Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, August 26, 2009

Sebatan : "Utamakan Tarbiah"

Terasa aneh tatkala membaca muka depan akbar Utusan pada hari ini. Tidak pula mereka menjadikan KEMENANGAN PAS di Permatang Pasir sebagai tajuk utama akhbar.  Mungkin malu kerana BN buat kali ke enam tewas dalam pilianraya kecil yang diadakan sejak PRK ke 12 tahun lalu. Berbalik kepada tajuk utama Utusan hari ini “Utamakan Tarbiah”.  Ia adalah sebagai respon oleh PM DS Najib bahawa tidak sewajarnya Kartika dikenakan hukuman sebatan kerana sewajarnya hukuman syariah perlu menitik beratkan unsur-unsur tarbiyah demi mempamerkan keindahan Islam itu sendiri. Saya sendiri tertanya-tanya adalah pemimpin no.1 Malaysia ini tidak sedar dan tidak tahu bahawa  Meminum arak (khamar) adalah satu kesalahan jenayah di bawah hukuman Hudud.  Empat orang Mujtahid pengasas Mazhab terkemuka dalam Islam iaitu Syafie, Maliki, Hanafi & Hambali berpendapat bahawa peminum khamar patut  dikenakan hukuman hudud. Ini adalah undang-undang Islam. Pastinya terdapat hikmah disebalik undang-undang tersebut. Hukum pengharaman ARAK telah jelas disebut di dalam Al-Quran. Mengapa perlu dipersoalkan tentang keadilan ??? Siapa yang berani mengatakan Al-Quran dan hukum Islam tidak adil?????????????????????  Bagi saya, satu penghinaan terhadap Mahkamah Syariah telah berlaku bilamana pemimpin “Negara Islam Hadhari” ini mempersoalkan keputusan Mahkamah Syariah. Kenapa tidak dikenakan tindakan bagi manusia-manusia yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Syariah? Perlembagaan Persekutuan yang “mereka” agung-agungkan itu juga jelas memberi kuasa ekslusif kepada Mahkamah Syariah dalam hal-hal yang melibatkan orang Islam. Jahilkah mereka ??? Bagaimana orang yang boleh jahil undang-undang boleh menjadi pemimpin?

 

Kartika bakal bergelar wanita Islam pertama dihukum sebat di bawah Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.  Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating, Pahang. Bagi Kartika Sari Dewi Shukarno, 33, hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan itu mesti dijalani. Kartika redha dengan hukuman tersebut dan tiada langsung hasrat untuk merayu malah kata Kartika, tidak pernah terlintas di fikiran untuk dia melarikan diri daripada menerima 'hukuman dunia' atas ketelanjurannya dua tahun lalu itu. Hukuman enam sebatan ke atasnya bukan sahaja diterima dengan hati terbuka bahkan mahu ia dilaksanakan segera. Apa yang melucukan, tatkala Kartika dengan redha menerima hukuman ini sebagai hukuman untuk dirinya, ramai pulak manusia-manusia membantah dan memohon agar Kartika merayu.

 

Saya dengan tegas ingin menyatakan bahawa jangan sesekali menuduh undang-undang Syariah zalim. Jangan bercakap tentang undang-undang Syariah kalau anda tidak memahami dan tidak paham tentang undang-undang Islam. Jangan bicara tentang tarbiyyah andai kerajaan sendiri tidak mampu mentarbiyah pemimpin-pemimpin dan sekalian rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk beramal dengan ajaran Islam. Itu adalah tanggungjawab pemimpin… “Setiap pemimpin adalah bertanggungjawab kepada orang-orang yang dipimpin”

 

Renung-renungkanlah..

 

 

Kalau tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

Sekadar ingin berkongsi cerita. Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu yang beragama Islam.


Ceritanya begini, di sebuah negeri yang  melaksanakan dasar
'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat,
"lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan  majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi   ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, U
staz tu pun jelaskan ."perkara   macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi   orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh   dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..  takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk   menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "

Sama-sama kita renung-renungkan.

Rakyat masih belum merestui...

ALHAMDULILLAH, syukur atas KEMENANGAN di Permatang Pasir. Semoga dengan KEMENANGAN DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ini akan terus membakar semangat kita untuk terus berjuang tanpa jemu demi menegakkan kebenaran dan menghancur sifat BONGKAK & SOMBONG yang begitu sebati dengan UMNO & Bee End. TAHNIAH kepada Ustaz Salleh Man dan seluruh jentera pilihanraya serta semua penyokong-penyokong PAS & pakatan rakyat atas kejayaan  mengekalkan  “status quo” di Permatang Pasir. Semoga pengabdian kita kepada Allah akan bertambah dan rasa syukur kita akan terus memuncak.

