Sama-sama kita renung2kan...
Media dan ruang kempen BN terlalu besar ukurannya & liputannya lebih daripada media kempen Pakatan Rakyat.. Hampir semua rumah di Malaysia ini mempunyai televisyen dan hampir setiap waktu kempen "mereka" masuk ke telinga kita.. Hampir setiap masa & ketika pimpinan kerajaan kita menyarankan supaya memilih calon BN untuk menang besar dalam pilihanraya kecil 7.4.2009. Mereka yakin mereka akan menang besar & memberi RESTU kpd PM baru Malaysia dan "MB baru" PERAK..Bukan setakat pimpinan kerajaan turun padang tetapi bekas PM, Tun Mahathir buat pertama kalinya slps meletak jawatan, turut berceramah & berkempen supaya rakyat Bukit Gantang memberi RESTU kepada DS Najib dan Dr.Zamry.
Bagi saya, walaupun BN mempunyai ruang media yang sangat LUAAASSS, tetapi apa yang BN TIDAK ADA ialah KETELUSAN. Media cetak & elektronik kerajaan tidak memberi ruang sewajarnya kepada pihak lawan. Setiap hari calon2 pakatan ditohmah dengan pelbagai tohmahan. Begitu juga dengan SPR yang seolah2 berat sebelah dr aspek layanan terhadap calon. Tgk saja sewaktu pengumuman kemenangan IR NIZAR. Ada riak benci pada wajah Pengerusi SPR PERAK kpd IR NIZAR ketika pengumuman itu. Langsung tidak memberi peluang kpd IR NIZAR utk berucap. Tapi takpe.. biarkanlah mereka dengan rentak mereka. Apa yang pasti, mereka perlu akui dan menerima apa yang ditakdirkan Allah kpd mereka.
TERIMALAH HAKIKAT KEKALAHAN dan TERIMALAH JAWAPAN RAKYAT, BAHAWA RAKYAT TIDAK DAPAT MERESTUI ANDA...
21,860 rakyat "mohon derhaka"..Kembalikan kuasa kepada IR NIZAR..!!!
Kepada seluruh pengundi yang bijak.. Tahniah kpd anda.. Syukur pada Allah atas kemenangan kita di Bukit Gantang & Bukit Selambau. Walaupun tewas di Batang Air, pertambahan undi kepada calon PKR di sana membuktikan bahawa rakyat mahukan perubahan...
No comments:
Post a Comment