Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, August 26, 2009

Sebatan : "Utamakan Tarbiah"

Terasa aneh tatkala membaca muka depan akbar Utusan pada hari ini. Tidak pula mereka menjadikan KEMENANGAN PAS di Permatang Pasir sebagai tajuk utama akhbar.  Mungkin malu kerana BN buat kali ke enam tewas dalam pilianraya kecil yang diadakan sejak PRK ke 12 tahun lalu. Berbalik kepada tajuk utama Utusan hari ini “Utamakan Tarbiah”.  Ia adalah sebagai respon oleh PM DS Najib bahawa tidak sewajarnya Kartika dikenakan hukuman sebatan kerana sewajarnya hukuman syariah perlu menitik beratkan unsur-unsur tarbiyah demi mempamerkan keindahan Islam itu sendiri. Saya sendiri tertanya-tanya adalah pemimpin no.1 Malaysia ini tidak sedar dan tidak tahu bahawa  Meminum arak (khamar) adalah satu kesalahan jenayah di bawah hukuman Hudud.  Empat orang Mujtahid pengasas Mazhab terkemuka dalam Islam iaitu Syafie, Maliki, Hanafi & Hambali berpendapat bahawa peminum khamar patut  dikenakan hukuman hudud. Ini adalah undang-undang Islam. Pastinya terdapat hikmah disebalik undang-undang tersebut. Hukum pengharaman ARAK telah jelas disebut di dalam Al-Quran. Mengapa perlu dipersoalkan tentang keadilan ??? Siapa yang berani mengatakan Al-Quran dan hukum Islam tidak adil?????????????????????  Bagi saya, satu penghinaan terhadap Mahkamah Syariah telah berlaku bilamana pemimpin “Negara Islam Hadhari” ini mempersoalkan keputusan Mahkamah Syariah. Kenapa tidak dikenakan tindakan bagi manusia-manusia yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Syariah? Perlembagaan Persekutuan yang “mereka” agung-agungkan itu juga jelas memberi kuasa ekslusif kepada Mahkamah Syariah dalam hal-hal yang melibatkan orang Islam. Jahilkah mereka ??? Bagaimana orang yang boleh jahil undang-undang boleh menjadi pemimpin?

 

Kartika bakal bergelar wanita Islam pertama dihukum sebat di bawah Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.  Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating, Pahang. Bagi Kartika Sari Dewi Shukarno, 33, hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan itu mesti dijalani. Kartika redha dengan hukuman tersebut dan tiada langsung hasrat untuk merayu malah kata Kartika, tidak pernah terlintas di fikiran untuk dia melarikan diri daripada menerima 'hukuman dunia' atas ketelanjurannya dua tahun lalu itu. Hukuman enam sebatan ke atasnya bukan sahaja diterima dengan hati terbuka bahkan mahu ia dilaksanakan segera. Apa yang melucukan, tatkala Kartika dengan redha menerima hukuman ini sebagai hukuman untuk dirinya, ramai pulak manusia-manusia membantah dan memohon agar Kartika merayu.

 

Saya dengan tegas ingin menyatakan bahawa jangan sesekali menuduh undang-undang Syariah zalim. Jangan bercakap tentang undang-undang Syariah kalau anda tidak memahami dan tidak paham tentang undang-undang Islam. Jangan bicara tentang tarbiyyah andai kerajaan sendiri tidak mampu mentarbiyah pemimpin-pemimpin dan sekalian rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk beramal dengan ajaran Islam. Itu adalah tanggungjawab pemimpin… “Setiap pemimpin adalah bertanggungjawab kepada orang-orang yang dipimpin”

 

Renung-renungkanlah..

 

 

No comments: