Alhamdulillah, hr ni berkesempatan menghulurkan salam buat semua sahabat-sahabat yang setia membaca blog ini. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi. Tetapi saya terpaksa akur tanggungjawab & amanah lain yang lebih "aula".
Sempena dengan hari wuquf pd hari ini 9 Zulhijjah 1430h, saya berdoa kepada Allah agar kita dapat sama-sama memanfaatkan kelebihan yang Allah telah anugerahkan kepada kita ini dengan harapan pada hari pertemuan denganNya nanti, kita mampu mengadapNya tanpa segan silu dengan bebanan dosa-dosa yang pernah kita lakukan tatkala diberi peluang peluang untuk hidup di muka bumi milik Allah ini. Sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra: Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim). Walaubagaimana pun, Imam Syafie rahimahullah berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.”

“Ya Allah, bukalah bagi kami pintu-pintu rezeki, pintu-pintu rahmat, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu ‘afiat, pintu-pintu kesejahteraan, Ya Karim dengan rahmat Engkau Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani...Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkau yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu, Amin Ya Allah....”
3 Tahun mengukir cinta & menyemai kasih sayang kerana-NYA



Ya Allah, Sesungguhnya pertemuan kami adalah dengan izinMu, kami hanya ingin menjadi suami isteri yang dirahmati & diredhai.. Bimbinglah kami untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki..Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat dan keampunanMu kepada kami. Berkatilah ikatan perkahwinan kami selamanya.. kurniakanlah kpd kami ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup kami ini berkekalan abadi selamanya. Sesungguhnya, hanya dengan taufik dan hidayahMu, kami akan beroleh kebahagiaan dalam kehidupan di dunia ini dan juga di akhirat..amin ya rabb..
No comments:
Post a Comment