Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, January 17, 2009

kepala babi dlm surau AI !!!!!!!!


16 Januari 2009, 12.30 tgh hari... SMS yg diterima "ada org letak kepala babi dalam surau AI pagi tadi"...Terkejut dengan SMS tu, tanpa buang masa, mouse digerakkan utk masuk http://www.malaysiakini.com/ dan ini news yg ada :



Kepala babi diletak di surau UM
Abdul Rahim Sabri Jan 16, 09 10:28am

Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh. Sebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.

Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percaya perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ.Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa.

Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini. Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang
digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau. - www.malaysiakini.com


Berita ini sangat mengejutkan dan sukar utk saya percaya. Tp itulah realiti yang berlaku. "Mereka" semakin berani utk memijak kesucian Islam. "Mereka" juga sudah semakin berani menghina martabat Islam. Ia merupakan satu PENGHINAAN bukan sahaja kepada saya sebagai bekas mahasiswi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, malah ia adalah PENGHINAAN kepada seluruh umat ISLAM yg masih ada IMAN dalam jiwa... Tergamak "mereka" menghina agama ISLAM dengan cara itu semata-mata kerana politik ??????? Kalau lah ada di antara "mereka" itu seseorang yg beragama ISLAM, bersekongkol dengan penghinaan dan "permainan" ini semata-mata utk bergurau, saya doakan smg Allah memberi pengajaran setimpal kepada dia.

Ya ALLAH, tegakkanlah Islam dalam hati kami agar dapat kami tegakkan Islam di atas muka bumi ini... Ya ALLAH, pandulah kami ke jalan yang benar..jangan KAU biarkan kami hanyut dengan perjuangan yang hanya berlandaskan semangat dan nafsu semata-mata!!! Ya Allah, semoga generasi inilah yang bakal mengembalikan Izzah Islam yang telah tercalar. Semoga dari generasi inilah bakal lahir Salahuddin al-Ayyubi kedua yang akan menakluki kembali dua per tiga dunia. Ya Allah, jadikanlah dunia ini tempat buat kami mengejar cita-cita akhirat. Jangan kau biarkan kami mencintai dunia sehingga takut akan kematian. Jadikanlah kami tentera-tenteraMu, yang berjuang untuk mempertahankan AgamaMu. Amin Ya Rabb...

2 comments:

~aRniNaDrah~ said...

Memang melampau kafir laknatullah nih!!

Shu said...

kak... censored la gambo tu, aih.. geli.. hehe.