Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, September 20, 2009

SALAM EID AL-MUBARAK


ASSALAMUALAIKUM WRT....
Sahabat-sahabat yang dikasihi krn Allah,
Selamat meraikan hari kemenangan umat Islam..Minal A'idin wal Faizin..
Semoga amalan kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah dan kita memperolehi rahmat, maghfirah dan dijauhkan dari azab neraka..

Andai dalam bicara, ada terkasar bahasa,
dalam bergurau terlanjur kata,
dalam janji yang belum terlaksana
Maka, kemaafan jua yang kami pinta..

Semoga kita mampu istiqomah dengan setiap amalan kebaikan yang dilakukan di sepanjang Ramadhan..insyaallah..

Salam eid buat semua.. Wassalam..


Monday, September 14, 2009

Apa nak jadi daaaaa ????

Anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina. "Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu. San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia.

 

Pelik bin ajaib  !!! Mcm mana seseorang yang beragama Islam boleh terjebak dengan syarikat pengeluar arak yang terbesar di Filipina?? Bukannya calang-calang orang nih !!! Adakah dia tidak pernah terbaca dalam Al-Quran mengenai larangan Allah terhadap keterlibatan orang Islam dengan arak ??? Adakah dia tidak pernah mendengar hadis Nabi saw : “Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Riwayat Ibnu Majah).

 

Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam terjebak dengan arak, ada pulak “hamba Allah” dengan bangganya menjadi pengarah Syarikat Arak San Miguel Corp (SMC). Patutlah ayahandanya membantah hukuman sebatan kepada Kartika walaupun Kartika dengan rela hati menerima hukuman tersebut. Hmm… inilah Malaysia…”macam-macam adaaa” !!!

Friday, September 11, 2009

BANTUAN KALIAN DIPERLUKAN..

Assalamualaikum wrt.. Sekadar ingin memanjangkan maklumat mengenai  bantuan yang sangat diperlukan oleh keluarga arwah Abdul Karim yang terlibat dalam kemalangan ngeri  di  Lebuh Raya Persekutuan , berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya 30 August 2009 yg lalu. Sama-samalah kita menyumbang untuk keluarga ini.

" Kalau  ayah  meninggal,  ayah harap sangat doa dari anak-anak yang soleh mendoakan  ayah..." ucap Abdul Karim Abd Aziz, 51 kepada anak keempatnya, Imanina  Abdul  Karim ,19, sehari sebelum beliau terkorban dalam satu kemalangan  ngeri  di  Lebuh Raya Persekutuan, berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pagi Ahad lalu 30 August 2009.

Imtinan  yang ditemui dirumahnya di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 Hulu  Langat , Selangor berkata , mereka sekeluarga tidak menyangka pesanan ayahnya itu menjadi kenyataan. Dalam  tragedi  tersebut, Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila  kenderaannya  dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri, meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di  kepala  dan  badan  manakala  isterinya,  Maimon  Said, 52 dan anak lelakinya, Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd  Ihsan  dirawat  di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi selasa lalu .

Abdul  Karim  meninggalkan  dua  belas anak yang berusia antara 9 hingga 24 tahun. Sementara  itu  Imtinan  yang terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga  adaik-adiknya  berkata ,  beliau  reda  dengan nasib yang menimpa mereka  sekeluarga.  Beliau  yang  berkerja  sebagai guru di sebuah sekolah agama  rakyat,  dekat  sini  berkata  biarpun gajinya lebih kurang RM1000 beliau  akan  cuba  sedaya upaya menjaga adik-adiknya. Memanglah selama ini kami  adik-beradik  bergantung penuh kepada ayah, baik duit belanja ataupun menghantar adik-beradik kesekolah dan sebaginya. Lagipun nasib umi (ibunya) tidak tahu lagi sebab dia pun serius juga, ujarnya dengan nada sedih. Malah katanya  beliau  tidak  mahu adik-adiknya tercicir dalam pelajaran walaupun terpaksa  menyara  enam  lagi adik-adiknya yang masih bersekolah. Katanya , selagi  termampu beliau akan menjaga adik-adiknya biarpun masih kabur untuk mencari wang secukupnya.

