Al-Marhum Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Al-Asas Fi al-Tafsir juzuk 2 ketika menafsirkan surah Ali-Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah s.a.w menerusi satu hadisnya pernah bertanya kepada para sahabat dalam satu majlis ilmu : Siapakah agak-agaknya di antara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah?
Para sahabat menjawab : Para Malaikat. Tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya, kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya(nabi-nabi). Tidak juga, kerana para Anbiya dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa), jadi kalu begitu kamilah para sahabatmu wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu.
Sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup tanpa melihat baginda Rasulullah kerana kewafatannya), kerana mereka boleh berpegang dengan al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tiada di sisi mereka.
Dalam satu riwayat hadis yang lain pula, baginda ada menegaskan, bahawa; Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku, (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).
RASULULLAH SAW..
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Moga-moga kita akan mendapat shafaat dari Junjungan Besar Nabi Muhammad saw di akhirat kelak, insyaallah.
No comments:
Post a Comment