 

UMNO dan Bee End seperti biasa enggan menerima hakikat kekalahan yang berterusan. Kata mereka, PAS menang dengan majoriti yang menurun. Majoriti yang menurun itulah yang digembar-gemburkan. Tidak pula disebut di dada-dada akhbar undi Bee End juga menurun !!!  Persoalannya, adakah kemenangan dengan majoriti 4,551 undi menggambarkan rakyat mula hilang keyakinan pada PAS & Pakatan Rakyat????  Sama-samalah kita fikir-fikirkan. Selain kalah di Dun Permatang Pasir, Umno BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.  Ini merupakan isyarat tegas dari rakyat bahawa pemerintahan Bee End masih tidak direstui walaupun PM telah bertukar ganti. Ia juga merupakan terjemahan perasaan rakyat bahawa rakyat semakin meluat dengan gelagat dan karenah BN/UMNO yang berterusan menzalimi rakyat. Samada mereka sedar atau berpura-pura tidak sedar, mereka perlu menerima hakikat bahawa BN telah KALAH berterusan dalam setiap kali pilihanraya kecil yang diadakan. Dan ini juga adalah akibat dari kelancangan & keceluparan mulut-mulut pemimpin UMNO yang berterusan menghina kepimpinan ulama’ !!!!

Monday, August 24, 2009

Seperti penagih kehabisan bekalan???

Isu fitnah kepada Tuan Guru, Mursyidul Am PAS menjadi suatu isu sensasi yang sukar utk saya maafkan. Mengapa media-media BN berhempas pulas berusaha utk mencemarkan nama baik Tuan Guru Nik Aziz ? Mengapa mereka sedaya upaya mahu menanamkan rasa benci dan marah kepada Tuan Guru atas kenyataan mengenai syurga & neraka ? Mengapa perlu diserang PAS kiri & kanan ?? Mengapa begitu jahat wartawan-wartawan dan orang-orang media yang sanggup memfitnah seorang pemimpin yang tidak pernah diragui kepimpinannya ??  

JAWAPANNYA ialah, tidak lain dan tidak bukan adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred) kepada PAS sempena pilihanraya kecil di Permatang Pasir. Ternyata BEE END  dan jentera pilihanrayanya gagal membunuh karektor calon PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama. BEE END ternyata takut dengan bayangan kekalahan yang bakal dihadapi di Permatang Pasir. Sudah pasti bayangan kekalahan ini akan menjejaskan kredibiliti PM yang amat disanjungi oleh penyokong-penyokong BEE END. Pilihanraya ini amat penting bagi PM yang pastinya akan mengukur mandat rakyat kepadanya.

Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup' "Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah." "Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan biasa Umno & Barisan Nasional."

SAMA-SAMALAH KITA FIKIR-FIKIRKAN..:)

Thursday, August 20, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN...


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA SAHABAT. SEMOGA IBADAH KITA MENJADI SAHAM TERBAIK BUAT BEKALAN DI ALAM "SANA"..
Ya Allah, andai ini Ramadha terakhir utk kami, jadikanlah Ramadhan ini, adalah yang terbaik utk kami manfaatkan. Berilah peluang kepada kami untuk memperbaiki diri..Terimalah amalan kami dan jadikan kami hamba-hambaMu yang bersyukur dan sentiada berada dalam perlindunganMu. Siramilah hati kami dengan Nur Iman dan naungilah hidup kami dengan rahmat dan hidayahMu..
Terimalah amalan kami Ya Allah..Amin..

Thursday, August 13, 2009

Pergi tak kembali..

Nasyid-nasyid kumpulan Rabbani seringkali menjadi halwa telinga kepada warga Kolej Kediaman Al-Malik Khalid, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri. Dan yang paling tidak dapat saya lupakan ialah Nasyid Intifadhah yang menjadi pengiring senamrobik ketika PMAPIUM NP sesi 2001 mengendalikan Minggu Haluan Siswa kepada pelajar2 junior pada tahun tu. Pada malam program perpisahan di saat-saat meninggalkan lembah ilmu Nilam Puri pada tahun 2002, saya masih ingat pada persembahan pentomin yang menjadikan nasyid "Pergi Tak Kembali" sebagai salah satu kenangan yang masih segar di ingatan. Hakikatnya, nasyid2 kumpulan Nada Murni dan kumpulan Rabbani sememangnya menjadi peneman study siang & malam. Dan hari ini, 13 Ogos 2009 bersamaan 22 Syaaban 1930H, vokalis Kumpulan Rabbani Mohamad Asri Ibrahim telah pergi meninggalkan alam ini dengan mewariskan nasyid2 dakwah, serta alunan zikir yang pastinya memberi kredit besar kpd arwah sebagai bekalan menemui Allah di akhirat nanti.
Al-fatihah untuk Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang telah kembali menemui Ilahi. Semoga usaha dakwahnya diterima Allah dan rohnya tergolong dalam golongan orang2 yang beriman, insyaallah..


PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana


Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi