Israel terus membedil semenanjung Gaza, memusnahkan secara total 6 buah masjid setakat ini, merobohkan Kementerian Kebudayaan Palestine di bawah kerajaan HAMAS yang menurut Israel memberikan maklumat kepada rakyat Palestine dan memburukkan Israel !!! Serangan yang kononnya hanya untuk mensasar pusat tentera kerajaan HAMAS, ternyata hanya suatu pembohongan besar. Yang jelas mereka melancarkan operasi mengebom tanpa had sehingga meranapkan universiti, masjid dan bangunan kediaman serta pejabat-pejabat resmi kerajaan. Lebih mengejutkan lagi setor ubatan dan bengkel kenderaan juga dibom. Dalam suatu serangan, sekumpulan 7 orang pelajar Universiti yang sedang menunggu bas untuk pulang terbunuh bila mereka dibom oleh jet tentera udara Israel. Puluhan kadet polis yang sedang menghadiri acara penyerahan sijil tamat latihan juga terbunuh dalam serangan di tempat yang lain.
Batu Vs Kereta Kebal
Ayat-ayat Cinta Anak-anak Israel laknatullah kpd "kawan2" di Palestin.
Kurang ajarrrr !!!!
HAMAS sebagai sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Gaza menjadi sasaran Israel yang didalangi oleh Amerika. Matlamat mereka semakin jelas, jatuhkan kerajaan HAMAS dan takluk Gaza. Dosa rakyat Palestin Gaza hanya satu. Iaitu memenangkan HAMAS dalam pilihanraya yang dianggap paling demokratik di kawasan dunia Arab. Bermula pembunuhan pengasas HAMAS Syeikh Ahmad Yassin, kemudian Dr Abdul Aziz Rantisi, kini pemimpin-pemimpin HAMAS yang lain dijadikan sasaran. Versi kedamaian yang dikehendaki oleh Israel hanya satu iaitu Palaestin hanya berhak untuk berdiam diri sementara Israel berhak menyerang mereka habis-habisan.
Mungkinkah kita sanggup hanya mengeleng kepala menyaksikan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin padahal kita mengaku beriman kepada ayat Allah bahawa setiap orang mu'min dengan mu'min yang lain adalah bersaudara? Dengan keadaan serangan yang dijangka akan berterusan dan pemimpin-pemimpin Islam di seluruh dunia nampak sangat lemah dan lesu, maka umat Islamlah yang perlu bangkit bersatu untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza dan di seluruh Palestin.
New Year in Gaza: "Our fireworks are the Israeli missiles". On New Year's Eve in Gaza, 1.5 million Palestinians are confined to their homes under candlelight and with scarce food supplies, but worst of all with the constant fear of the bombs which have already killed almost 400 people, and injured 2,000. "Our music for the New Year is the sound of Israeli warplanes, our lights for the New Year is the fire made by Israeli missiles," said Raed Samir, 32, from the central Gaza Strip. Peace, only peace is everyone's wish for 2009. They have no other dreams or wishes but to live in the peace that they have yearned for since Israel occupied their lands in 1967.
Sama-sama kita amalkan Qunut Nazilah ini. Mudah2han doa ini diterima Allah.Insyaallah.
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
No comments:
Post a Comment