Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, September 4, 2009

WANG PALSU !! Takkan Berguna Walau 1 Sen

Sedar tak sedar hari ini sudah masuk hari ke 14 kita berpuasa namun apakah ibadah puasa yang kita laksanakan itu diterima oleh Allah SWT justeru marilah kita bersama-sama renungkan agar Madrasah Ramadhan yang kita lalui ini benar-benar memberikan kita sesuatu kekuatan dalam melakukan setiap amal ibadah yang sempurna. Merujuk kepada surah Al Baqarah ayat 183, 178 dan 190 dimana ketiga-tiganya adalah ayat perintah Allah SWT yang jelas membawa maksud kemestian yang wajib ke atas kita untuk mentaati setiap sesuatu yang diperintahkan iaitu berpuasa, melaksana hukuman “Qisas” (Hudud) dan berperang, tanpa ada meninggalkan sesuatu.

Diseumpamakan sekeping wang kertas terdapat beberapa gambar yang menjelaskan nilainya iaitu seperti gambar kepala Agong, tandatangan Gabenor, rusa, pelantar minyak, kapal terbang, kapal laut, nombor siri, dan lain-lain lagi. Sekiranya terkurangnya satu gambar yang seharusnya terdapat pada setiap wang kertas tersebut maka tidaklah ia bernilai lagi dan ia adalah dikategorikan sebagai wang palsu yang tidak berguna walaupun 1 sen !!!

Begitu juga perintah Allah SWT ke atas hambanya untuk ditaati, sekiranya di bulan Ramadhan ini kita berpuasa tetapi amalan lain seperti solat, zakat, menutup aurat dan yang lainnya tidak dilaksanakan maka jadilah ia seperti wang palsu yang tidak bernilai itu. Berolehlah akan ia hanya lapar dan dahaga tanpa mendapat sebarang pahala untuk dihitung di akhirat malah dosa pun bertambah, kelak akan dia azab dan di humbankan ke dalam api neraka.

Moga-moga dengan tazkirah ringkas ini memberikan kita kesedaran dan kesempatan kepada kita untuk mengubah sesuatu kearah kebaikan dengan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang. Moga-moga dikesempatan pintu pintu syurga sedang terbuka dan pintu pintu neraka ditutup pada baki Ramadan 1430H ini kita dipanjangkan umur untuk meraih peluang beribadah sepenuhnya kepada Allah SWT, insyaallah..

Sumber : Tazkirah melalui email Amanah Raya Berhad.

No comments: