Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, August 15, 2010

Kelahiran Ahmad Muizzuddin 1 Ogos 2010 / 21 Syaaban 1431h

Assalamualaikum wrt... Alhamdulillah.. syukur pada Allah yang masih memberi keizinan utk merasai denyut nadi normal dan menikmati segala kurniaanNya sehingga ke hari ini. Syukur pada Allah yang masih mengizinkan diri ini berada dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini mampu dimanfaat sebaik mungkin demi redhaNya walaupun masih dlm tempoh confinement, insyaallah.

Alhamdulillah... setinggi-tinggi rasa syukur hanya selayaknya utk Allah Rabbul Jalil krn hanya dengan izinNya Ahmad Muizzuddin bin Mohamad Khairul Nizam selamat dilahirkan dengan mudah & selamat. Syukur pada Allah yang telah memaqbulkan doa hambanya yang byk berdosa ini. Mudah-mudahan nikmat zuriat kurniaan Allah ini bulan Syaaban ini mampu menjadikan kami hambaNya yang sentiasa bersyukur, insyaallah.
31 Julai 2010, jam 11.30 malam, selepas ambik adik di Bukit Jalil & setelah menikmati nasi arab di rumah, saya & hubby ke Hospital Pakar Annur, Bangi utk confirm masa kelahiran belum tiba walaupun dah ada bloody show lepas solat maghrib malam tu. Menanti detik-detik kelahiran zuriat kali kedua ni lebih relax & tenang. Maybe sebab dah ada experience masa 1st delivery 3 tahun lepas. Cumanya apa yg merisaukan ialah terbersalin dlm kereta..hehe..Risau la kaann.. Sebab masa bersalin Muaz dulu, active labor lebih kurang 3 jam jer. So, 2nd baby ni Dr.Khamsiah pun kata kemungkinan besar lebih cepat dari dulu. Alhamdulillah, bila buat CTG heartbeat baby ok & contraction belum konsisten. So, bole balik rumah dulu..

Berikut adalah kronologi kelahiran Ahmad Muizzuddin : 1 Ogos 2010 / 21 Syaaban 1431H (Ahad) di Hospital Pakar Annur, Bangi.

