Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, July 27, 2009

Muaz : 1 tahun 9 bulan

Alhamdulillah, semalam 26 Julai 2009 genap usia Muaz 1 tahun 9 bulan. Syukur atas kurniaan Allah yang telah memberi nikmat kesihatan dan kesempurnaan pada permata hati kesayangan mama & abi ini.. Semoga Allah terus memelihara Muaz dengan rahmat dan kasih sayang serta memberi keteguhan Iman dalam mengharungi cabaran kehidupan pada masa akan datang. Pada usia Muaz setahun 9 bulan ni, Muaz rasanya mcm dah bersedia utk jadi abang. Hmm..Mcm mana ek?? hihihi...:) Muaz terlalu suka & dan teramat sayang pada baby..Kalau ada baby datang umah, mesti dia tak bagi org tu bawak balik baby tu..huhuhu... Obvious sangat !!! Insyaallah, mudah-mudahan Allah bagi Muaz adik yer..:)


Baru balik umrah nih...Baju tu je la..

Ada gaya Mufti tak ?

Muaz mengemas kotak tisu..huhuhu...habis sekotak..!!

Sebenarnya bukan sekotak, dah berkotak2...

Aktiviti menconteng & meng' kaler..

Gaya Muaz pegang pensil color...

Untuk keselamatan, dalam umah pun nak pakai helmet..huhuhu...


Sempena besday Muaz kali ke 21 ni ( 21 bulan ), Atok terbang dari Miri balik ke Kajang utk sama-sama meraikan cucu kesayangannya. Mcm biasa la, Atok akan bawak Muaz swimming. Kali ni atok bawak Muaz stay kat Royale Bintang Resort & Spa, Seremban. Hmm.. kenapa seremban ek?? Sebabnya nenek Muaz dah seminggu meeting kat situ. So, just amik extra 1 day untuk Muaz...:)

Sibuk cari crab agaknyer..hihihi..

Smileeee...:) ( sorry ye Muaz, Mama terlupe bawak swimmning suit )

Seronoknyer Muaz posing dengan Abi..

Lepas penat swimming, masa utk minum pulak.. Kali ni, nenek punya giliran..Manjaaaaa sangaatttt.. Taknak pegang botol sendiri....huhuhuhu...


Lagi 3 bulan je Muaz akan berusia 2 tahun.. Hmm.. cepat sungguh masa berlalu.. Ala kulli hal, alhamdulillah atas perjalanan hidup yang dinikmati ini. Moga2 Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga dan memandu perjalanan hidup kami dengan hidayahNya, insyaallah.. Amin..


Thursday, July 23, 2009

"Al-wajibaat aksar minal auqaatt"

Terlalu dan teramat banyaknya perkara yang perlu diselesaikan.. Betullah seperti kata As-Syahid Hassan Al-Banna "al-wajibat aksar minal auqaatt".. Walaupun pelbagai perkara yang perlu diuruskan, setiap pagi mesti rasa sangat bersemangat untuk keluar bekerja dengan niat untuk menyumbang sesuatu utk Islam, mengaplikasikan ilmu untuk manfaat orang lain, membantu menyelesaikan kes-kes harta pusaka dengan harapan waris-waris yang berhak dapat menikmati harta yang ditinggal oleh simati dan juga pastinya niat utama ialah untuk mencari rezeki yang halal dan diberikati bagi membantu suami tersayang membina mahligai bahagia yang diredhai Allah.
Syukur pada Allah yang masih memberi nikmat Iman & Islam untuk terus dinikmati. Mudah-mudahan nikmat keimanan ini akan terus teguh dan utuh dalam jiwa dan mudah -mudahan Allah memberi kekuatan kpd diriku untuk menyelesaikan semua perkara dengan penuh AMANAH & TANGGUNGJAWAB, insyaallah..


Hari ni, mmg sangat2 terasa terlalu byk perkara penting...Mana yang perlu diutamakan ek.. huhu..feninnn..

Meja pun dah berserabut...kihkihkih.. Stop sekejap.. relax2 dulu sambil ambik gambar meja yg penuh dgn mcm2 kertas..Cek RM 208,180.60 pun ada..tp bukan atas nama Hairin Herlina laa..huhuhu..
p/s : teringat zaman2 jadi student dulu..Busy memanjang..Time exam pun ada meeting..hihihi..Tapi result gempak gak, alhamdulillah...

Jibah, welcome to the moms club..:)

Nur Aqilah binti Nor Hisyam

Alhamdulillah, semalam jam 4.05 petang sahabat baik saya Najibah Mustaffa telah selamat melahirkan seorang lagi Khalifah Allah yang akan mjlnkan tanggungjawab sebagai Muslimah Mukminah dalam mengharungi dugaan kehidupan di dunia ini.. Tahniah kpd Najibah & Hisyam. Semoga dengan kurniaan permata hati pengikat kasih sayang antara kalian berdua mampu mnjadikan kalian sentiasa bersyukur pd Allah..


Suatu ketika dahulu, kita sama-sama bergelar pelajar, berkongsi pengalaman & mengejar segulung ijazah..Dan kini, kita sama-sama telah bergelar ibu..Hargailah detik-detik indah di labor room...:)



Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu & bapa. Be the best parent in the world. Enjoy the sleepless world..:) May Allah make your baby coolness of your eyes & successfull in this world & and the hereafter.
insyaallah...





