Alhamdulillah, Allah beri kesempatan & peluang utk hadir di pertemuan ukhuwwah yang berlangsung di Residence Hotel semalam..Happy sangat bila dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan, senior & junior yang pastinya menggamit kembali memori persahabatan & perjuangan semasa di kampus Varsiti Perdana yang hampir 4 tahun telah ditinggalkan. Atas kesatuan fikrah & ikatan ukhuwwah yg masih bersemi sehingga ke saat ini, alhamdulillah walaupun jarak & masa menjadi pemisah tetapi komitmen untuk menjayakan program ini tidak dapat diketepikan..Syukur padaMU Ya Allah atas ikatan hati ini, semoga perjuangan kami disegenap pelusuk dunia ini sentiasa diberkatiMu, insyaallah..
Sahabat-sahabatku...
Ukhuwwah sejati, lestari selamanya..
Makan Malam Amal anjuran Usrah Kebajikan Professional ini dianjurkan khas untuk mengisi Tabung Pendidikan Anak-Anak Mangsa Tahanan ISA..Semoga dengan pelancaran tabung ini dengan berkat seorang Ulama' yang sangat2 dihormati, TGNA yang sanggup memberi komitmen utk hadir semata-mata untuk menjayakan Tabung Pendidikan ini, objektif & matlamat pelaksanaan projek ini akan tercapai..Tahniah buat semua tenaga penggerak Makan Malam Amal ini, hanya Allah sahaja yang mampu membalas komitmen yg telah anda berikan untuk menjayakan program ini. Dan semoga anak-anak mangsa kekejaman ISA ini akan mendapat bantuan yang sewajarnya, insyaallah.."doa kalian tiada hijab..teruskan berdoa.semoga bapa kalian akan dibebaskan, insyaallah.."
Kepada sahabat-sahabat yang ingin memberi sumbangan kepada Tabung Pendidikan ini, sila hubungi Pengeri UKP, Saudara Radzi Zawawi : al_eezdar84@ yahoo.com.
TGNA pesan, kita hidup di dunia ni kena bayar. Bukan bayar dengan wang ringgit, ttp bayar dengan nilai ubudiyyah hanya kepada Allah yg Esa..Kalau di dunia kita mampu menjadi pemimpin yang hebat & dihormati, make sure di ahirat juga kita di angkat untuk memimpin dan manjadi cth kepada sekalian manusia, insyaallah. "Kita perlu membuat pengorbanan jika pengorbanan itu perlu untuk membahagiakan orang lain..Kita tidak akan rugi kerana Allah pasti akan menggantikan pengorbanan tersebut jauh lebih baik untuk kita".Insyaallah..
No comments:
Post a Comment