Siapa sangka pengawas hensem yang pendiam, sentiasa kemas berkemeja pink, berseluar putih, lengkap dengan tye meroon yang juga merupakan classmate saya di kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Setia 1995-1997, akhirnya ditentukan Allah menjadi milik saya yang ketika itu juga merupakan pengawas sekolah..hehehe...Kenangan yang mmg tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Ramai jugak yang bertanya, kenal kat mana? Universiti lain-lain, sekolah menengah atas pun lain. Sorang engineer, sorang lagi lawyer. Nak kata jumpe kat court, hmm bila pulak engineer gi court? Nak kata jumpe kat kilang pun mcm tak logik pulak.. Apa kene mengena lawyer dgn kilang.. Hihihi.. Apapun, inilah jodoh yang telah Allah tetapkan sejak azali. Cikgu-cikgu SMK SAAS antara yang terhappy sebab anak muridnya kawin dengan anak muridnya jugak.. hehehe..
Tuesday, December 22, 2009
3rd Wedding Anniversary
Siapa sangka pengawas hensem yang pendiam, sentiasa kemas berkemeja pink, berseluar putih, lengkap dengan tye meroon yang juga merupakan classmate saya di kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Setia 1995-1997, akhirnya ditentukan Allah menjadi milik saya yang ketika itu juga merupakan pengawas sekolah..hehehe...Kenangan yang mmg tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Ramai jugak yang bertanya, kenal kat mana? Universiti lain-lain, sekolah menengah atas pun lain. Sorang engineer, sorang lagi lawyer. Nak kata jumpe kat court, hmm bila pulak engineer gi court? Nak kata jumpe kat kilang pun mcm tak logik pulak.. Apa kene mengena lawyer dgn kilang.. Hihihi.. Apapun, inilah jodoh yang telah Allah tetapkan sejak azali. Cikgu-cikgu SMK SAAS antara yang terhappy sebab anak muridnya kawin dengan anak muridnya jugak.. hehehe..
Thursday, November 26, 2009
Salam eidul adha...
Alhamdulillah, hr ni berkesempatan menghulurkan salam buat semua sahabat-sahabat yang setia membaca blog ini. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi. Tetapi saya terpaksa akur tanggungjawab & amanah lain yang lebih "aula".
Sempena dengan hari wuquf pd hari ini 9 Zulhijjah 1430h, saya berdoa kepada Allah agar kita dapat sama-sama memanfaatkan kelebihan yang Allah telah anugerahkan kepada kita ini dengan harapan pada hari pertemuan denganNya nanti, kita mampu mengadapNya tanpa segan silu dengan bebanan dosa-dosa yang pernah kita lakukan tatkala diberi peluang peluang untuk hidup di muka bumi milik Allah ini. Sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra: Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim). Walaubagaimana pun, Imam Syafie rahimahullah berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.”
3 Tahun mengukir cinta & menyemai kasih sayang kerana-NYA
Wednesday, November 11, 2009
SIAPA DEKAT SIAPA JAUH ??
Jelasnya mereka itu sebenarnya merasakan Allah SWT jauh. Jauh untuk melihat segala urusan kehidupannya, jauh juga untuk diletakkan harapan bagi mendapatkan sesuatu dari keinginan. Maka ‘yang jauh itu’ mereka kemudiankan dan didahulukan apa yang dirasakan dekat. Lalu berlengah bertangguhlah mereka untuk beramal ibadah kerana mengutamakan keinginan duniawi dengan cara kapitalisnya. Terus ketawa dan berdukalah dengan bergelumang dalam segala macam maksiat tanpa sempadan, tanpa mengingati pada ‘yang jauh itu’, sehinggalah ‘yang jauh itu’ semakin jauh.
Namun firman Allah SWT bermaksud,
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16)
Justeru, dengan penuh keimanan hendaklah kita merasakan adanya Allah SWT itu dekat malah lebih dekat dari apa yang kita sangkakan. Dan kebesaran Allah SWT yang Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Perkasa itu selayaknya meletakkan kita sebagai hamba yang berkeyakinan bahawa Allah SWT itu dekat. Maka bersegera kembali kepada-Nya, segera meminta keampunan daripada-Nya kerana banyaknya dosa-dosa yang kita lakukan.
Monday, November 2, 2009
Happy Birthday to My Wonderful Husband..:)
For being such a wonderful man
Everything has been great
Since our marriage began
You're a wonderful husband
That I truly adore..
