Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Wednesday, January 14, 2009

Hukum Faraid vs Akta Pembahagian 1958


THE FARAID LAWS AS ITS LAW OF SUCCESSION FOR MUSLIM

Faraid Law is an Islamic law which ascertain the fixed portion of a right over inheritable estate for the various legal heirs according to the quantum of entitlement based on the Quranic injunction and prophetic tradition. Distribution of the wealth after the demise of its owner is frequently disputable. It sometimes splits the relationship between the relatives. Thus Allah swt as the creator of human being has revealed the guidance especially for Muslim to distribute the deceased's wealth.

Rasulullah saw pernah bersabda :
Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana sesungguhnya Aku ini manusia yang akan dicabut nyawaku dan ilmu juga akan diangkat oleh Allah dan akan timbul pula banyak fitnah sehingga orang berselisih tentang faraid dan tiada orang yang akan menyelesaikannya.
(Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Abdullah bin Mas’ud)


Sumber-sumber hukum faraid :

Ø Surah An-Nisa’ , ayat 7
Ø Surah An-Nisa’ , ayat 11 – 12
Ø Surah An-Nisa’ , ayat 13 – 14
Ø Surah An-Nisa’ , ayat 176

BAHAGIAN YANG LAYAK DITERIMA OLEH WARIS MENGIKUT HUKUM FARAID:



Hukum faraid bukan ditentukan oleh manusia, tetapi ia telah dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran. Pastinya terdapat hikmah terbaik atas segala ketetapan Allah pd setiap hamba-hambanya. Usahlah dipertikaikan mengapa lelaki mendapat lebih daripada wanita. Tetapi lihatlah kepada tanggungjawab yang disandarkan pada bahu seorang lelaki. Tidak ada sebab untuk kita mengatakan hukum faraid mendiskriminasi golongan wanita. Malah, hukum Allah lebih menitik beratkan tanggungjawab lelaki untuk menjaga maruah dan menanggung nafkah bagi golongan wanita. Ia adalah suatu kenyataan yang tidak dapat disangkal kebenarannya.


BAHAGIAN YANG LAYAK DITERIMA OLEH WARIS-WARIS NON MUSLIM YANG MATI TANPA MENINGGALKAN WASIAT MENGIKUT DISTRIBUTION ACT 1958 (as amended by the Distribution (Amendment) Act 1997)


Note : This Act only applies to West Malaysia and Sarawak. It does not apply to Muslims. In the case when and intestate dies without leaving a surviving spouse, child or parent, the following person(s) are entitled to the estate in accordance to priority :

1. brothers and sisters

2. grandparents

3. uncles and aunts

4. great grandparents

5. great uncles and aunts

6. Government

Thursday, January 8, 2009

WASIAT


Dokumen wasiat mempunyai sentimental value yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Suatu ketika dahulu, golongan non-muslim lebih berkesedaran utk memiliki dokumen wasiat atas faktor-faktor tertentu. Tetapi pada hari ini, jumlah pendaftaran wasiat Islam ternyata telah mendahului wasiat bagi golongan non muslim. Dari tahun 1948 - Disember 2008 wasiat yang didaftarkan oleh Unit Pendaftaran Wasiat, Amanah Raya Legacy Services ialah 142,582 (MUSLIM) dan 19,920 (NON-MUSLIM). Suatu pencapaian yang sangat memberangsangkan.

Definisi Wasiat Islam adalah berbeza dengan Wasiat bagi golongan non muslim. Kita tertakluk kepada undang-undang Islam dan Enakmen Wasiat yang telah pun diwartakan di beberapa negeri di Malaysia. Berikut ialah definisi wasiat Islam :

..suatu perisytiharan yang dibuat oleh Pewasiat yang bermaksud atau berniat untuk memberi hartanya sebanyak tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada jumlah semua hartanya kepada seseorang yang bukan warisnya selepas kematiannya.

Wasiat Islam boleh dibuat melebihi 1/3 dan boleh juga diberikan kepada ahli waris sekiranya semua waris-waris yang berhak menerima harta pusaka tersebut BERSETUJU dengan hasrat simati tersebut. Persetujuan tersebut hanya terpakai selepas kematian pewasiat.

Ramai yang berpendapat dokumen wasiat hanya perlu dimiliki oleh orang kaya dan memiliki harta yang melimpah ruah. Ada juga yang berpendapat dokumen wasiat ini hanya releven bagi golongan tua dan telah berusia lanjut kerana mungkin bagi mereka ajal hanya akan menjemput tatkala usia melewati 50-an. Tanggapan-tanggapan tersebut sama sekali tidak munasabah kerana tiada siapa yang tahu bilakah ajal akan datang menjemput kita. Bagi golongan kaya, mungkin ada harta yang ingin diberikan kepada badan-badan kebajikan atau ada hasrat tertentu untuk diberikan dan dihibahkan kepada anak-anak dan isteri tersayang. Atau mungkin mereka mempunyai anak angkat yang telah dijaga sejak kecil. Maka tanggungjawab untuk memiliki wasiat tidak perlu dipersoalkan lagi.