Disaat  ini  juga  katanya  , beliau belum terfikir untuk membuat persiapan menyambut  kedatangan  Adilfitri  tidak  lama  lagi.  Beliau  berkata,  ini termasuklah  baju raya adik-adiknya belum dibeli lagi. "tidak tahulah sama mampu  beli ataupun tidak kerana sebelum ini ayah yang belikan dan biasanya ayah beli pada akhir Ramadhan,"ujarnya sambil merenung adik-adiknya. Bahkan ujarnya , mungkin mereka adik-beradik tidak dapat balik kampung di Lenggung Perak  pada  hari  raya ini. "macam mana nak balik kereta kancil ayah remuk sama  sekali  dan  kami  pun ramai.
Mereka terdiri daripada , Imtinan, 24 , Ibtihal  23,  Inshyirah, 21, Izyani, 18 , Ilhamina, 17, Ibtisam, 17 , Ibtihaj , 16,  Ismahani, 15, Mohd Ikram 14 dan Imtiyaz  9 tahun. Sementara seorang lagi adiknya, Imanina, 19 berada di PPUM menjaga ibu dan adiknya, Mohd Ihsan 11 tahun yang terlibat dalam kemalangan tersebut,

Setiap  kali  kakak  mereka  bercerita  mengenai  ayahnya  masing-masing bergenangan  air  mata.  paling  tersentuh  apabila melihat Mohd Ikram yang diapit  kakak  dan  adik-adiknya  tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun apabila  ditanya  mengenai  cita-citanya.  Beliau  terus menundukkan kepala beberapa  ketika  bagi menahan sebaknya . Pelajar Maahad Tahfiz , Batu 16 , Ulu  Langat  ini hanya mampu memandang keluarganya dengan penuh sayu sambil menyapu  air  matanya.  Ketika  ini  juga  adik-adiknya  yang lain termasuk neneknya berlinangan air mata melihat kesedihan dan keshahduan Ikram.

Dalam  pada  itu,  Inshyirah  yang  mengambil  upah menjahit baju, berkata beliau  akan  mencari  pekerjaan  lain untuk membantu adik-adiknya . Beliau yang  menetap  bersama  neneknya  di  Perak berkata , tidak akan membiarkan adik-adiknya  susah,  yang penting persekolahan mereka dan ayah pun sebelum ini bersengkang mata untuk menyara kami,"katanya.

Sementara  itu  sesiapa  yang  ingin  menyumbang kepada keluarga anak yatim tersebut  bolehlah  menghulur  bantuan  menerusi akaun bank INSHYIRAH ABDUL KARIM : 158136726121 MAYBANK

Alamat rumah keluarga Imtinan :

NO.40, JALAN ILMU 3,

DARUL HIDAYAH, DUSUN TUA, HULU LANGAT.


Sabda Nabi saw :  Sebaik-baik  rumah  ialah  rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim  diasuh  dengan  baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang  Islam  yang  ada  anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.


 

Wednesday, September 9, 2009

HUKUMAN SEBAT : KARTIKA BUKAN YANG PERTAMA

Ekoran dari isu hukuman sebat terhadap bekas model Kartika Sari dewi Sukarno, wajar diperjelaskan bahawa –

1.    Kartika bukan lah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat. Tahun 1997; 4 orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang.

 

2.    Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan.

 

YA Hakim Dato' Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika juga telah pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun lalu ke atas 2 orang adik beradik yang melakukan kesalahan minum arak . Mereka juga memfailkan rayuan dan rayuan mereka belum didengar.

3.    Tohmahan kononnya Kartika dijadikan target untuk disebat adalah fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian. Pada masa kejadian, selain dari Kartika, juga telah ditangkap 2 orang lain.- seorang lelaki dan seorang wanita. Keduanya juga dijatuhi hukuman yang sama denda 5000 dan 6 sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang. Justeru, bagi memastikan keadilan dan Kartika tidak dihukum lebih berat dari dua orang lagi yang merayu itu, kesnya telah diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang untuk disemak semula.

4.    Hukuman ke atas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan keputusan Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato' Abdul Hamid untuk membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika.

 

5.    Jabatan Penjara pula sudah pun mempunyai seramai 171 orang tukang sebat terlatih termasuk 2 orang tukan sebat wanita. Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, Syariah dan Kanak-kanak. ( Hishamudin kata, Malaysia takde tukang sebat Syariah..Hmm..Pelik jugak bila menteri mengeluarkan statement semberono )

 

6.    Seorang penyebat wanita telah membuat demo sebatan Syariah dengan penuh bergaya di hadapan Hakim Rayuan JKSM YA Dato' Asri. YA kemudian mengesahkan dan berpuas hati dengan cara sebatan tersebut.

 

7.    Prosedur sebatan Syariah adalah termaktub dalam sek.125 Tatacara Jenayah Syariah Pahang. Di Negeri lain pun ada tatacara yang sama. Gambarannya, apabila melakukan sebatan, hanya tangan yang terangkat tanpa menampakkan ketiak. Tidak seperti sebatan sivil yang memang bersifat cruel dan menyiksa pesalah, sebatan Syariah bersifat mendidik. Justeru adalah tidak wajar sebatan Syariah disamakan dengan sebatan sivil.

