Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, October 8, 2009

PROMOSI WASIAT UTK JEMAAH HAJI

Assalamualaikum wrt…
Bersempena dengan Kursus Haji Perdana yang diadakan di seluruh negara yang telahpun bermula pada 3 Oktober 2009, Amanah Raya Berhad berbesar hati ingin memaklumkan bahawa memandangkan permintaan penulisan wasiat adalah tinggi setiap kali tibanya musim menunaikan haji, pihak Amanahraya mengambil peluang untuk menjalankan tanggungjawab sosial dengan menawarkan penulisan wasiat hanya dengan bayaran RM 30 beserta dengan plan takaful bagi pentadbiran harta pusaka selama setahun.

Tawaran ini terbuka hanya kepada Jemaah Haji dan Petugas-Petugas Haji bagi tahun 1430H / 2009.

Wakil-wakil AmanahRaya akan berada lokasi Kursus Haji Perdana di Dewan Wawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan, Daerah Kubang Pasu, Jitra, Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man Losong, Terengganu dan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada 9 & 10 Oktober. Manakala pada 10 & 11 Oktober 2009 di Dewan Millenium Kepala Batas, Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh, Stadium tertutup Nilai, Masjid Sultan Ismail UTM Skudai.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi AmanahRaya Legacy Services di talian 03-20557595 atau di mana-mana cawangan Amanah Raya Berhad yang berhampiran.

Terima kasih..

No comments: