Photobucket
Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, September 11, 2009

BANTUAN KALIAN DIPERLUKAN..

Assalamualaikum wrt.. Sekadar ingin memanjangkan maklumat mengenai  bantuan yang sangat diperlukan oleh keluarga arwah Abdul Karim yang terlibat dalam kemalangan ngeri  di  Lebuh Raya Persekutuan , berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya 30 August 2009 yg lalu. Sama-samalah kita menyumbang untuk keluarga ini.

" Kalau  ayah  meninggal,  ayah harap sangat doa dari anak-anak yang soleh mendoakan  ayah..." ucap Abdul Karim Abd Aziz, 51 kepada anak keempatnya, Imanina  Abdul  Karim ,19, sehari sebelum beliau terkorban dalam satu kemalangan  ngeri  di  Lebuh Raya Persekutuan, berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pagi Ahad lalu 30 August 2009.

Imtinan  yang ditemui dirumahnya di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 Hulu  Langat , Selangor berkata , mereka sekeluarga tidak menyangka pesanan ayahnya itu menjadi kenyataan. Dalam  tragedi  tersebut, Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila  kenderaannya  dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri, meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di  kepala  dan  badan  manakala  isterinya,  Maimon  Said, 52 dan anak lelakinya, Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd  Ihsan  dirawat  di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi selasa lalu .

Abdul  Karim  meninggalkan  dua  belas anak yang berusia antara 9 hingga 24 tahun. Sementara  itu  Imtinan  yang terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga  adaik-adiknya  berkata ,  beliau  reda  dengan nasib yang menimpa mereka  sekeluarga.  Beliau  yang  berkerja  sebagai guru di sebuah sekolah agama  rakyat,  dekat  sini  berkata  biarpun gajinya lebih kurang RM1000 beliau  akan  cuba  sedaya upaya menjaga adik-adiknya. Memanglah selama ini kami  adik-beradik  bergantung penuh kepada ayah, baik duit belanja ataupun menghantar adik-beradik kesekolah dan sebaginya. Lagipun nasib umi (ibunya) tidak tahu lagi sebab dia pun serius juga, ujarnya dengan nada sedih. Malah katanya  beliau  tidak  mahu adik-adiknya tercicir dalam pelajaran walaupun terpaksa  menyara  enam  lagi adik-adiknya yang masih bersekolah. Katanya , selagi  termampu beliau akan menjaga adik-adiknya biarpun masih kabur untuk mencari wang secukupnya.

Disaat  ini  juga  katanya  , beliau belum terfikir untuk membuat persiapan menyambut  kedatangan  Adilfitri  tidak  lama  lagi.  Beliau  berkata,  ini termasuklah  baju raya adik-adiknya belum dibeli lagi. "tidak tahulah sama mampu  beli ataupun tidak kerana sebelum ini ayah yang belikan dan biasanya ayah beli pada akhir Ramadhan,"ujarnya sambil merenung adik-adiknya. Bahkan ujarnya , mungkin mereka adik-beradik tidak dapat balik kampung di Lenggung Perak  pada  hari  raya ini. "macam mana nak balik kereta kancil ayah remuk sama  sekali  dan  kami  pun ramai.
Mereka terdiri daripada , Imtinan, 24 , Ibtihal  23,  Inshyirah, 21, Izyani, 18 , Ilhamina, 17, Ibtisam, 17 , Ibtihaj , 16,  Ismahani, 15, Mohd Ikram 14 dan Imtiyaz  9 tahun. Sementara seorang lagi adiknya, Imanina, 19 berada di PPUM menjaga ibu dan adiknya, Mohd Ihsan 11 tahun yang terlibat dalam kemalangan tersebut,

Setiap  kali  kakak  mereka  bercerita  mengenai  ayahnya  masing-masing bergenangan  air  mata.  paling  tersentuh  apabila melihat Mohd Ikram yang diapit  kakak  dan  adik-adiknya  tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun apabila  ditanya  mengenai  cita-citanya.  Beliau  terus menundukkan kepala beberapa  ketika  bagi menahan sebaknya . Pelajar Maahad Tahfiz , Batu 16 , Ulu  Langat  ini hanya mampu memandang keluarganya dengan penuh sayu sambil menyapu  air  matanya.  Ketika  ini  juga  adik-adiknya  yang lain termasuk neneknya berlinangan air mata melihat kesedihan dan keshahduan Ikram.

Dalam  pada  itu,  Inshyirah  yang  mengambil  upah menjahit baju, berkata beliau  akan  mencari  pekerjaan  lain untuk membantu adik-adiknya . Beliau yang  menetap  bersama  neneknya  di  Perak berkata , tidak akan membiarkan adik-adiknya  susah,  yang penting persekolahan mereka dan ayah pun sebelum ini bersengkang mata untuk menyara kami,"katanya.

Sementara  itu  sesiapa  yang  ingin  menyumbang kepada keluarga anak yatim tersebut  bolehlah  menghulur  bantuan  menerusi akaun bank INSHYIRAH ABDUL KARIM : 158136726121 MAYBANK

Alamat rumah keluarga Imtinan :

NO.40, JALAN ILMU 3,

DARUL HIDAYAH, DUSUN TUA, HULU LANGAT.


Sabda Nabi saw :  Sebaik-baik  rumah  ialah  rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim  diasuh  dengan  baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang  Islam  yang  ada  anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.


 

No comments: