Nasyid-nasyid kumpulan Rabbani seringkali menjadi halwa telinga kepada warga Kolej Kediaman Al-Malik Khalid, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri. Dan yang paling tidak dapat saya lupakan ialah Nasyid Intifadhah yang menjadi pengiring senamrobik ketika PMAPIUM NP sesi 2001 mengendalikan Minggu Haluan Siswa kepada pelajar2 junior pada tahun tu. Pada malam program perpisahan di saat-saat meninggalkan lembah ilmu Nilam Puri pada tahun 2002, saya masih ingat pada persembahan pentomin yang menjadikan nasyid "Pergi Tak Kembali" sebagai salah satu kenangan yang masih segar di ingatan. Hakikatnya, nasyid2 kumpulan Nada Murni dan kumpulan Rabbani sememangnya menjadi peneman study siang & malam. Dan hari ini, 13 Ogos 2009 bersamaan 22 Syaaban 1930H, vokalis Kumpulan Rabbani Mohamad Asri Ibrahim telah pergi meninggalkan alam ini dengan mewariskan nasyid2 dakwah, serta alunan zikir yang pastinya memberi kredit besar kpd arwah sebagai bekalan menemui Allah di akhirat nanti.
Al-fatihah untuk Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang telah kembali menemui Ilahi. Semoga usaha dakwahnya diterima Allah dan rohnya tergolong dalam golongan orang2 yang beriman, insyaallah..
PERGI TAK KEMBALI
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
1 comment:
Innalillahi wainna ilaihiraji'un.
Post a Comment