Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, January 11, 2009

Redha dengan taqdir Allah..


10 Januari 2009, bertambah satu lg tarikh bersejarah yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila. Apapun yang berlaku, semuanya adalah taqdir dan kehendak Allah yang Esa. Betul kata orang malang, memang tak berbau. Tak terbayang di ruang mata dan tak pernah terlintas di ruang fikiran, bagaimana satu ruas jari boleh terputus.. Bukan sebab accident di jalan raya, tp cedera ketika membasuh motor di rumah. Allahuakbar..Ngeri bila dikenang-kenang pd peristiwa pagi semalam. Hampir-hampir pengsan jugak laa.. Anyway, alhamdulillah semuanya dah selamat. Hubby tersayang dah selesai operation malam tadi. Thanks to Dr.Rauf, Pakar Orthopedics & Pakar Anesthetics Kajang Plaza Medical Centre atas penbedahan yang memakan masa lebih kurang sejam.

Hubby tersayang dengan jari yang berbalut..


Hubby nampak relax dan sentiasa tersenyum. Katanya ini adalah cebisan dari penderitaan di Gaza. Mungkin 1% saje sebab hospital di sini ada doktor pakar dan ada bilik yang selesa. Jauh sungguh perbezaan kalau nak compare dengan saudara-saudara seIslam di Palestin. Semoga hubby redha dan tabah dengan dugaan ini dan semoga kita mampu mencapai misi sempena Maal Hijrah tahun ini agar "Iman kita makin kukuh dan taqwa makin utuh".

Terima kasih untuk doa sahabat2 dan thanks pada semua yang sempat ziarah di KPMC, dan tak lupe juga pada Huda yang lama jgk spent masa kat KPMC dan busy menguruskan takaful for my hubby. Thank you so much..


4 comments:

Anonymous said...

semoga suami mama muaz cepat sembuh, syafakallah, Mr. Rauf tu juga bekas bos saya masa kat department orthopaedic Hospital Tuanku Jaafar. A very excellent doctor, the best head of department di HTJ EVER..inshaAllah khair semua..

Hairin Herlina Abdul Halim said...

thanks izzah...

Zurina said...

semoga cpat sembuh untuk abi muaz..semua yang terjadi pasti ada hikmahnya...

Hairin Herlina Abdul Halim said...

terima kasih zue.. Pastinya ada hikmah atas setiap ketentuan Allah..