Atok & Cik Anis

Pasangan cinta dunia akhirat..:)

Tak gayat langsung..exited jer berlari atas titi gantung tuh !

Muaz & Abi tak sempat join posing..hehe

@ Taman Awam Miri

Abi Muaz tgh main bowling..

Penyokong setia Mama & Abi..

Tgh practice tolak adik..hihihi..

Kenangan depan Parkcity Everly Hotel, Miri

Swimming..:)

Syoknyerr...

Zzzzzzz...dalam flight...