8.30 pagi
  • Ke Hospital Pakar Annur. mcm ade instinct akan bersalin hari ni wpun tak sakit lagi)
  • CTG - heartbeat baby OK.. VE : 2 cm
  • Diberi option utk check in kat hospital atau balik umah dulu then datang balik bila contraction makin kerap. Call Dr.Khamsiah & mintak advise dia. Dia kata bole je kalau nak balik dulu asalkan kalau dah sakit, cepat2 pegi hospital.
9.30 pagi
  • Balik umah dulu. Rest kat rumah, lunch & solat zohor then pkl 3.00 petang gi hospital balik. Bukan sebab sakit atau contraction makin kerap, tp sebab rasa tak sedap hati...:) risau takut terbersalin kat umah pulak..hehe...:)
3.30 ptg
  • Mula-mula plan nak gi ManjaKu utk beli dypers & shopping skit barang2 adik, tp dah nak sampai kat kedai tu hubby patah balik & terus gi hospital sbb hubby tgk saya dah lain mcm..:)
3.40 ptg
  • Kebetulan jumpe Dr.Khamsiah depan lift kat lobby hospital, then dia suruh nurse terus bawak masuk labor room.
  • CTG - heartbeat baby ok, contraction belum kuat lagi.
4.00 ptg
  • Dr.Khamsiah datang tgk report CTG, buat VE (dilated 4cm) & pecahkan waterbag.
  • Dah start rasa sakit contraction & request epidural. Prosedur epidural start dlm pkl 4.45pm & selesai lebih kurang pkl 5.15pm. Alhamdulillah dah tak sakit..:) Legaaaaaaa....
  • Sementara tunggu hubby solat asar, saya mintak tlg nurse bersihkan apa yg patut & tlg amikkan wudhu' utk solat asar. Tp tiba-tiba terasa mcm dah nak bersalin. Midwife check & buat VE rupenyer dah fully dilated. Sementara tunggu Dr.Khamsiah dtg ke labor room tu, nurse & midwife prepare apa yg patut utk kelahiran seorang lagi khalifah Allah. Sekelip mata katil & labor room tu transform drpd bilik biasa mjd bilik yg agak mengerikan utk saya.. Mcm2 alat ade..adooii.. Sempat lagi hubby buat lawak.. "mcm citer transformers pulak labor room nih"..hehe..
6.42ptg
  • Alhamdulillah, bila dengar lafaz " Assalamualaikum" oleh Dr.Khamsiah & midwife diiringi dengan tangisan comel seorg bayi, Ahmad Muizzuddin bin Mohamad Khairul Nizam yang telah berada dalam rahim saya selama 37 minggu selamat lahir ke dunia. Syukur pada Allah yang telah mempermudahkan kelahiran zuriat ini dan mengurniakan kepada kami anak yang sihat sempurna. Syukur alhamdulillah atas segala-galanya... Walaupun hanya sempat merasai sakit contraction lebih kurang 1/2 jam, kesakitan itu sememangnya satu muhasabah terbaik utk saya. Namun, kesakitan itu telah saya lupakan tetapi muhasabah dr kesakitan itu pasti tidak akan saya lupakan, insyaallah.
  • Sememangnya ilmu-ilmu yang dipelajari dalam Antenatal Class sangat2 membantu untuk menghadapi saat kelahiran dlm labor room. Alhamdulillah..
Detik-detik bersejarah kelahiran khalifah Allah, Ahmad Muizzuddin bin Mohamad Khairul Nizam. - 1 Ogos 2010 / 21 Syaaban 1431H

Dr.Khamsiah offer utk hubby sambut kelahiran Muiz, tp hubby tak berani lagi..So, mcm biasa hubby potong tali pusat adik, sambil sebelah tangan lagi busy amik gambar.

Inilah dia adik Muaz yg sekian lama Muaz tunggu. Tak sabar Muaz nak ajak adik main sama-sama.

Terima kasih kpd hubby tersayang yang setia menemani sepanjang proses kelahiran Muiz, terima kasih kpd Dr.Khamsiah Muda yang telah mnjaga saya & Muiz sejak seawal 6 minggu Muiz dalam kandungan. Kali pertama pregnant & bersalin pun Dr.Khamsiah yg handle. Mmg best dokter ni. Dan terima kasih jg utk midwife & nurse yg bertugas. Semoga Allah merahmati kalian semua, insyaallah..

Ya Allah, izinkan kami menjadi ibubapa terbaik untuk anak-anak kami. Izinkan kami mendapat ilham yang benar serta petunjuk dariMu untuk mentarbiyyah anak-anak kami utk beriman kepadaMU & RasulMu. Kurniakan kekuatan kpd kami untuk membina mahligai rumahtangga yang Kau berkati dengan zuriat yang soleh demi mencapai redhaMu dunia & akhirat... Kurniakan kpd kami, zuriat-zuriat kami, ahli keluarga kami dan seluruh umat Islam suntikan CINTA untuk terus melakukan ibadah hanya kpdMu..Semoga kami mampu melaksanakan amanah membesarkan & mendidik zuriat-zuriat kami utk mentaatiMU.. Amin Ya Rabb..



2 comments:

adda syuhada said...

sy pun bersalin dgn dr.khamsiah..she's very nice person...bleh ilang rasa sakit jap bila dgr suara dia...thanks a lot to her..

Musliza Hasni said...

salam, sy tgh mild contraction..esk ader appointment dgn dr khamsiah..blh tau tak caj utk epidural + kos bersalin yg lain..sy tgh berfikir2 nak amik epidural