Golongan pertengahan juga mempunyai tanggungjawab untuk memiliki dokumen wasiat bagi memastikan akaun-akaun bank yang dibekukan setelah kematiannya dapat dinikmati oleh waris-waris yang berhak dengan segera. Tanpa wang tersebut, bagaimana isteri dan anak-anak yang hilang tempat bergantung dapat meneruskan kehidupan? Adakah sanggup anda melihat isteri dan anak-anak turun naik mahkamah, pejabat tanah dan ke hulu dan ke hilir meminta bantuan untuk menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan?
Fikir-fikirkan.... dan renung-renungkanlah....

Pentadbiran harta pusaka bagi yang bukan beragama Islam adalah BERBEZA dengan yang beragama Islam. Sekiranya seseorang non-muslim mati dan mempunyai dokumen Wasiat yang valid disisi undang-undang maka, hartanya akan dibahagikan kepada benefisiari wasiat tersebut tidak kira samada benefisiari tersebut waris kepada simati atau tidak. Ada juga kes dimana simati berhasrat untuk menyerahkan keseluruhan hartanya kepada anjing kesayangannya. Mungkin pelik bagi kita, tetapi itu adalah realiti. Wasiat itu tetap sah bagi yang bukan beragama Islam dan mesti dilaksanakan oleh Executor harta pusaka simati.

Definisi Wasiat mengikut Akta Wasiat 1959, Seksyen 2 (1):

“Will / Wasiat” means a declaration intended to have legal effect of the intentions of a testator with respect to his property or other matters which he desires to be carried into effect after his death and includes a testament, a codicil and an appointment by will or by writing in the nature of a will in exercise of a power and also a disposition by will or testament of the guardianship, custody and tuition of any child.

This Act shall not apply to the wills of person professing the religion of Islam whose testamentary powers shall remain unaffected by anything in this Act contained.

Bagi Muslim yang meninggal dunia tanpa mempunyai dokumen wasiat, maka harta pusakanya akan dibahagikan melalui 2 opsyen. Samaada melalui pakatan dan persetujuan semua ahli waris ataupun mengikut hukum faraid. Sekiranya berlaku sebarang pertelingkahan dan pergaduhan antara satu sama lain, maka pembahagian harta pusaka tersebut juga akan dibuat mengikut hukum faraid.

Bagi yang bukan beragama Islam dan mati tanpa meninggalkan wasiat, maka hartanya akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagikan 1958. Akta ini juga hanya terpakai kepada non-Muslim.

Wednesday, December 3, 2008

Wasiat Sebagai Alternatif Perancangan Harta

Disediakan oleh :
Hairin Herlina Abdul Halim - B.Shariah Law (Hons) (UM)
Eksekutif Kanan/Peguam Syarie
Unit Pentadbiran Pusaka Berwasiat
Amanah Raya Berhad

Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Visi IKIM Mei 2006.

Dokumen wasiat semakin diterima oleh masyarakat Islam di negara kita sebagai salah satu alternatif perancangan harta yang mampu menzahirkan hasrat Pewasiat tentang agihan hartanya yang akan dilaksanakan selepas kematiannya. Dokumen wasiat merupakan dokumen penyelesai pusaka berbentuk pengamanahan kepada Wasi atau Pemegang Amanah untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan harta untuk tujuan kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan dan tidak bercanggah dengan hukum Islam.


Perkataan wasiat berasal daripada perkataan "wassa" yang bermaksud menjanjikan, memerintahkan atau memberi hak milik selepas kematian[1]. Dari segi istilah pula, fuqaha' telah mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain samada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat setelah kematian pewasiat[2].

Mengikut Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 wasiat bermaksud : iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

Saad bin Abi Waqqas telah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. :
“Diriwayatkan dari Saad bin Abi Waqqas bahawa dia pernah berkata dalam sakitnya, `Ya Rasulullah sesungguhnya hartaku banyak dan tidak ada yang diwarisi harta ini selain dari anakku yang perempuan, bolehkah aku wasiatkan hartaku itu semuanya? Rasulullah menjawab, `tidak’. Dia bertanya lagi, kalau 2/3 bagaimana? Baginda menjawab, `tidak’. Aku bertanya lagi, bagaimana kalau 1/2 ? Baginda menjawab `tidak’. Aku bertanya lagi, bagaimana kalau 1/3. Baginda menjawab, ` ya boleh, 1/3 itu pun banyak. Sesungguhnya meninggalkan waris dalam keadaan kaya lebih baik dari meninggalkannya dalam kemiskinan meminta-minta kepada manusia.”

Islam telah meletakkan had dalam proses penyediaan wasiat. Dalam konteks ini, hanya satu pertiga (1/3) daripada harta Pewasiat boleh diwasiatkan untuk tujuan kebajikan dan kepada ahli-ahli waris yang terhalang daripada mewarisi harta pusaka melalui faraid. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah s.w.t. telah memberikan setiap waris bahagian daripada harta pusaka maka tiada wasiat bagi mereka,”. Walaubagaimana pun, wasiat kepada ahli waris boleh dilaksanakan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang berhak selepas kematian pewasiat.

Merancang harta melalui penulisan wasiat dengan mewasiatkan sebahagian harta pusaka sangat digalakkan. Imam Ibnu Hazm berpendapat bahawa adalah menjadi tanggungjawab seseorang itu mewasiatkan sebahagian harta pusaka apabila warisnya tidak dapat mewarisi hartanya samada kerana perbezaan agama atau kerana terhalang oleh waris yang lebih dekat atau kerana mereka memang tidak berhak mewarisinya. Dokumen wasiat dilihat sebagai suatu ibadah dan juga tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan kerana ia secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan sosio ekonomi umat Islam iaitu sedekah jariah. Amalan ini merupakan amalan yang kekal ganjaran pahala sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara ; sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya”.

Antara kepentingan melakukan perancangan harta melalui wasiat ialah :
- Perlantikan Wasi / Pentadbir bagi harta pusaka untuk menjalankan pentadbiran pusaka selepas kematian pewasiat.
- Memastikan liabiliti diri (hutang) diselesaikan dengan sewajarnya oleh Wasi/Pentadbir harta.
- Mengagihkan kekayaan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga tersayang (waris yang terhalang menerima faraid).
- Mempercepatkan proses agihan harta pusaka melalui perlantikan Wasi.
- Memastikan harta pusaka dapat diurus tadbir dengan efektif dan profesional.
- Perlantikan Penjaga bagi kanak-kanak di bawah umur bagi memastikan kebajikan mereka terbela walaupun setelah kematian Pewasiat.
- Pengisytiharan harta sepencarian dalam wasiat akan memudahkan tuntutan isteri sebelum pembahagian harta pusaka dibuat kepada waris-waris lain.

Penyediaan dokumen wasiat tidak akan lengkap tanpa perlantikan Wasi / Pentadbir Harta. Wasi / Pentadbir harta ialah pihak yang dinamakan di dalam dokumen wasiat yang dilantik untuk melaksanakan dan menyempurnakan wasiat selepas kematian pewasiat. Tugas Wasi adalah seperti berikut :
i. Menentukan dan memastikan semua aset dan liabiliti si mati.
ii. Mengenalpasti dan melunaskan semua hutang si mati.
iii. Memastikan segala cukai, zakat, badal haji dan lain-lain perkara yang dinyatakan dalam
wasiat dilaksanakankan.
iv. Mengeluarkan wang dan menutup semua akaun simati di bank-bank yang berkaitan.
v. Menjual saham-saham dan asset-aset simati yang lain( sekiranya perlu ).
vi. Membahagikan harta si mati kepada benefisiari mengikut arahan yang telah diberikan
oleh si mati di dalam dokumen wasiat.
vii. Membahagikan harta mengikut hukum faraid kepada waris-waris yang berhak.

Peranan dan tanggungjawab Wasi/Pentadbir harta pusaka bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi ia sebenarnya memerlukan seseorang yang berkredebiliti dan arif dalam hal ehwal undang-undang, ilmu Syariah dan mampu memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Proses pentadbiran harta pusaka juga merupakan suatu proses yang rumit dan memerlukan masa yang panjang. Kadang-kala Wasi/Pentadbir terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah ahli waris yang tidak memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh pentadbiran harta dijalankan. Oleh sebab itu, perlantikan Wasi/Pentadbir harta pusaka perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan tanggungjawab yang diamanahkan mampu dijalankan dengan baik.

Anjuran berwasiat oleh Rasulullah s.a.w. tidak seharusnya dipandang sepi oleh masyarakat Islam. Sikap suka meremehkan soal pengurusan dan perancangan harta pusaka perlu dihindari bagi mengelakkan kesulitan yang terpaksa dilalui oleh waris yang akan ditinggalkan. Oleh yang demikian, adalah disarankan supaya mendapatkan khidmat nasihat daripada Amanah Raya Berhad dalam penulisan dokumen wasiat yang sempurna. Amanah Raya menyediakan perkhidmatan penyediaan wasiat, penyimpanan wasiat dan mempunyai bidangkuasa untuk melaksanakan wasiat setelah kematian pewasiat. Amanah Raya menjalankan tanggungjawab membantu masyarakat dalam perancangan dan pengurusan harta pusaka bagi memastikan kepentingan waris-waris sentiasa terpelihara dan dilindungi. Dengan pengalaman selama lebih 86 tahun dalam menawarkan perkhidmatan peramanahan, pengurusan perwarisan dan harta pusaka, Amanah Raya sedia membantu menyuraikan kesulitan anda.

[1] Al-Munjid, Beirut 1992 hlm 904
[2] As-Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, j.3, Dar-al-fikr, Beirut,1973, hlm 414