Happy Birthday Hubby..
I love u more than words can say...:)
Monday, October 26, 2009
Happy Birthday My Hero...:)
Masih teringat detik-detik bersejarah melahirkan Ahmad Muaz di Hospital Pakar An-Nur, Bangi. Dan masih segar diingatan saat-saat indah melihat wajah Muaz buat kali pertama.. Hanya Allah yang mengetahui betapa bahagianya hati tatkala melihat zuriat kurniaan Allah kepada kami. Subhanallah, maha suci Allah yang menciptakan makhluknya.
Muaz dengan hadiah besday dr Mama & Abi
Hadiah besdayy dr Opah..
Ya Allah, peliharalah anakku ini. Jadikanlah dia sihat dan sempurna, alim dan sentiasa beramal dengan amalan-amalan yang terpuji. Perelokkan akhlaknya, fasihkan lisannya untuk membaca kitab suciMu yang mulia.
Semoga kami semua sentiada berada dalam perlindunganMU Ya Rabbi...Insyaallah..
Thursday, October 22, 2009
NUR FATIMAH dalam KENANGAN...
Monday, October 12, 2009
Reunion : After 10 years..
Pintu masuk..
ASPURA.. mcm2 color ada.. Dah hilang
imej lama yg zuhud..hehehehe...
ASPURI yang dah jauuuhhh berubah...
Siap ada padang baru..
Dewan makan ASPURI..Masih spt dulu.. Cumanya mural yang kami buat dah takde..:)
NurFatimah di ICU Hosp.Putrajaya.
Mohon doa dari sahabat-sahabat, smg Dijah & Ramadhan diberi kekuatan menghadapi dugaan ini dan sama-sama kita doakan Nurfatimah kembali sihat dan mampu memberikan senyuman manis kepada baba & mama...
Thursday, October 8, 2009
PROMOSI WASIAT UTK JEMAAH HAJI
Tawaran ini terbuka hanya kepada Jemaah Haji dan Petugas-Petugas Haji bagi tahun 1430H / 2009.
Wakil-wakil AmanahRaya akan berada lokasi Kursus Haji Perdana di Dewan Wawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan, Daerah Kubang Pasu, Jitra, Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man Losong, Terengganu dan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada 9 & 10 Oktober. Manakala pada 10 & 11 Oktober 2009 di Dewan Millenium Kepala Batas, Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh, Stadium tertutup Nilai, Masjid Sultan Ismail UTM Skudai.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi AmanahRaya Legacy Services di talian 03-20557595 atau di mana-mana cawangan Amanah Raya Berhad yang berhampiran.
Terima kasih..
Wednesday, October 7, 2009
Renungan : Kealpaan kematian
Setiap Yang Hidup Pasti Akan Merasai Mati
Assalamualaikum wrt,
ALLAH SWT telah berfirman mengingatkan kita dalam Surah Ali ‘Imran ayat 185, yang bermaksud “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan di masukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
Normalnya manusia akan bersedih dan menangisi kematian insan yang disayangi namun setiap perkara itu ada batasannya. Disamping berusaha melupakan kesedihan dan kerinduan pada simati yang telah dijemput oleh Allah SWT terlebih dahulu, kita yang masih hidup ini juga mestilah mengambil iktibar tentang apa yang telah dilalui oleh simati itu sebagaimana Rasulullah SAW bersabda dengan maksud, “Cukup mati itu menjadi penasihat (tazkirah/menginsafkan)”. Dikesempatan itu suka saya yang serba kekurangan ini berkongsi pandangan tentang apa yang harus kita renungkan kerana sesungguhnya simati itu telah selesai melalui 3 perkara tetapi belum dan akan kita lalui iaitu, melihat wajah malaikat maut, merasai kesakitan kematian dan cara/keadaan kematian.
Oleh itu persoalan yang harus ditimbulkan adalah bagaimanakah kita ini yang belum bersedia untuk mati berdepan dengan situasi ketakutan tiga perkara tersebut. Adakah ia menjadi sedasyat-dasyatnya atau sebaliknya. Maka itu hindarlah kita dari kealpaan untuk kematian dan bersegeralah kita bersiap sedia dengan bekalan untuk menghadapinya kerana entah esok lusa atau bila-bila sahaja dari sekarang tiba giliran kita pula.
Sabda baginda RasululLah SAW lagi,”Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingat mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Mereka telah pergi dengan membawa penghornatan dunia dan kemuliaan akhirat.”. Moga-moga dengan sedikit peringatan ini menginsafkan kita dari melakukan sebarang dosa dan bertaubat kepada Allah SWT.InsyaAllah.
Source : Tazkirah melalui emel Amanah Raya Berhad.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Ku Saiful Bakri bin Ku Ismail, Executive Amanah Raya Berhad Caw. Bangi yang baru 3 bulan mendirikan rumahtangga dan terlibat dalam kemalangan di Highway Sg.Besi pada hr Jumaat, 2 Oktober 2009. Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.
Monday, October 5, 2009
Thursday, October 1, 2009
EID MUBARAK 2009
Alhamdulillah.. kembali menulis setelah 11 hari bercuti dari ke'busy'an ofis. Hari pertama masuk ofis mmg pening nak handle mcm2 perkara urgent. Mmg tak sempat nak posting apa2 dlm blog ni. Hari ni baru boleh curi-curi masa after ofis hour utk share kenangan raya tahun ini. Raya tahun lepas, Muaz masih belum pandai berjalan, tapi raya tahun ni, bukan setakat berjalan, memanjat mcm spiderman pun dah pandai. Pengalaman beraya tahun ni mmg best. Dan paling happy bila tgk Muaz bergaya dengan baju melayu lengkap bersampin & songkok.. Raya tahun ni, giliran beraya hari pertama di Sabak Bernam. ( rumah nenek my hubby / moyang Muaz ). Mmg seronok tgk Muaz posing sakan dengan baju Melayu..
Petang raya, after zohor kami bertolak ke Baling, Kedah ( umah tok / Tok Nek Muaz ). Sampai di Baling lebih kurang 8 malam. Stay kat Baling tak lama sangat sebab atok, nenek & aunties Muaz dah nak balik Kajang. So, after Zohor hari raya kedua, kami bertolak sama-sama konvoi dari Baling untuk balik Kajang. Before balik Kajang, kitaorg singgah di Kuala Kangsar. Bermalam di Kuala Kangsar sebelum bertolak balik Kajang pada hari raya ke tiga.
Lunch di R&R Tasik Raban
On the way balik ke Kajang, sempat gak singgah beraya di umah kawan-kawan sekitar Ipoh. Plan nak gi umah Ezie & nak jumpa Shu tapi tak jadi . Tergerak hati nak call Halim, ex-team member dalam PMIUM dulu. Tak sia2 SMS Halim, sebab dia mmg ada di rumah. Itulah kali pertama jumpa Halim selepas grade tahun 2005. Dan yang paling tak sangka, bila Halim sembang panjang dengan my hubby, rupa-rupanya Halim & hubby satu kelas masa di tadika & darjah satu di Parit, Perak. Satu kampong rupa-rupanya. ( Atok my husband sebelah ayah ). Ayah Halim ni pun kenal dengan arwah Atok my hubby. Hmmm.. mcm jejak kasih la pulak..
Singgah di rumah Halim sebelum dia menamatkan zaman bujangnya..:)
Tetamu pertama yang datang ke rumah ialah Tipah & family… Kelam kabut dibuatnya.. faham-faham je lah baru balik dari kampong.. Rumah pun tak kemas lagi..Tp kira oklah laa.. Tipah jalan-jalan kat Tesko dulu sebelum datang.. Sempat la masak apa yang patut..:) Lepas Tipah datang, mmg tetamu datang non stop..Huhuhu… Mmg jadi org dapur je laaa… Next day pun sama sampailah hari Ahad. Mmg mencabar gak laa sebabnya MamaMuaz ni bukan nya terror sangat bab masak-memasak nih. Tp mmg puas hati sebab hubby kata “sedaappp”…hihihihi..:) Mastura & family pun sempat gak singgah umah.. Makan meehoon sup utara lagi.. Baby Hana pun siap posing atas sofa abang Muaz yg cute tu.. Muaz mmg suka sangat kalau ada orang datang bawak baby…:)
Tipah, suhaimi & hubby
Oklah.. cukuplah dulu cerita raya kali ni. Insyaallah nanti sambung lagi.. Raya kan sebulan..Aktiviti beraya pun baru nak mula.. So, kpd sahabat2 semua, kalau nak datang jgn lupa call dulu.. Kalau main terjah jer, makan kuih raya je laaa…. :)