Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, April 14, 2009

5 hari di ILKAP

Hari ini dah masuk hari kedua saya berkursus di ILKAP, Bangi dan malam ini juga merupakan malam pertama saya bermalam di sini. Memandangkan jarak ILKAP dengan rumah saya di Saujana Impian tak berapa jauh, malam pertama & kedua (Ahad & Isnin) saya bermalam di rumah utk tolong hubby mengemas barang apa yg patut sebelum fly ke London jam 10.05 pagi tadi. Saya baru sahaja selesai slot keenam dalam jam 10.30pm tadi. Slot malam ni ditamatkan awal. Kalau semalam, jam 11.30pm baru boleh keluar dari bilik kuliah. Huhuhu..kesian Muaz.. kene tinggal lagi...



Insyaallah Kursus Khas Amanah Raya di ILKAP ini akan berakhir pada hr Jumaat jam 4.30 ptg. Hmm..terasa lama sangat la pulak.. Apapun, kursus kat sini mmg best sebab pencemahnya adalah orang yg benar pakar dalam undang-undang dan tempat penginapan sangat memuaskan hati..

Memandangkan kerinduan pd Muaz tidak dapat dielakkan, saya akan keluar dari ILKAP tepat jam 4.30ptg. Walaupun hanya sempat meluangkan masa bersama Muaz sehingga jam 8.00mlm, sebelum saya kembali utk slot di ILKAP jam 8.30mlm, saya tetap menghargai ruang yang terhad itu bagi memastikan Muaz "OK".. Muaz...miss uuu...

Semoga kursus ini akan meningkatkan mutu kerja di Amanah Raya dan mudah-mudahan pelaksanaan kerja-kerja yang melibatkan court procedures ini akan lebih efisyen, insyaallah..

No comments: