Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, September 7, 2009

Bidangkuasa Pejabat Pusaka Kecil semakin luas.

Bagi mereka yang menjalankan tanggungjawab dalam industri perkhidmatan pentadbiran harta pusaka, penting untuk diketahui bahawa bidangkuasa Pejabat Pusaka Kecil semakin luas. Sebelum ini, Pejabat Pusaka Kecil hanya mempunyai bidangkuasa kepada harta pusaka yang nilainya tidak lebih dari RM600,000.00, tetapi dengan pindaan Akta 98, bidangkuasa Pejabat Pusaka Kecil boleh mengeluarkan Perintah Pembahagian bagi harta pusaka yang bernilai RM2 juta ke bawah.

 

Berikut adalah tafsiran yang diberikan dibawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 :

 

Seksyen tersebut menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009). Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat dibawah Akta Wasiat 1959 bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. Ia dianggap sebagai pusaka besar dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan Akta Wasiat tersebut tidak boleh dipakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya bertentangan dengan syarat dan  peraturan pewasiatan dalam Islam.

 

Adalah diharapkan dengan peningkatan bidangkuasa ini, Pejabat Pusaka Kecil seluruh Malaysia mampu menjalankan tanggungjawab dengan lebih cekap & efisyen selaras dengan peningkatan bidangkuasa dan penstrukturan fee baru yang dikenakan terhadap pentadbiran harta pusaka.

 

 

No comments: