Anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina. "Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu. San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia.
Pelik bin ajaib !!! Mcm mana seseorang yang beragama Islam boleh terjebak dengan syarikat pengeluar arak yang terbesar di Filipina?? Bukannya calang-calang orang nih !!! Adakah dia tidak pernah terbaca dalam Al-Quran mengenai larangan Allah terhadap keterlibatan orang Islam dengan arak ??? Adakah dia tidak pernah mendengar hadis Nabi saw : “Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Riwayat Ibnu Majah).
Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam terjebak dengan arak, ada pulak “hamba Allah” dengan bangganya menjadi pengarah Syarikat Arak San Miguel Corp (SMC). Patutlah ayahandanya membantah hukuman sebatan kepada Kartika walaupun Kartika dengan rela hati menerima hukuman tersebut. Hmm… inilah Malaysia…”macam-macam adaaa” !!!
No comments:
Post a Comment