Monday, June 14, 2010
KISAS ... Penuh kenangan...
KIM... KIK... KISAS...
Kolej Islam Sultan Alam Shah...harum namanya semerbak mewangi
Terbangun di atas penderitaan, kesulitan dan pengorbanan
Besar jasanya pd diri kita, anak didik BUMI WAQAFAN...
*Bumi Waqafan bumi ukhuwah, di sini terpancar hidayah...
*Bumi Waqafan bumi tercinta, di sini tertanam mutiara...
Kota ini zahirnya usang, namun sedari di dasarnya
Tertanam mutiara berkurun lamanya, sukar dibongkar menjejaknya
Payah ditemui sukar digali, yg TABAH pasti memiliki...
*Bumi Waqafan bumi tarbiyah, di sini kasih ku tertumpah...
*Bumi Waqafan bumi taqwa, di sini bermula segala...
FASTAQIM KAMA UMIRTA!!!
Akan tegakkah teguh kah ia
Terlaksanakah BIAH SOLEHAH...yg sering dicita-cita
Generasi tunas harapan, oraklah langkah menuju Ilahi
Jatuh bumi ini bangun bumi ini, adalah kita penentunya
Kesempatan itu masih ada, oleh itu pergunakan ia....
originally from K. Biah FB
Monday, June 7, 2010
Almost 30 weeks...
Your baby's head is getting bigger and his brain is developing billions of neurons (important for later learning) at an amazing rate. His nutritional needs are growing too. To meet his body's demands, you'll need plenty of protein, vitamin C, folic acid and iron. His bones in particular are soaking up lots of calcium right now, so drink your milk (or if you don't like the taste, try calcium-enriched orange juice or soya bean drink and other soy products).
Pasti detik-detik ini akan kurindui selepas kelahirannya nanti, insyaallah..
Ya Allah, lahirkan dia daripada Rahimku ini dengan kelahiran yang mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat sempurna, mempunyai akal yang bijak, alim & anak soleh yang sentiasa beramal kepadaMU. Elokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quran & hadis. Kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan kepadaNya berkatilah hidupnya disepanjang usia yang Kau izinkan…
Amin Ya Rabb...
Friday, May 14, 2010
Anugerah yang tidak ternilai...
Hmm.. Okaylah... kita cerita tentang anak kesayangan Mama & Abi dulu.. Sekarang ni dah ade 2 orang.. Alhamdulillah...:) Abang Muaz berusia dah hampir 2 tahun setengah.. Sorang lagi dah menginjak 6 bulan setengah di alam rahim Mama.. Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang sangat bernilai harganya. Tiada yang mampu menandingi kuasa Allah yang mengurniakan rasa kasih dan sayang seorang Mama kepada anak-anaknya. Walaupun "adik Muaz" ni belum lagi menjengah dunia, tetapi perasaan kasih dan sayang ini telah wujud sejak "dia" diketahui wujud dalam rahim ini.. Alhamdulillah...syukur pada Allah atas anugerah ini.. Semoga kami terus menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur, insyaallah..
Muaz dah semakin bijak..Alhamdulillah... Sangat rajin membaca buku dan rajin hafal surah al-fatihah, doa makan, doa tidur, hafal zikir, hafal surah2 pendek, hafal nama-nama kereta, nama-nama aircraft dan lain-lain.. Buku2 kartun tak main... Mmg tak minat... Muaz sangat suka tgk documentary especially ttg aircraft & helicopter... Hmmm.. Sama la mcm Abi dier.. Koleksi magazine Abi Muaz sejak tahun 2000 hinggalah sekarang ni telah menjadi milik Muaz.. hehehe...Waktu siang, Muaz study ABC & ngaji dengan opah, tp waktu malam after Abi balik surau, Muaz akan ajak Abi "main bace buku"...:) So, Abi dengan istiqomahnya akan teman Muaz study setiap malam sampailah Muaz ngantuk... Tp selalunya Abi yang mengantuk dulu sebelum Muaz..Kesian Muaz..huhuhu..Muaz selalu merajuk sebab Abi pejam mata time Muaz baca buku..Tp itulah pengorbanan seorang ayah.. walaupun penat bekerja.. balik rumah pkl 8 malam, tp rutin harian melayan Muaz mmg tak pernah tinggal.
"Adik Muaz" pun dah semakin aktif, kalau Mama yang teman abang Muaz study, mmg terasa mcm "adik Muaz" pun tgh berenang-renang dengan seronoknya dalam perut Mama..Kalau Mama berehat kat sebelah Abi yg tengah study dengan Muaz tu, mmg tak jadi rehat lah jawabnya.. Mcm "adik Muaz" tengah bersilat kat "dalam ni"..hehehe.. "Adik" suka sangat dengar suara abang Muaz.. Muaz pulak mmg rajin sembang dengan "adik" dia..Hari-hari ajar adik bace alfatihah, selawat & zikir..Alhamdulillah.. bessssttttt sangat...
Hanya doa dipohon kepada Allah Rabbul Jalil, semoga anak-anak kami akan menjadi anak yang soleh & solehah, cemerlang dunia & akhirat dan mampu menjadi asset terbaik utk Islam, Insyallah... Mohon dijauhkan kami dari fitnah..mohon dijauhkan kami dari tipudaya dunia, mohon dijauhkan kami dari azab neraka.. dan semoga kami sentiasa hidup dalam keberkatan NYA dan kehidupan ini sentiasa dipandu dengan hidayahNYA, insyaallah..

Dan..terima kasih Ya Allah.. atas kurniaan seorang suami yang terbaik untukku.. Syukur Alhamdulillah atas anugerah ini.. Sesungguhnya kasih sayang & pengorbanan hubby amat Sayang hargai... Thanks for everything....Wallahi..I love u sooo much.. :)
Monday, April 26, 2010
Wedding Cik Yun
Assalamualaikum wrt... Lama sungguh tak update blog nih.. Sememangnya terlalu banyak yg nk dikongsikan.. tapi, terpaksa akur dengan masa yg sangat mencemburui.. Utk wedding my sister yg lepas, saya bg pihak family mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua yang sudi hadir.. termasuklah sahabat2 UM, En.Rafie & Family (CEO ARLS), ustazah Zimah Kastaman (guru kelas SAAS), Dr.Khamsiah Hj Muda (my beloved gynea from Annur Specialist Hosp) dan semua yg hadir.. Ni ade skit gambar utk tatapan semua.. Gambar2 lain ade dalam FB..Wednesday, March 17, 2010
JEMPUTAN WALIMATUL URUS...
Assalamualaikum wrt..Saya mewakili keluarga berbesar hati menjemput semua sahabat-sahabat untuk sama-sama meraikan majlis perkahwinan adik saya Hairun Nisa Abdul Halim dengan pasangannya Lt Nur Ilyas bin Hj Idris pada 20 Mac 2010 ( Sabtu) di alamat seperti berikut :
No.2, Jalan Impian Jaya 4,
Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor.
Majlis bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.
Semoga pernikahan mereka diberkati Allah, & bahagia selamanya dunia & akhirat..insyallah..
Wassalam..
Friday, March 5, 2010
TAZKIRAH JUMAAT
Assalamualaikum wrt.. Salam Jumaat utk semua.. Smg Tazkirah ini bermanfaat utk kita..
“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Alhamdulillah, Turki tu bumi berkat. Banyak makam sahabat dan orang soleh di sana” kata seorang kenalan. “Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Mesti best, Turki tu cantik. Pemandangannya indah tak terkata” komen seorang kenalan lagi. “Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Bagus tu, Turki ni banyak peluang perniagaan. Boleh pertimbangkan shopping atau bisnes kain lace, barang kulit, tudung sutera dan kristal” aju seorang lagi kawan. “Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Hehe… Turki tu perempuan dia lawa-lawa ustaz. Lembut pula tu, tak macam Arab” usik seorang lagi kawan. Kegatalan.
Subjeknya sama, iaitu Turki.
Tetapi ulasan semua berbeza-beza. Dan pasti sahaja apabila setiap mereka tiba di Istanbul, tempat yang dituju adalah mengikut ulasan-ulasan itu tadi. Seorang ke Eyup menziarahi makam Abu Ayyub al-Ansari. Seorang lagi ke Eminonu mencari feri untuk meneroka Selat Bosphorus. Seorang lagi, akan ke Grand Bazar melihat barangan terkini dan harga semasa untuk dihitung dengan kalkulator di tangannya.
Lelaki yang keempat saya tidak pasti dia akan ke mana. Mungkin ke Taksim atau lorong-lorong gelap di Galata, khabarnya.
SIFIR HIDUP
Itulah yang dikatakan, SIAPA KAMU MENENTUKAN CARA KAMU MELIHAT.
Kesannya pula adalah, CARA KAMU MELIHAT MENENTUKAN APA YANG KAMU DAPAT.
Ada yang pergi Turki dapat dosa, ada yang pergi Turki dapat pahala. Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah Turki, tapi soal siapa kamu yang pergi itu tadi.
KE SUNGAI
Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.
Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.
Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”
Tulis pula di batu, “Ina & Din Were Here!”
Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.
Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.
Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.
Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.
Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.
UNIVERSITI
Sama juga dengan universiti.
Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat. Ada yang datang ke universiti dapat jantan. Dapat betina. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sial, hasilnya dapat celaka Dunia dan dapat celaka Akhirat.
Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti. Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat. Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.
FACEBOOK
Sama juga dengan Facebook. Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala. Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf. Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa. Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar atau kerja entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.
Bukan salah Facebook. Tapi salah manusianya. Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?
Kamu boyfriend?
Kamu girlfriend?
Kamu bos?
Kamu pakar?
Kamu sampah?
Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.
Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba. Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri. Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.
__._,_.___
BENARKAH INI ???
| Pengarah Radio IKIM didesak 'Letak Jawatan' kerana panggil Presiden PAS Muzakarah Seorang teman meyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung. Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi. Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar. Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM. Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lain la kalau beliau mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya. Kini Ahmad Jais dilaporkan menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Selepas 'perletakan jawatan' beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS akan disusun semula dan dimansuhkan perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama agar mereka meletakan jawatan. Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman! Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan sampai bila-bila. |
Saya ialah peminat setia USRAH RASA HATI yang diasaskan oleh IR. AHMAD JAIS, Pengarah Radio IKIM.FM…













