Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, December 11, 2008

Tragedi Bukit Mewah & Bukit Antarabangsa

Assalamualaikum wrt...
Terkejut & tersentuh hati melihat bencana alam yang berlaku di Bukit Mewah & Bukit Antarabangsa baru2 ini. Takziah kpd kak Syilla & my boss, En. Syed Farid yang juga terlibat dalam kejadian ini.. Pastinya ada hikmah yang tersembunyi atas segala yg berlaku..




Dipetik dari saifulislam.com

Renungilah hakikat ini, yang hanya mampu difahami andai manusia merenung dengan mata hati:

“… Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” [al-Baqarah 2: 74]


Batu yang keras itu, ada yang mengalir air di celah-celahnya.
Batu yang keras itu, ada yang terbelah dan memancar air keluar daripadanya.
Batu yang keras itu, ada yang pecah berderai dan jatuh bergolek ke bawah.
Semuanya kerana takut dan gerun alam kepada Allah, Penciptanya.
Runtuh kerana gerunkan Allah.

Sama-sama kita renung2kan..Wassalam..


No comments: