Alhamdulillah.. kembali menulis setelah 11 hari bercuti dari ke'busy'an ofis. Hari pertama masuk ofis mmg pening nak handle mcm2 perkara urgent. Mmg tak sempat nak posting apa2 dlm blog ni. Hari ni baru boleh curi-curi masa after ofis hour utk share kenangan raya tahun ini. Raya tahun lepas, Muaz masih belum pandai berjalan, tapi raya tahun ni, bukan setakat berjalan, memanjat mcm spiderman pun dah pandai. Pengalaman beraya tahun ni mmg best. Dan paling happy bila tgk Muaz bergaya dengan baju melayu lengkap bersampin & songkok.. Raya tahun ni, giliran beraya hari pertama di Sabak Bernam. ( rumah nenek my hubby / moyang Muaz ). Mmg seronok tgk Muaz posing sakan dengan baju Melayu..
Petang raya, after zohor kami bertolak ke Baling, Kedah ( umah tok / Tok Nek Muaz ). Sampai di Baling lebih kurang 8 malam. Stay kat Baling tak lama sangat sebab atok, nenek & aunties Muaz dah nak balik Kajang. So, after Zohor hari raya kedua, kami bertolak sama-sama konvoi dari Baling untuk balik Kajang. Before balik Kajang, kitaorg singgah di Kuala Kangsar. Bermalam di Kuala Kangsar sebelum bertolak balik Kajang pada hari raya ke tiga.
Lunch di R&R Tasik Raban
On the way balik ke Kajang, sempat gak singgah beraya di umah kawan-kawan sekitar Ipoh. Plan nak gi umah Ezie & nak jumpa Shu tapi tak jadi . Tergerak hati nak call Halim, ex-team member dalam PMIUM dulu. Tak sia2 SMS Halim, sebab dia mmg ada di rumah. Itulah kali pertama jumpa Halim selepas grade tahun 2005. Dan yang paling tak sangka, bila Halim sembang panjang dengan my hubby, rupa-rupanya Halim & hubby satu kelas masa di tadika & darjah satu di Parit, Perak. Satu kampong rupa-rupanya. ( Atok my husband sebelah ayah ). Ayah Halim ni pun kenal dengan arwah Atok my hubby. Hmmm.. mcm jejak kasih la pulak..
Singgah di rumah Halim sebelum dia menamatkan zaman bujangnya..:)
Tetamu pertama yang datang ke rumah ialah Tipah & family… Kelam kabut dibuatnya.. faham-faham je lah baru balik dari kampong.. Rumah pun tak kemas lagi..Tp kira oklah laa.. Tipah jalan-jalan kat Tesko dulu sebelum datang.. Sempat la masak apa yang patut..:) Lepas Tipah datang, mmg tetamu datang non stop..Huhuhu… Mmg jadi org dapur je laaa… Next day pun sama sampailah hari Ahad. Mmg mencabar gak laa sebabnya MamaMuaz ni bukan nya terror sangat bab masak-memasak nih. Tp mmg puas hati sebab hubby kata “sedaappp”…hihihihi..:) Mastura & family pun sempat gak singgah umah.. Makan meehoon sup utara lagi.. Baby Hana pun siap posing atas sofa abang Muaz yg cute tu.. Muaz mmg suka sangat kalau ada orang datang bawak baby…:)
Tipah, suhaimi & hubby
Oklah.. cukuplah dulu cerita raya kali ni. Insyaallah nanti sambung lagi.. Raya kan sebulan..Aktiviti beraya pun baru nak mula.. So, kpd sahabat2 semua, kalau nak datang jgn lupa call dulu.. Kalau main terjah jer, makan kuih raya je laaa…. :)
1 comment:
ya Allah Taala.... terkejut diriku melihat ustazhalim. sihattttt walafiatttttttttt.. alahdmulillahh...
Post a Comment