 

8.    Kartika sendiri telah insaf dan bertaubat atas perbuatannya dan menuntut supaya beliau dekenakan hukuman berkenaan. Inilah bukti keberkesanan hukuman sedemikian di zaman ini. Keputusan sama ada Hukuman sebat ke atas Kartika akan dilaksanakan atau sebaliknya terserah kepada Jawatankuasa Rayuan Syariah Pahang yang akan bersidang bagi menyemak hukuman YA Hakim Mahkamah Tinggi Phang itu tidak lama lagi.

 

9.    JAG dan SIS melalui memaorandum kepada PM telah mendesak Kerajaan Persekutuan untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG SEDANG berkuatkuasa di negeri-negeri. Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memeorandum yang di kemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk Menteri2 Kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat.

10. TINDAKAN JAG, SIS DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP MENCEROBOH BIDANGKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG TELAH KITA WARISI SEJAK ZAMAN SILAM DALAM KANUN UNDANG-UNDANG NEGERI-NEGERI MELAYU. (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk "Justice For Kartika".

Fwdd mail from : Yahoogroups ALKIS ( Alumni Kolej Islam Klang )

 

# Ada info yang kata SIS buat kerja tu sbb mereka murtaziq, makan gaji dgn barat. Mereka dpt duit dari agensi di German dan USA (kalau tak silap), kalau tak buat kerja2 ni gaji kena potonglah..

Tuesday, September 8, 2009

POLIS & KERAJAAN MALAYSIA MENGAKU BERSALAH !

Polis dan kerajaan Malaysia MENGAKU BERSALAH kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu. Mereka bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000 hari ini. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan Polis & kerajaan M’sia kerana menahan beliau secara salah di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007. Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

 

Dalam insiden penangkapan tersebut, Mustafa telah diheret dengan kasar dan secara kurang ajar oleh dua orang polis. Mustafa yang ketika itu sedang memasuki pintu Parlimen datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman telah ditahan oleh dua anggota polis berpakaian preman dan meminta beliau menyerahkan diri kerana didakwa terlibat dengan pelanggaran satu perintah mahkamah. Bagaimanapun Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan kehadirannya di Parlimen adalah sebagai tetamu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan sekadar memerhati perbahasan yang berlangsung.

 

"Apa perintah mahkamah terhadap saya? Bacakan dan arahkan 'superior' awak untuk datang bacakan dan saya akan pergi dengan sukarela tetapi bukan dengan secara kasar begini," kata beliau memarahi pegawai polis yang ingin menangkapnya itu. Lima anggota polis secara kasar memaksa Mustafa untuk ke van polis yang diletakkan berhampiran pintu parlimen.

 

Source : Harakahdaily.net

 

Hmm.. ade jugak kes mcm ni yer.. Maknanya, penangkapan Polis ni tak semestinya betul. Kene tahu apa hak-hak orang yang ditahan ketika Polis bertindak untuk menahan seseorang. Boleh jadi berlaku kesilapan spt yang berlaku kpd Datuk Mustafa Ali. Kes-kes seperti ini sekali lagi menyebabkan imej pasukan Polis tercalar. Teringat saya pada Tesis En. Abdul Halim bin Ibrahim (ayah saya la tu..hehehe..) mengenai Amalan Rasuah Polis. Marah betul “orang-orang Polis” bila baca tesis tu…J Hmm.. bilalah agaknya imej Polis ini akan kembali dihormati ye ?  Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk MALAYSIA TERCINTA…J Hubbul Watan minal Iman… “Cintai Negara adalah sebahagian dari Iman”.   

 

 

Monday, September 7, 2009

Bidangkuasa Pejabat Pusaka Kecil semakin luas.

Bagi mereka yang menjalankan tanggungjawab dalam industri perkhidmatan pentadbiran harta pusaka, penting untuk diketahui bahawa bidangkuasa Pejabat Pusaka Kecil semakin luas. Sebelum ini, Pejabat Pusaka Kecil hanya mempunyai bidangkuasa kepada harta pusaka yang nilainya tidak lebih dari RM600,000.00, tetapi dengan pindaan Akta 98, bidangkuasa Pejabat Pusaka Kecil boleh mengeluarkan Perintah Pembahagian bagi harta pusaka yang bernilai RM2 juta ke bawah.

 

Berikut adalah tafsiran yang diberikan dibawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 :

 

Seksyen tersebut menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009). Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat dibawah Akta Wasiat 1959 bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. Ia dianggap sebagai pusaka besar dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan Akta Wasiat tersebut tidak boleh dipakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya bertentangan dengan syarat dan  peraturan pewasiatan dalam Islam.

 

Adalah diharapkan dengan peningkatan bidangkuasa ini, Pejabat Pusaka Kecil seluruh Malaysia mampu menjalankan tanggungjawab dengan lebih cekap & efisyen selaras dengan peningkatan bidangkuasa dan penstrukturan fee baru yang dikenakan terhadap pentadbiran harta pusaka.

 

 

Friday, September 4, 2009

WANG PALSU !! Takkan Berguna Walau 1 Sen

Sedar tak sedar hari ini sudah masuk hari ke 14 kita berpuasa namun apakah ibadah puasa yang kita laksanakan itu diterima oleh Allah SWT justeru marilah kita bersama-sama renungkan agar Madrasah Ramadhan yang kita lalui ini benar-benar memberikan kita sesuatu kekuatan dalam melakukan setiap amal ibadah yang sempurna. Merujuk kepada surah Al Baqarah ayat 183, 178 dan 190 dimana ketiga-tiganya adalah ayat perintah Allah SWT yang jelas membawa maksud kemestian yang wajib ke atas kita untuk mentaati setiap sesuatu yang diperintahkan iaitu berpuasa, melaksana hukuman “Qisas” (Hudud) dan berperang, tanpa ada meninggalkan sesuatu.

Diseumpamakan sekeping wang kertas terdapat beberapa gambar yang menjelaskan nilainya iaitu seperti gambar kepala Agong, tandatangan Gabenor, rusa, pelantar minyak, kapal terbang, kapal laut, nombor siri, dan lain-lain lagi. Sekiranya terkurangnya satu gambar yang seharusnya terdapat pada setiap wang kertas tersebut maka tidaklah ia bernilai lagi dan ia adalah dikategorikan sebagai wang palsu yang tidak berguna walaupun 1 sen !!!

Begitu juga perintah Allah SWT ke atas hambanya untuk ditaati, sekiranya di bulan Ramadhan ini kita berpuasa tetapi amalan lain seperti solat, zakat, menutup aurat dan yang lainnya tidak dilaksanakan maka jadilah ia seperti wang palsu yang tidak bernilai itu. Berolehlah akan ia hanya lapar dan dahaga tanpa mendapat sebarang pahala untuk dihitung di akhirat malah dosa pun bertambah, kelak akan dia azab dan di humbankan ke dalam api neraka.

Moga-moga dengan tazkirah ringkas ini memberikan kita kesedaran dan kesempatan kepada kita untuk mengubah sesuatu kearah kebaikan dengan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang. Moga-moga dikesempatan pintu pintu syurga sedang terbuka dan pintu pintu neraka ditutup pada baki Ramadan 1430H ini kita dipanjangkan umur untuk meraih peluang beribadah sepenuhnya kepada Allah SWT, insyaallah..

Sumber : Tazkirah melalui email Amanah Raya Berhad.

UNDANG-UNDANG SIVIL LEBIH KEJAM !!!

TATACARA SEBATAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG SYARIAH



CARA SEBATAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG SIVIL




"YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?"

HUKUM ISLAM ADALAH YANG TERBAIK & ADIL

Hukuman yang dikenakan terhadap Kartika mengikut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 hakikatnya masih belum menepati undang-undang hudud yang sewajarnya dikenakan kepadanya sepertimana yang dinaskan di dalam Al-Quran & Hadis. Kesalahan meminum arak adalah termasuk dalam kesalahan yang boleh dikenakan hukuman had. Tiada siapa boleh menafikan KEADILAN & HUKUMAN MENDIDIK yang telah Allah swt nukilkan dalam Al-Quran & hadis Nabi saw.

Memandangkan Malaysia yang terikat dengan Perlembagaan Malaysia ciptaan British, secebis bidangkuasa yang diberikan kepada negeri mengikut peruntukan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan membolehkan Akta Kesalahan Jenayah Syariah dikuatkuasakan di negeri-negeri di Malaysia.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan mengikut undang-undang SIVIL adalah berbeza dengan undang-undang Syariah. Mengikut undang-undang Syariah tatacara sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah dan pesalah mestilah berpakaian yang menutup aurat.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja. Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi....

INILAH TARBIYAH YANG SEBENAR. JANGAN SEKADAR PANDAI BERBICARA TENTANG TARBIYAH TETAPI DANGKAL ILMU-ILMU TARBIYAH !!!