Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, January 29, 2010

Salam buat semua...

Muaz yg semakin bijak..:)
Assalamualaikum wrt...

Salam ukhuwah buat semua sahabat2 pembaca setia blog ni.. Hmm.. Dah sebulan lebih tak update blog nih. Dah bersawang... Bukan tak nak update, macam2 perkara nak cerita. Tapi masa amat tidak mengizinkan..
Alhamdulillah hari ni, lunch hour tak keluar mana2. Actually, ni baru je balik dari LGM Corp ( Lembaga Getah Malaysia). Kene ganti boss bagi talk kat situ. Lepas talk pkl 12 tadi, depe dah provide lunch. Alhamdulillah dah kenyang. Office LGM Corp ni betul2 depan KLCC. Kalau ikutkan hati, mmg nak singgah KLCC je tadi. Tapi memikirkan keadaan sekarang ni yg mmg tak berapa larat nak berjalan & round KLCC yang luas mata memandang tu, so terpaksa la batalkan hasrat.. Next time lah.. Last week pun kene ganti boss bagi talk on Estate Planning kat Petronas Dagang, Tingkat 40, KLCC. Seriuss mmg cantik sangat view dari tingkat 40 tu. Kan bessttt kalau ofis AmanahRaya ni di KLCC. Hmm.. tp gaji banyak mane pun, mesti tak cukup..Dugaan banyak... hehehe..
Masuk hari ni dah 7 hari hubby kat Korea. Hmmm.. memang mencabar bila hubby tak de kat sini. Yang paling tak best, kene start kete & bukak/tutup gate sendiri waktu pagi.. Huhuhu.. Lagi satu, mmg kesian sangat pd Muaz.. Sebab skrg ni, since pregnant dah 3 bulan ni, mmg balik keje terus collapse.. Mmg tak larat dah nak layan Muaz sembang & main.. Selalunya Hubby akan layan Muaz sampai dia tido.. Tp bila hubby takde, Mama la terpaksa mengerah tenaga melayan Muaz.. Tp selalunya Muaz yg akan start boring dulu sebab sambil2 dia baca buku, Mama dah pejam mata.. So, Muaz akan mula tolong Mama bukak mata dengan ganasnyer.. huhuhuhu...Sabar je laa... Kadang2, tu dia terus turun bawah gi kat Opah dier... Mama pun tak sedar bila masa Muaz keluar dari bilik Mama turun tangga sorang2. Insyaallah, hr Ahad Muaz dah boleh jumpe Abi.. Dan seminggu Muaz dengar suara Abi jer.. Ahad ni, biar Abi layan Muaz pulak..
Muaz tolong Abi packing barang..
Muaz bergambar dgn Abi sebelum kene tinggal..
Nasib baik Muaz tak nangis nak ikut.. Driver limo tu pun sporting jer.. Muaz babai Abi dgn happynyer.. Bila tanya Abi pegi mane? Muaz dgn steady akan menjwb " Abi gi Kogheeaa, naik emmmmplane"
Kali ni, merupakan kali ketiga Mama & Muaz kene tinggal. 1st time dulu, masa Muaz dalam perut mama 4 bulan.. Hubby outstation kat Korea jugak hampir 2 bulan.. Masa tu mmg stress laa... Dah le baru kawin..huhuhu.. Sampai Dr. Khamsiah suruh masuk ward.. Mmg takleh lupe la peristiwa nak pengsan dalam STAR LRT tu.. huhuhu.. Kali kedua, tahun lepas hubby kene meeting kat Norwich, London. Kalau ikutkan hati mmg nak ikut jer. Tp masa ni, dalam masa yang sama saya kene attend course seminggu kat ILKAP, Bangi.. So, takde la terasa sangat sebab saya pun takde kat umah.. Tapi, kesian kat Muaz laaa... Seminggu, mama & abi takde..
Jauh dimata, tp dekat dihati.. Hubby yg sentiasa dirindui..
Yang putih kat kaki tu, hubby kata tu salji yang tgh mencair..
Anyway, sekarang ni rasa macam mula memahami erti pengorbanan dalam mencari rezeki. Bak kata seorang kakak kat ofis ni, kita kene faham nature keje husband kita. Jangan sekat atau pun membuatkan husband rasa bersalah pulak untuk outstation disebabkan kita. Biarkan dia menjalankan amanah yang company dia bagi pada dia. Kalau kita boleh faham & redha, insyaallah ada ganjaran & makna yang besar yang Allah sediakan untuk kita.
Oklah, habis bab tu... Cerita ttg Muaz pulak..Muaz sekarang ni dah semakin seronok explore the new things. Everyday, Muaz akan bukak laptop sendiri, pasang CD utk belajar ABC, 123 & alif ba ta.. Alhamdulillah, Muaz dah boleh hafal words utk setiap alphabets.. Seronok tgh dia belajar.. Mama dulu pun, kenal PC & laptop bila dah sekolah.. Tp Muaz, umur 2 tahun dah pandai gune laptop.. Dasyat betul generasi cyber ni..hehehe... Selain dari belajar, Muaz pun dah pandai merajuk & buat Mama & Abi marah... Biasa la tu.. Budak-budak.. Kita yang kene control marah kita sebab usia Muaz yang baru 2 tahun 3 bulan memerlukan kita sentiasa mengingatkan diri kita sendiri bahawa Muaz belum mumaiyiz lagi..
So, kene banyakkan bersabar.. Tp yang paling Mama & Abi takleh terima, Muaz citer kat nenek dia, "Abi marah Muaz..Abi kurung Muaz dalam bilik air sebab Muaz main kipas.." huhuhu.... Bila Mama saya tanya betul ke Nizam kurung Muaz dalam bilik air??? saya gelak jerr.... Pastu terus berpikir, bila masa la pulak Abi kurung Muaz dalam bilik air.. Yang pastinya, mmg Abi pernah marah Muaz sebab Muaz main kipas. Lps tu dalam kes yang berbeza, Muaz main something dalam bilik, pastu Abi warning, kalau nakal nanti Abi kurung dalam toilet.. TAPI, tak penah la kurung dia dalam toilet lagi...Hmm... Pandai betul Muaz buat drama.. lawak sangat.. :)
Oklah.. dah nak abis lunch hour.. stop kat sini dulu. Insyaallah, ade kesempatan blog ni akan diupdate lagi...
SALAM BUAT SEMUA...

No comments: