Dokumen wasiat mempunyai sentimental value yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Suatu ketika dahulu, golongan non-muslim lebih berkesedaran utk memiliki dokumen wasiat atas faktor-faktor tertentu. Tetapi pada hari ini, jumlah pendaftaran wasiat Islam ternyata telah mendahului wasiat bagi golongan non muslim. Dari tahun 1948 - Disember 2008 wasiat yang didaftarkan oleh Unit Pendaftaran Wasiat, Amanah Raya Legacy Services ialah 142,582 (MUSLIM) dan 19,920 (NON-MUSLIM). Suatu pencapaian yang sangat memberangsangkan.
Definisi Wasiat Islam adalah berbeza dengan Wasiat bagi golongan non muslim. Kita tertakluk kepada undang-undang Islam dan Enakmen Wasiat yang telah pun diwartakan di beberapa negeri di Malaysia. Berikut ialah definisi wasiat Islam :
..suatu perisytiharan yang dibuat oleh Pewasiat yang bermaksud atau berniat untuk memberi hartanya sebanyak tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada jumlah semua hartanya kepada seseorang yang bukan warisnya selepas kematiannya.
Wasiat Islam boleh dibuat melebihi 1/3 dan boleh juga diberikan kepada ahli waris sekiranya semua waris-waris yang berhak menerima harta pusaka tersebut BERSETUJU dengan hasrat simati tersebut. Persetujuan tersebut hanya terpakai selepas kematian pewasiat.
Ramai yang berpendapat dokumen wasiat hanya perlu dimiliki oleh orang kaya dan memiliki harta yang melimpah ruah. Ada juga yang berpendapat dokumen wasiat ini hanya releven bagi golongan tua dan telah berusia lanjut kerana mungkin bagi mereka ajal hanya akan menjemput tatkala usia melewati 50-an. Tanggapan-tanggapan tersebut sama sekali tidak munasabah kerana tiada siapa yang tahu bilakah ajal akan datang menjemput kita. Bagi golongan kaya, mungkin ada harta yang ingin diberikan kepada badan-badan kebajikan atau ada hasrat tertentu untuk diberikan dan dihibahkan kepada anak-anak dan isteri tersayang. Atau mungkin mereka mempunyai anak angkat yang telah dijaga sejak kecil. Maka tanggungjawab untuk memiliki wasiat tidak perlu dipersoalkan lagi.
Golongan pertengahan juga mempunyai tanggungjawab untuk memiliki dokumen wasiat bagi memastikan akaun-akaun bank yang dibekukan setelah kematiannya dapat dinikmati oleh waris-waris yang berhak dengan segera. Tanpa wang tersebut, bagaimana isteri dan anak-anak yang hilang tempat bergantung dapat meneruskan kehidupan? Adakah sanggup anda melihat isteri dan anak-anak turun naik mahkamah, pejabat tanah dan ke hulu dan ke hilir meminta bantuan untuk menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan? Fikir-fikirkan.... dan renung-renungkanlah....

Pentadbiran harta pusaka bagi yang bukan beragama Islam adalah BERBEZA dengan yang beragama Islam. Sekiranya seseorang non-muslim mati dan mempunyai dokumen Wasiat yang valid disisi undang-undang maka, hartanya akan dibahagikan kepada benefisiari wasiat tersebut tidak kira samada benefisiari tersebut waris kepada simati atau tidak. Ada juga kes dimana simati berhasrat untuk menyerahkan keseluruhan hartanya kepada anjing kesayangannya. Mungkin pelik bagi kita, tetapi itu adalah realiti. Wasiat itu tetap sah bagi yang bukan beragama Islam dan mesti dilaksanakan oleh Executor harta pusaka simati.
Definisi Wasiat mengikut Akta Wasiat 1959, Seksyen 2 (1):
“Will / Wasiat” means a declaration intended to have legal effect of the intentions of a testator with respect to his property or other matters which he desires to be carried into effect after his death and includes a testament, a codicil and an appointment by will or by writing in the nature of a will in exercise of a power and also a disposition by will or testament of the guardianship, custody and tuition of any child.
This Act shall not apply to the wills of person professing the religion of Islam whose testamentary powers shall remain unaffected by anything in this Act contained.
Bagi Muslim yang meninggal dunia tanpa mempunyai dokumen wasiat, maka harta pusakanya akan dibahagikan melalui 2 opsyen. Samaada melalui pakatan dan persetujuan semua ahli waris ataupun mengikut hukum faraid. Sekiranya berlaku sebarang pertelingkahan dan pergaduhan antara satu sama lain, maka pembahagian harta pusaka tersebut juga akan dibuat mengikut hukum faraid.
Bagi yang bukan beragama Islam dan mati tanpa meninggalkan wasiat, maka hartanya akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagikan 1958. Akta ini juga hanya terpakai kepada non-Muslim.
No comments:
Post a Comment