Saturday, July 18, 2009

MARWA DIBUNUH HANYA KRN BERTUDUNG !



Seorang wanita ditikam 18 kali di kamar mahkamah di Jerman kerana bertudung!


Marwa el-Sherbani, seorang ibu yang mengandung anak kedua juga ibu kepada seorang anak kecil yang berusia tiga tahun ditikam di hadapan suaminya di dalam sebuah Mahkamah di Jerman.. Lebih malang lagi apabila suaminya berada di situ ketika itu cuba membantu dan menyelamatkan Marwa turut cedera parah dan ditembak oleh polis krn menyangka dia penyebab kepada kejadian kejam itu.

Kisah ini bermula apabila Marwa mengfailkan dakwaan terhadap pembunuhnya, Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung. Alex didapati bersalah oleh mahkamah dan dikehendaki membayar 2,800 Euros sebagai denda atas penganiyaan lelaki tersebut. Malangnya, Rabu lepas, Alex menikam wanita tidak bersalah itu 18 kali di kamar Mahkamah selepas Mahkamah mengisytiharkan mujahidah tersebut menang dalam kes ini. Alex menikam tanpa ada rasa belas kasihan sambil menyatakan "kamu tidak patut hidup" kepada Marwa...

Marwa, seorang warganegara Mesir 32 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke Jerman. Suaminya, yang juga tercedera ketika kejadian dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, di antara hidup atau mati. Seorang blogger, Zeinobia melahirkan kedukacitaannya dalam post bertajuk “What If She Were A Lesbian, dan berkata,
The woman is 32 years Marwa El-Sherbini , she was a pregnant in her second child when she was was stabbed. This is for sure a hate crime but unlike other hate crimes like homophobic crimes or anti-Semitic crimes, it did not make the headlines abroad and I do not know why !! This is a racism crime , a woman is shot down stabbed like that so simple in the court room for God sake and it is not important to be covered in the media as it should !! She was a mother who was a pregnant for God sake !!

Ribuan orang di Mesir yang mengiringi jenazah Marwa Al-Sharbini. Allahyarhamah Marwa bukanlah celebriti pujaan ramai spt Michael Jackson tetapi Marwa Al-Sharbini adalah seorang wanita dan seorang ibu yang kental jiwanya. Marwa juga merupakan lambang jihad seorang muslim. Marwa Al-Sharbini mempertahankan haknya untuk bertudung untuk memelihara harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran Islam. Demi untuk mengamalkan ajaran Islam, beliau sanggup berjuang menuntut hak dibumi Jerman dan akhirnya terbunuh di tangan seorang lelaki Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.

May Allah bless her soul , she is a "SYAHIDAH" of racism and hate.


Monday, July 13, 2009

Gambar-gambar di Miri

Assalamualaikum wrt...

Bersama ini disertakan gambar-gambar kenangan ketika bercuti di Miri bulan lepas untuk tatapan atok Muaz di Miri, saudara mara dan sahabat-sahabat. Sape2 yang nak join percutian di Miri tahun depan, boleh bgtau awal-awal yer..Kita masuk gua pulak...:)

Abi, Mama & Muaz @ Miri, Sarawak

Muaz main kejar2 dengan happynyer depan umah atok di InterHill Park, Miri.

Setelah penat berlari...Zzzzzz... Relax skit mama & abi.. Penat oooooo main kejar2 dgn Muaz nih !

Cik Yun, Nenek, Atok & Cik Anis

Pasangan cinta dunia akhirat..:)

Tak gayat langsung..exited jer berlari atas titi gantung tuh !

Muaz & Abi tak sempat join posing..hehe

@ Taman Awam Miri

Abi Muaz tgh main bowling..

Penyokong setia Mama & Abi..

Tgh practice tolak adik..hihihi..

Kenangan depan Parkcity Everly Hotel, Miri

Swimming..:)

Syoknyerr...

Zzzzzzz...dalam flight...


Thursday, July 9, 2009

Michael Jackson's Will

Isu yang sangat menarik utk diketahui dan dibincangkan oleh pengamal undang-undang pentadbiran pusaka.

1st page
Jakco's Will dated 7th July 2002
MJ's signature


















Jakco's benefisiaries & Executors


MICHAEL JOSEPH JACKSON @ Jacko @ Michael Jackson mempunyai wasiat yang sangat menarik di mana dia telah melantik penjaga untuk anak-anaknya dan juga melantik "executor" untuk melaksanakan wasiatnya dan memastikan kesemua hartanya dipegang secara amanah untuk kepentingan benefisiarinya dengan kewujudan Michael Jackson Family Trust.

Sunday, July 5, 2009

Tahniah untuk Dijah & Ramadhan

Nurfatimah Binti Muhammad Ramadhan Fitri

Alhamdulillah jam 12.03 pagi 4 Julai 2009, lahir seorang puteri di Hospital Pakar Annur Bangi. Tahniah buat sahabat seperjuangan Khadijah Ismail & Ramadhan Fitri. Moga-moga dengan kelahiran permata hati ini akan menjadikan kalian lebih bersyukur dan kekal bahagia dinaungi dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang berpanjangan, insyaallah..


Muaz sedang memerhati seorang lagi girlfren terbarunyer..hihihi...