Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, April 19, 2009

ILKAP in memory..:)



Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah perjuangan utk berkursus di ILKAP. Terasa lama sangat nak menunggu hari Jumaat. Tetapi ILMU dan PENGALAMAN berkursus di ILKAP telah menjadi memori yang bagi saya amat menarik terutamanya utk dalam usaha untuk meningkatkan tahap efficiency sebagai pengamal undang-undang khusus dalam bidang pentadbiran harta pusaka di Malaysia.
Ofismate yang besst..Posing before court bersidang..

Lawyer pun nak posing gak..hihihi..:)

Penghargaan kepada Puan Rasyihah Ghazali, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah pun berkongsi ilmu dan pengalaman kepada warga kerja Amanah Raya Berhad walaupun sedang sarat mengandung..Tengah tunggu masa je nak bersalin tuu... Alhamdulillah, dengan bantuannya jugalah, barisan peguam AmanahRaya telah menang kedua-dua kes di hadapan bekas Hakim Mahkamah Rayuan YBhg. Dato' Shaik Daud bin Ismail ketika berlangsungnya Mock Trial di Moot Court ILKAP pada hari terakhir kursus, Jumaat 17 April 2009. Plaintif/pempetisyen dalam kes tersebut di wakili oleh peguam yang sangat berpengalaman, En. Mohaji bin Selamat sementara Defendan iaitu Amanah Raya Berhad di wakili oleh 3 orang peguam termasuklah saya..:) Ia menjadi pengalaman yang sangat berharga dan pastinya pengalaman itu akan saya manfaatkan untuk memastikan ia menjadi panduan untuk terus mendaki tangga kejayaan, insyaallah.


Para lawyer tgh discuss before court bersidang..

Lawyer ARB

Pening nak prepare document2 ni...

Court tgh bersidang


All in all, a very satisfying experience at ILKAP last week.


No comments: